Wednesday, December 14, 2011

Janji Bangsat!

Janji semerbak kau tabur,
Dinding larangan terlebur.
Kau kata cinta,
aku serah segalanya.

Kekasih,
Pertama kali kulihat,
Aku terus gentar bahagia.
Berkali-kali kutatap,
Aku terus dijadikan santapan.

Oh kekasih,
Manismu cuma sementara,
Sehidup semati bagai bencana.
Kini engkau telah berubah,
Berubah menjadi si bangsat durjana.

Kau si kekasih bangsat,
hilang lesap lepas dapat,
Aku terkulai layu termasuk perangkap.

Pinggitan Si Anak Kota

Malam berlabuh tirai,
masih lagi kau diluar bumi untuk bersadai,
Tergelak terkekeh bersama sahabat handai.
Malah, kencing merata,
Berak kau bersepah.

Wahai si anak tidak beradab,
Apa kau tidak punya rumah beratap?
Apa kau tidak risau kata-kata bangsat yang menghina akan perihal kau?

Sedarlah si anak kota,
Si ibu penat menanti,
Tapi kau hiraukan tidak berhati.
Bapamu lelah merotan,
Tapi kau melawan.

Kala malam menyelubungi,
kau pula yang berparti.
Pulanglah si anak kota.
Waktu begini syaitan menjadi raja,
Kelak engkau dijadikan hamba.