Monday, November 28, 2011

Anak Si Durjana Berhias

Aku dilahirkan dari lubang si durjana.
Dikerat, ditetak, dicampak dan ditanam.

Ibuku si durjana yang gemar berhias,
Menghiasi diri dengan kecantikan,
Mendandan diri untuk diheret kesana kemari.

Gelap malam acara bermula,
Lubang demi lubang digali dalam,
Batang demi batang ditanam dalam,
Keasyikkan demi desahan diekori bersama,
Dituruti peluh yang menitis di dada.

Ibuku si durjana rupawan,
Mengaburi mata si jejaka dengan senyuman,
Liritan mata memerangkap si teruna.
Asyikan dan habuan bakal diterima.

Pelbagai jenis dan bentuk dimuatkan,
Sperma berlari laju memerangkap si cantik rupawan,
ditebusi dan disebati,
janin bayi akan terjadi.

Sembilan bulan aku dikandungan,
Mimpi ngeri dalam pelukkan,
Ibuku meroyan akan kebuncitan,
Ditelan nenas, di telan tebu,
tidak juga aku kehilangan.

Setiap malam, setiap masa,
aku disumpah, aku dimaki,
Aku juga turut dipukul.
Oh si ibu durjana, sedarlah akan dosa-dosamu.
Aku akan merubah kehidupan kamu.

14hb Mei 2011,
Hari pertama aku untuk mengirup udara.
Badan merahku dibiarkan terseksa,
Aku mendengar setiap tangisan ibu akan kekesalan,
Jeritan ibu akan tekanan,
Aku dihiris, aku ditetak,
Tanpa balas kasihan.

Nyawaku kini diudara, bagai layang layang,
Yang bebas berterbangan.
Jasad ku terkubur dibawah jambatan,
Setiap anggota tubuhku diikat kemas di plastik hitam.
Ibuku pergi meninggalkanku dengan sumpahan serangkah.
Rutin kehidupan kembali seperti dahulu.

Wahai si ibu durjana,
Aku adalah anak mu,
Yang entah dari mana bakaku,
Tidakkah ada sedikit sesalmu,
Mencampak, membuang anak yang tidak berdosa??

Saturday, November 26, 2011

Aku ingin bebas

Merantau segenap benua,
Menentasi lautan yang luas terbuka,

Aku ingin bebas,
Melepasi segala halangan,
dan ranjau berdiri yang kian merusuk.

Aku ingin bebas,
Bebas dari terbelenggu oleh segala macam perasaan,
Bebas dari fitnah dan kata kata bangsat yang menjatuhkan.

Aku ingin bebas,
Tapi tidak bermakna aku mahu lari dari masalah,
Lari dari segala cabaran.
Tapi aku cuma mahukan sedikit kedamaian.

Kau ni lebih HINA dari pangkat hina tu, tau tak?!!

Aku pun tak tahu kenapa ayat tu boleh keluar..
Aku just type.. Salahkah?
Dan ayat ni tak ditujukan pada sesiapa, ok?
Good~

Actually, kepala aku tengah sakit ni,
tengah sakit nak membuta, tapi aku nak update dulu,
entah kenapa aku boleh jadi obsess dengan program Take Me Out ni,
Damn! Hahaha!
Aku ni memang betul betul sengaja memalukan diri demi mencari pengalaman yang lain dari yang lain, hahaha!
Tapi biarlah, sekurang kurangnya aku berani untuk mengubah cara hidup aku,
aku berani sahut cabaran untuk tampil kehadapan,
dan aku berani untuk cuba kelainan dalam hidup aku!
KAU ADA??

Uh-Uh! kau tahu,
ada seorang pengarah teater ni ajak aku tengok latihan mereka untuk belajar something there..
I'm so excited!! Haha! Kau pun tahu kan, (tak tahu? Abaikan) yang aku memang suka lakon pentas dari lakon tv, bukan apa, semenjak join TMO, aku jadi seronok, lepas tu dengan Kak Anne (akak angkat tersayang) dok ajak join casting je, iyalah, dalam grup tu banyak nak muka muka baru. Jadi bukan satu larangan untuk aku cuba nasib kan? Huhu
Diterima atau tidak, itu belakang cerita, yang penting, CUBA! BERUSAHA!!

