Cinta terhalang memang indah, tapi menyakitkan

"Truly miss you."
Linda: Dia rindukan kau.
Lie: Ya, aku sedang membaca.
Linda: Jadi?
Lie: Jadi apa?
Linda: Kau percaya?
Lie: Aku?
Linda: Ada orang lain selain kita?
Lie: Aku tak pasti.
Linda: Heh. Aku tak percaya lah.
Lie: Macam mana kalau betul? Bahagianya aku rasa.
Linda: Jangan ikut hati.
Lie: Aku tahu.
Linda: Jadi?
Lie: Entah.
Linda: Kau tahu yang dia tak akan jadi milik kau kan?
Lie: Tapi aku juga GF dia.
Linda: GF yang tak diiktiraf? Itu yang kau banggakan?
Lie: Tapi aku masih bergelar GF dia.
Linda: Tak akan kemana.
Lie: Maksud kau?
Linda: Hubungan gelap kamu berdua.
Lie: Hmm...
Linda: Kau tahu dia dah punya teman wanita, tapi kamu masih minta couple dengan dia.
Lie: Aku tau aku terdesak waktu itu. Itu sahaja cara untuk aku lupakan si bangsat tu!
Linda: Tapi kau tahu, bila kau dah dapat orang yang kau suka, kau akan jadi kurang berminat pada dia.
Lie: ....
Linda: Perasaan itu tak sama seperti mula mula kau jatuh hati pada dia, bukan?
Lie: Dia dah punya teman wanita.
Linda: Dan prinsip kau?
Lie: Hanya kekasih, bukannya isteri. Tiada ikatan yang sah pun. Jadi mengapa perlu gentar dengan perhubungan sementara itu.
Linda: Sebab itu kau terus melayan perasaan kau menyukainya?
Lie: Mungkin.
Linda: Lupakan dia.
Lie: Kalau aku boleh.
Linda: Ya, kau boleh. Dia bukan untuk kau, dan kau tak akan dapat dia secara keseluruhan.
Lie: .......
Linda: Kau sakit?
Lie: Kau je tahu apa yang aku rasa..
Linda: Chill la..
Lie: Aku cintakan dia, tapi aku tak boleh.
Linda: Aku tahu. Sebab itu kau kena lepaskan dia.... Ok?
Lie: ......


[ Gambar di Google ]


NOTE: Cinta memang menyakitkan. Kalau nak dicinta dan mencintai, sila pakai baju ragbi.

Comments

Popular posts from this blog

Take it serious, lets get marry!

9 TIP BINA HATI BARU

Dunia pinjaman