Posts

Showing posts from November 28, 2011

Anak Si Durjana Berhias

Aku dilahirkan dari lubang si durjana. Dikerat, ditetak, dicampak dan ditanam. Ibuku si durjana yang gemar berhias, Menghiasi diri dengan kecantikan, Mendandan diri untuk diheret kesana kemari. Gelap malam acara bermula, Lubang demi lubang digali dalam, Batang demi batang ditanam dalam, Keasyikkan demi desahan diekori bersama, Dituruti peluh yang menitis di dada. Ibuku si durjana rupawan, Mengaburi mata si jejaka dengan senyuman, Liritan mata memerangkap si teruna. Asyikan dan habuan bakal diterima. Pelbagai jenis dan bentuk dimuatkan, Sperma berlari laju memerangkap si cantik rupawan, ditebusi dan disebati, janin bayi akan terjadi. Sembilan bulan aku dikandungan, Mimpi ngeri dalam pelukkan, Ibuku meroyan akan kebuncitan, Ditelan nenas, di telan tebu, tidak juga aku kehilangan. Setiap malam, setiap masa, aku disumpah, aku dimaki, Aku juga turut dipukul. Oh si ibu durjana, sedarlah akan dosa-dosamu. Aku akan merubah kehidupan kamu. 14hb Mei 2011, Hari