Semoga aku dapat capai apa yang aku nak walaupun memakan masa bertahun tahun.. Huhu



P/S: Malam ni dia bz, off hp pulak tu, aku lempang baru tahu. Rindu ni.. Huhu

NOTE: Sedang menghadiri sesi kauseling dengan sahabat yang terpilih, semoga aku berjaya, amin.

Thursday, November 24, 2011

Cinta terhalang memang indah, tapi menyakitkan

"Truly miss you."
Linda: Dia rindukan kau.
Lie: Ya, aku sedang membaca.
Linda: Jadi?
Lie: Jadi apa?
Linda: Kau percaya?
Lie: Aku?
Linda: Ada orang lain selain kita?
Lie: Aku tak pasti.
Linda: Heh. Aku tak percaya lah.
Lie: Macam mana kalau betul? Bahagianya aku rasa.
Linda: Jangan ikut hati.
Lie: Aku tahu.
Linda: Jadi?
Lie: Entah.
Linda: Kau tahu yang dia tak akan jadi milik kau kan?
Lie: Tapi aku juga GF dia.
Linda: GF yang tak diiktiraf? Itu yang kau banggakan?
Lie: Tapi aku masih bergelar GF dia.
Linda: Tak akan kemana.
Lie: Maksud kau?
Linda: Hubungan gelap kamu berdua.
Lie: Hmm...
Linda: Kau tahu dia dah punya teman wanita, tapi kamu masih minta couple dengan dia.
Lie: Aku tau aku terdesak waktu itu. Itu sahaja cara untuk aku lupakan si bangsat tu!
Linda: Tapi kau tahu, bila kau dah dapat orang yang kau suka, kau akan jadi kurang berminat pada dia.
Lie: ....
Linda: Perasaan itu tak sama seperti mula mula kau jatuh hati pada dia, bukan?
Lie: Dia dah punya teman wanita.
Linda: Dan prinsip kau?
Lie: Hanya kekasih, bukannya isteri. Tiada ikatan yang sah pun. Jadi mengapa perlu gentar dengan perhubungan sementara itu.
Linda: Sebab itu kau terus melayan perasaan kau menyukainya?
Lie: Mungkin.
Linda: Lupakan dia.
Lie: Kalau aku boleh.
Linda: Ya, kau boleh. Dia bukan untuk kau, dan kau tak akan dapat dia secara keseluruhan.
Lie: .......
Linda: Kau sakit?
Lie: Kau je tahu apa yang aku rasa..
Linda: Chill la..
Lie: Aku cintakan dia, tapi aku tak boleh.
Linda: Aku tahu. Sebab itu kau kena lepaskan dia.... Ok?
Lie: ......


[ Gambar di Google ]


NOTE: Cinta memang menyakitkan. Kalau nak dicinta dan mencintai, sila pakai baju ragbi.

Wednesday, November 23, 2011

Aku bangga digelar BOHSIA

Akhirnya!!! Setelah 2 jam aku mengadap blog ini,
siap jua akhirnya,
Hahaha! Suka lah,
Dan aku rasa berbaloi sebab aku belajar HTML kat kolej dulu, walaupun tak banyak guna HTML pun, sekurang kurangnya aku tahu juga apa basic basic dia. Haha!
Amacam? Ok tak blog pinky aku? Siap Nuffnang lagi kan?
Hahaha Kau orang jangan lupa klik, boleh dapat pahala sebab membantu aku menjana pendapatan,
Hahahaha! Aku rasa lepas ni aku akan aktif dalam blog ini kot.
Dari fan page ke blog? Hahaha Agak gila disitu.
Dan fasal Nuffnang, aku akan buat satu entri untuk cara-cara nak letak kat blog kau orang ya.

Ok, mengenai blog baru ini, meh aku terangkan serba sedikit untuk kau orang lebih faham la ye, haha
Berikut adalah arah tuju setiap tab bar diatas :P

NEW!- Ini just entri terbaru je. A.K.A link blog aku. haha
Linda Zizan - Ini fasal diri aku, boleh klik dan baca pada kali pertama menapak blog ini.
CER-PEN - Lepas dah baca link fasal aku tu, kau orang mesti kau kenapa ada cerpen ini. Dan ini adalah antara koleksi aku.
P.I.L Hati - Mesti ada yang tertanya tanya, apa itu PIL Hati, bukan? Pil hati ini singkatan pada Puitis Itu Luahan Hati. So, puitis puisi semua akan dilabelkan disana.
Twitter -Anda akan dibawa ke dimensi yang berbeza, iaitu my Twitter.
Formspring -Pun anda akan dibawa ke dimensi berwarna biru. Alang alang dah tekan, sila tanyakan seoalan, tapi jangan sesekali tanya soalan yang melibatkan berat badan, dan juga jumlah lemak yang ada. Thanks!
Penulisan2u - Kat sini kau orang boleh membaca cerpen yang aku hantar pada mereka. Jangan lupa komen sekali! Haha!

