Posts

Showing posts from 2015

Al-Fatihah; Allah menyayangimu

Hari ini (semalam). Aku terima berita tentang kematian seorang rakan sekolah. Walaupun tak rapat, atau tak pernah berborak mesra, tapi bila lihat gambarnya; buat aku sebak. 'Budak satu sekolah dengan aku. Aku kenal dia. ' Pada usia kami ni, terasa begitu awal. Tapi, iyalah. Ajal maut semua tlah tertulis. Sekurang kurangnya, manusia yang pergi disebabkan penyakit yang dihadapi itu; bertuah. Kerna sakit itu pengampus dosa. Dan mereka bersedia dengan ajal yang mendatang. Tapi, kita ni yang masih sihat bernyawa, cergas kemana saja. Entah kapan. Entah la gimana kematian kita nanti. Yang bikin aku bertambah sebak. Aku baru dapat tahu tentang kematian seseorang rakan ni yang baru sahaja 'pulang', walaupun tak rapat tapi pernah la bertegur sapa di FB, Kira kenal la juga. Hm. Aku punya excited wish birthday dia sebab sama dengan aku, bila aku usha FB dia, semua ucapkan takziah dan alfatihah. Terkilan aku. Bodoh kan, tak tahu langsung bila pemergian dia, cuma beber

Pertunangan bukan medan bergembira !

Pergaduhan dalam pertunangan itu bukan jaminan tidak akan bergaduh dalam alam perkahwinan. Tapi, ianya adalah pratikal.  Dimana kita akan belajar, bagaimana hendak mengawal emosi. Apa yang perlu kau buat bila dia tempe, apa perlu kau lakukan bila dia datang bulan. Haruslah ambil tahu segala ini, supaya fasa yang akan datang, sekurang kurangnya kau sudah sedia maklum. Sebab itu ada sesetengah ustaz (mungkin semua waallahualam) mengalakan pertunangan (tapi haruslah senyap senyap bak kata ustaz), sebab dalam sesi perkenalan itu, kita mengenai pasangan masing masing, which is sifat sebenar dia. Bukan nak kata yang dalam alam percintaan tak mengenali sifat dan perangai, cuma bila kau berada dalam alam pertunangan itu; adalah lain sama sekali; lain! Kalau kau nak tunang, sebab mahukan status, kau akan menderita. Percayalah. Sebab dalam fasa pertunangan ini lah kita kena pandai kawal segala galanya; baik dari emosi, kewangan, dan menjaga perasaan keluarga kedua dua belah pihak.

Juni Juli

Hi, juni. Jangan cepat cepat ketemu Juli ya. Biar aku hayati kau sepenuhnya. Jangan jadi cilaka ya. Jika tidak, aku bisa tidur selamanya. Hi, juni. Jangan cepat cepat ketemu Juli. Nanti aku binasa.

Take it serious, lets get marry!

Image
Ok, ini review kursus pra perkahwinan yang aku hadiri dua hari ni; 30hb & 31hb Mei 2015 Hai. Maaf kalau apa aku coret coret ni menyenggong perasaan kebanyakan mahupun indiviual. Aku tak rasa kursus kahwin ni membosankan seperti kebanyakan kata. Aku suka majlis ilmu macam ni. Dia ajar kita macam macam termasuk penggunaan kondom (kahkahkah). Dan kenapa pic yang ni aku ambik bukan buku buku klise orang snap masa kursus? Sebab ini adalah salah satu KETAKUTAN aku masa sebelum decide nak take it serious lets marry.  Aku masih tak faham, semua keterangan yang diberi adalah solusi penyelesaian. Apa yang perlu apa yang tidak kenapa perempuan LEMBAB kenapa lelaki TAK MENYABAR. Itu adalah fitrah yang manusia dah melupainya dan tugas mereka adalah mengingati kita semula. Tapi biasanya itu yang menjadi punca punca penceraian. Betul. Tiada jodoh. Tapi bukan kah Allah dah kata, usaha utk dapatkn apa kamu mau. USAHA dapatkan hati suami balik, hati isteri balik. Kenapa kau bercint

Stress

I lost a lot interest of everything, unstable mood and hormone. A stage being stress; as said of motivator at kursus pra perkahwinan today. And one of the stress made when people keep talking about your figure but then you dont even care anymore. I dont care how fat i am. I just to eat. Cause im stress. And one of the stress made cause money. Yes. Yes. Money had a lot sperate us. A lot. Few month to weds and non money even i saved to help future life. Well well. Now i know what the dugaan it is in engagement. Its getting high, its getting hard otw to adult. I didnt have job. I dont have money. I quit my job cause i hate the people around and i dont know how to handle even more 1years and half experience doing that damn job. I dont know how to deal with people. And that make me a bad worker, before boss talking bad more and more about me, so i decided to quit even i dont have apply to anywhere. Silly me but i safe my heart being broke cause i dont know how to explore madness. Pendam i

