Tuesday, April 3, 2012

My Suicides Note

Nampaknya tak semua yang aku rancang dalam sebulan dua lepas menjadi seperti yang diharapkan.
Mungkin ada hikmah, tapi aku tak pasti apa hikmah yang satu ini, sama ada hikmah atau balasan, entah lah. 

Lagi lagi bila aku cuba aturkan hidup aku sebaik mungkin, dan semuanya tak berjalan seperti kehendak aku, dan aku tahu Allah tak izinkan. Sebab itu semuanya tak menjadi. Pada mulanya aku masih boleh bertahan. Aku cuba berfikiran positif. Mungkin aku perlu lebihkan usaha. Tapi bila tiba disatu tahap yang aku rasa amat terdesak dan aku amat mahukannya. Aku masih lagi tak dapat menyudahkannya. Aku tahu, aku banyak buat segala macam benda sekarang ini. Aku cuba siapkan novel aku, aku cuba hantar proposal untuk stesen TV, aku memasuki kelas teater. Ya. Tak menjadi seperti yang aku sangka. Segala masa telah aku atur dengan sempurna. Tapi, novel aku masih tak siap, proposal aku masih tiada reason, dan kelas teaterku, aku rasa cuma itu yang menjadi cuma.. Percakapan aku. Ah! Aku benci aku tak dapat menyebut satu satu perkataan dengan baik!! Aku benci tak dapat mengingati skrip dengan cepat!! 

Aku benci diri aku! Aku benci!!