Ok, just it. Dan terima kasih daun keladi sebab sudi baca dan singgah blog ini.
Kau orang nampak Chataholic sebelah kanan kau orang tu kan, alang alang dah singgah sini, tinggalkan link di situ, nanti aku boleh singgah blog kau orang pula. Huhu

.  .  .

Dan mengenai tajuk diatas,
Hahaha! Aku suka, dan aku akan buat satu cerpen or novel berdasarkan tajuk/kata buka tajuk blog ini. Mungkin tahun depan. Kontrol besi betul tajuk dia kan, harap harap idea pun sama.. Aduii =.=

Tolonglah doakan aku dapat siapkan novel pertama aku ini!! Banyak sungguh dugaan aku rasa, dah banyak kali aku rasa nak give up, tapi dah sampai ke tahap ini, tak akan lah nak putus asa kan? Go! Linda! Go!!


<3 Google Image <3

P/S ~ Aku kena tidur dulu, abang aku ni duk dah sasau nak skype dengan awek dia. Penangan cinta selama 5 tahun membujang. Aku pelik la, lelaki kan yang sepatutnya mencari perempuan, maksud aku mereka tak akan digelar perigi cari timba jika mengayat seseorang perempuan, tapi kenapa perlu single dalam jangka masa yang lama??

Note ~ Single adalah satu jalan terbaik bagi mereka yang takut pada komitmen.

Just be yourself !

Yeah!
Just be yourself walaupun orang tak suka kau pun.
Well, honestly la,
Aku tahu tak ramai yang tak sukakan aku, kutuk aku.
kata aku annoying, pemalas, menyusahkan.
Tapi, hello.. This is myself! So??

Aku tahu la, kau tu hebat, and I'm not,
Aku tahu la, kau tu cantik/handsome, and I'm not,

Dan kau siapa yang kutuk kutuk my back?
Nak kena kentut ke wana kiss my ass??
Aku tak rasa tergugat pun dengan semua tu, dan aku tak rasa down pun dengan kata-kata kau tu.
Tapi membangunkan aku.
Aku just be myself,
and I am annoying.
So?

Pfftt~

Btw, what do you think about my new layout?
Pinky huh? LOL
New layout, like new book for a new life..
Hahaha!

Dan ya,
Aku cuma gadis biasa yang mempunyai impian yang luar biasa.
Aku mahu ceburi segala peluang yang terbuka,
meloloskan diri dalam segala aspek kejayaan,
walaupun aku tahu, aku tak sekuat mana,
tapi demi impian yang gila,
aku cuba bertahan ..
Bertahan untuk mencapai segalanya.
Untuk menjadi orang halus sehalusnya.
Hikhik.. Seni itu kan halus ..
Haha!

Aku akan jadi lebih optimis dengan segala kritikan,
Lelah dengan kegagalan,
Focus dengan semua impian,
Rajin, rajin, dan rajin membaca.. :P
dan lebih mencintai di atas yang melimpahkan segala rezeki..
Hidup kita telah tertulis, tiada sebab untuk kita persoalkan lagi.
Hidup inikan cuma sekali..

[ Google Image ]

Yup,
I'm believing that now..
Lepaskan kenangan silam, untuk mencipta kenangan baru..
Aku suka satu ayat dalam novel Adilah Cik Serba Tahu karya Aizam Aiman, terbitan PTS One.
"Percayalah, jodoh untuk kita ada, cuma mungkin dia mengambil masa lebih lama kerana 'tersesat jalan' mahupun 'terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas'.

P/S: Bukan senang untuk melupakan seseorang yang telah memberi kenangan manis pada kita, tapi kehidupan mesti diteruskan juga biarpun dia telah tiada.

Note: Selamat bangun dari terjatuh lagi, Linda Zizan.

Friday, November 11, 2011

Exclusive Dating.. Kau hado?

