Saturday, January 19, 2013

MencintaiMu, Ya Rabb-ku 2

Hari ini aku meninggalkan hospital, balutan tangan kiri masih kemas. Sudah sembuh, tapi belum sepenuhnya. Aku mengeluh sepanjang perjalanan balik. Cincin pertunangan kami, aku usap usap sambil memori bahagia terdahulu berombak kembali. Aku perhatikan sekeliling aku yang bergerak laju. Kereta yang dipandu ayah membuatkan aku ingin meninggalkan segala duka aku, dibawa oleh angin yang laju menyapa kulit aku. Aku pejamkan mata, hayati belaian angin pada wajah. Sambil tangan masih mengusap cincin comel tu. Untuk kesekian kalinya, aku mengeluh. Dan lagi.