Posts

Showing posts from March, 2014

Apa perlu dibuat jika rindu pada seseorang bukan milik kita?

Image
Ustaz Don kata; " Kalau rindukan seseorang ,  letak tangan di dada dan baca surah Al-Fatihah sambil tangan kita usap dada dengan niat semoga Allah sampaikan rasa ni dekat dia.  InsyaAllah. " Masih rindu, masih terasa sakit itu, tapi demi Allah pencipta manusia dan alam, moga dia sihat sejahtera dan,  bahagia disamping orang yang dicintainya.. Aamiin.....

Warkah Melati: Manusia yang gagal itu loser selamanya.

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :   “ Setiap insan pasti membuat kesilapan dan sebaik-baik manusia yang membuat kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat. ” Assalammualaikum, bertemu kita lagi di surat, helaian kedua. Hari ini aku mahu menulis mengenai kegagalan, kesilapan dan kesalahfahaman. Salah seorang sahabat pernah berkata, " Selalunya first time la kita akan buat silap, tak semua fist time tu success. " Jadi, benarlah katanya, sebab semuanya yang aku lakukan untuk kali pertama, semuanya tak menjadi, cake aku hangus, jahitan baju kurung aku tak betul. Malah, masa kali pertama aku berjalan pun, aku pasti tak akan sepantas aku berlari sekarang. Begitu juga dengan kanak kanak lain, semua orang la. Malah, buat kali pertama aku menulis cerpen pun tak menjadi, dah la penulisan tunggang langgang, siap dikertawakan lagi oleh sahabat. Kau faham sajalah bila kita menjadi kawan terapat, kita typo pun kena bahan gila punya kaw kaw macam buat k

SKIRP: Biar hanya sekali dari tiada langsung

FADE IN INT. DALAM BILIK KECIL – MALAM Gelap. Seperti pesalah yang mahu disoal siasat, cuma ada lampu mentol yang tergantung terangkan bilik yang gelap. Negatif duduk di kerusi, rusing, gelisah dan menangis. Sementara yang berdiri di depan dia, berwajah yang sama, tapi bengis, bengang. Meletakkan kedua tangan ke di kedua bucu meja bersegi empat tepat. POSITIF (serius) Aku cuma nak bagitahu yang engkau sudah 24 tahun, tapi engkau langsung tak matang. (mengeling) NEGATIF Putus cinta kali ini betul betul buat aku serik nak kenal lelaki lain.. Bukan serik apa, serik langgar prinsip sendiri; yang kau tak akan jatuh cinta dengan anak ikan (budak bawah umur) .. POSITIF (senyum sinis, memotong) Tapi kau masih lagi harapkan dia walaupun dah dekat dua bulan dah dia tinggalkan kau.. Entah apa yang ada pada anak ikan tu tah yang buat kau terhegeh hegeh pada dia.. Aku pun tak faham.. 

Bahagia

Bahagia itu terletak pada fikiran seseorang, Ada yang bahagia hanya bila berpasangan, tapi ada juga yang bahagia hanya habiskan masa untuk diri sendiri.. Otak kita seperti televisyen, apa yang mahu kita fikirkan pula seperti alat kawalan jauh, Kehendak kita adalah apa yang mahu kita fikirkan, jika sedih, maka sedih sahajalah, jika gembira, maka kau bersukarialah. Tiada satu manusia pun yang berhak pertikaikan sama ada kau gembira atau tidak dengan kehidupan kau sekarang, kerna hidup ini seperti roda, sekali dikecewakan; tak selamanya kita akan kecewa. Senyum.

9 TIP BINA HATI BARU

Image
" Mungkin yang pergi itu CINTA Tapi nanti yang datang pastilah JODOH Mungkin kita sekarang kehilangan orang yang kita sayang, Tapi nanti akan datang orang yang menCINTAi kita. JANJI ALLAH 'AZZA WA JALLA ITU PASTI " Tips for those who heart break; as know as putus cinta . Senyum. Sebelum aku tulis entri ni, aku senyum pada diri sendiri. Senyum macam orang gila. Ya! Senyum. Bulan lepas, aku sangka ramai yang putus cinta la, ramai ber-status-kan mengenai EX-- EX--.. Termasuk aku. Ahh. Big smile. Well, I believe setiap orang pernah dihantui dengan perasaan ini, melainkan yang tak pernah bercinta la kan. Well, tahniah dude.. Sekurang kurangnya kau tak rasa perit ditinggalkan. Senyum. So, here 9 tips buat kalian. Harap membantu.  1. HANYA UNTUK SATU HARI Ambil lah sepanjang hari ini untuk kau menangis, kau mencarut, kau saiko, kau maki dia ke, atau apa sahaja lah. LUAHKAN! Tak kisah sama ada pada teman teman, dalam bilik atau keluar k