Done~
Hahaha, setel satu kerja.
Semalam date, balik balik shooting, aku terus tidur.
Apa kita orang buat? Kita orang buat cupcake at Cake Connection, Jaya One! Mana pic dia?
Damn! Finish oredi before capture it! Haha
Aku ingat buat cupcake tu, tapi sebenarnya just design je, damn!
Huhuhu
Tapi tak apa, I'm join it.. Lupa nak design tagline aku! Hahaha
Lepas itu, kami pergi Tamarind Hill, makan makan disana. First time gua makan tempat macam itu sial!! Makanan pun sodap sodap, nak lagi!! Hahaha But without camera~ LOL
Lepas tu, jalan jalan dekat restoran tu, banyak monkey woo, kura kura pun banyak,serius banyak, aku ingatkan patung yang bertenggek atas batu, sekali tengok betul betul, terpegun gua.. Huhu
Teringat kat kura kura aku yang hilang tu. Nak bela lagi seekor la.. Huhuhu
Lepas setel tu, aku pun balik, best pula rasanya naik van NTV7, (batak kejap).
BTW, I dont feel that i really having a date time tu. Yeah la, dengan camera, ikut arahan. That's it call a date? For me, NO. Its just a shooting, aku dan dia hanya pelakon yang kena berlakon untuk scene dating pasangan bahagia of the years. Interview lagi, what the heck. Huhu Tapi untuk reality program memang macam itu kan? So, just it. Its just a shooting. (Tapi entah apa yang dia kutuk kan fasal aku time interview dia .. huh)

Tapi, aku sebenarnya lagi suka jadi crew dia dari jadi 'pelakon'nya. Entah. Mungkin dah memang minat aku kot dari dulu nak kerja dengan TV TV Show macam ni. Tapi one of them kata, masa tak tentu, dan aku rasa macam 'teeett' pula part tu, hahaha Tapi, memang pengalaman yang best sangat! Rasa macam nak lagi..
Tapi .. ._. < Sila pandang dengan pandangan mata ini terkebil kebil :P

Hmm.. Aku tak sanggup nak tengok episod 7 dan 8, aku rasa macam aku sengaja memalukan diri depan orang ramai, but the 1st episod sudah start hari ini, pukul 8.30pm di NTV7. Kalau tak silap aku lah, huhu
Tapi kalau kau orang nak tengok part aku, sila kira sendiri 7 minggu dari sekarang. Episod ke8 aku dapat date. Jangan lupa tengok Take Me Out Extra, ahad, 7.30pm (tak silap aku) di NTV7 untuk tengok apa kami buat time date, yang itu aku punya episod 8.

So, any casting?? Kalau berpeluang, mungkin aku akan join any cast. Cuma secara jujurlah, aku lebih suka buat skrip dari jadi pelakonnya, tapi tak salah kan kalau kita cuba benda yang kita tak suka dulu baru kita dapat apa yang kita suka. Always like that what? Kan? Huhuhu

And, bila orang bertanya tentang kerjaya aku. Pekerjaan? Secara jujur aku cakap aku tak tahu nak jawap apa, dan time itu aku akan terdiam untuk beberapa saat, dan aku akan cakap ' Tak kerja' walaupun sebenarnya partime kat Mcd. Nak tau kenapa? Sebab aku just partime je, nothing should be proud with that. And nothing that i should said about it. I hate the job, and I hate 'all friend' on it. Aku cuma perlukan duit untuk membayar internet aku. Dan kenapa tak kerja saja? Sebab aku tak rasa yang aku nak kerja. Aku nak siapkan novel aku, lancarkan zine pertama aku. Aku bukan seseorang yang boleh buat banyak kerja dalam satu masa. Itu saja. Nanti next entri, aku upload apa sebenarnya plan aku. Harharhar.
Doakan aku berjaya. *kenyit mata.


[ Google Image ]


P/S: Dating without camera is more fun. :)


Note: Kita tak perlu harapkan yang semua orang akan sukakan kita, sebab kita sendiri pun tak suka dengan semua orang. Tapi bila talk about feeling and relationship ni. Aku rasa, dengan pantas aku akan angkat tangan aku paras bahu, buka seluas luasnya and never to touch it. Mahupun gengam buat ke sekian kalinya.
Sambil berkata 'Woww.. Get that 'things' far from me! FUCKk!'