Malam yang indah - Laura Caldwell #reviewlindazizan

Image
  Dah lama beli tapi baru aku habis baca tak sampai seminggu. Aku memilih buku ni sebab penulisnya; si Laura ni (buku sebelum ini; #akuinginbebas )   . Aku suka betul penulisan beliau (yang telah ditranslatekan menjadi bahasa melayu which is memudahkan aku faham dari english) sebab dia bawa aku ke kehidupan barat! Lol. Aku tak tahu nak kata kan macam mana, tapi aku percaya ulat ulat buku pasti ada rasa tersendiri setiap kali menelaah aksara buku tebal.   Bukan sahaja si Alexa; tapi aku juga cemburu dengan kehidupan si Billy ni. Iyalah, berkerjaya berpotensi dinaikan pangkat. Berkeluarga dilimpah dengan kemewahan. Tapi, percayalah. Apa yang terpapar pada luaran wanita hebat ni. Tak adalah semua yang indah; ayahnya telah meninggalkan dia seusia tujuh tahun dan dua orang kakak juga ibu. Suaminya menjauhkan diri selama dua tahun. Dan dia berharap yang rakan sekerjanya si Ev itu membalas cintanya. Dan ibunya mengalami kemurungan setelah kematian bapa tirinya, Jan. Maka, punca punc

bantu aku kalau anggap aku kawan

TOLONG  DELETE  GAMBAR  TAK MENUTUP  AURAT AKU baik dari rambut, lengan dan kaki I made mistake. OF COURSE. But people does changed. pls respect me. if youre girl. keep it in save place. kalau rasa sayang nak delete kenangan kita tu; ayuh jumpa, kita bina kenangan baru! Selfie sampai lebam ! :D

kau bukan tuhan

Hai, apa khabar? "Kau tahu tak, dia tu suka sangat dekat kucing, kalau I lah, I tak suka ok, kotor banyak hama kutu, ew" "Cuba kau jadi macam dia, pandai bergaya makeup. Jangan jadi malas selekeh macam ni" "Kau tak ada otak eh? Tak kan benda senang ni tak boleh buat, kalau aku lah sekejap je dah setel projek ni" For the rest 25 years almost. I meet ber-dozen billion of people. Sure you do, too.  Apa topik aku entri kali ni. Perihal banding membanding bandingkan. Hah, nampak betapa aku nak jelaskan dekat sini. Tahu, betul. Lagi ramai kita jumpa orang lagi banyak pe'el kita akan jumpa. Beraneka warna corak pattern so whatever lah.  Hope, pada yang punya sejenis penyakit begini, aku tak minta kau henti sikap banding membandingkan ni, cuma take time and think of it. Just think.  Untuk apa Tuhan tu menciptakan manusia sekeliling kau manusia yang begini begini perangai sifat sikap mereka. Untuk Tuhan nak uji kau. Sama ada kau boleh ka

humanoid

Dia akan pulang ke tanah air dan akan berkahwin dengan meriah. Mempunyai cahaya mata yang ramai atau mungkin sepasang anak laki laki dan perempuan, kalau dapat kembar. Itu merupakan anugerah yang tak ternilai. Dia menyiapkan diri untuk mengambil si tunang di lapangan terbang. Rambut diikat sedikit bergaya, sekuntum bunga kegemaran terselit di belakang sanggulannya. Merah warnanya. Pasti bunga itu akan dipuji, kerana itu merupakan salah satu dari kesukaan si kekasih hati. Di kota metropolitan Java Kit, kediaman yang penuh moden, dan ya. Motor yang menggunakan cahaya solar juga berlambak di sana sini, begitu juga dengan papan lucur yang terampung gitu. Pada milenium ke-3, abad yang ke 30, dan dekad ke 2990-an ini, haruslah segalanya moden sebegini. Alangkah indah bila segala yang berada di internet pada zaman dahulu, kini boleh dibawa ke realiti, dan segala pembelian secara online, juga boleh tiba tak sampai 10 minit. Dia bergegas menaiki kereta berkuasa solar sebaik sahaja meletakka

senyum termampu

Cemburu berbaur rindu terikat satu tali berunsur besi di kaki ditambah bebanan diherit herit tatap sepi; termampu mulut dikunci; bisu senyum dibalik besi senyum termampu; masih jua tak terlihat. senyum masih senyum bukan sengsara tapi tahu kamu sedang bahagia juga.

Penunggu mewah

"Bagaimana? Berminat?" Aku mengelamun tengok rumah idaman aku ni. Tak beri tumpuan pun pada detail detail condo tersebut. Dalam keasyikan, sejenak aku fikirkan baki bank yang akan tinggal bila condo kecil di balik kaca ni jadi milik aku. "Ianya fully furnished " sambungnya Aku tak ambil kira sangat dengan keluasan semua jadah tu. Yang penting rumah ni jadi milik aku. Tapi, bila dia dah kata rumah itu lengkap segala, aku pun; "Ok. Saya berminat" Dua tahun aku tunggu. Dua tahun. Dengan gaji empat tahun aku simpan, semata nak dapatkan rumah ni. Akhirnya. Akhirnya.. Keluhan puas aku hela dikit. Aku pandang dari bawah. Rumah yang baru siap dibina dan dalam beberapa hari lagi dibuka dan diduduki. Segaja aku pandu sendiri kemari, tak menyempat. Sebuah condominium baru dibina dipertengah puncak bukit; dikelilingi hutan menghijau dan kabus kabus ala ala kat overseas. Pendalaman dan terpencil. Orang (penjual) tu kata, waktu malam akan nampak cahaya kotaraya dar

Seimbang

Hidup ni dah cukup seimbang sebenarnya, tapi masih dipertikaikan dengan kelebihan kelebihan yang ada, walhal jumlah kelemahanya berada dalam kuantiti jisim yang setimpal. Ayuh kata; Apa suka akan kerja kau? Kekasih kau? Keluarga kau? Kehidupan kau? Personaliti kau? Skala 1-5 beri aku setiap satu. Renung dan tanya sendiri pada diri kau tanpa libat tuhan. Bukan (capital). Bukan mau membelakangi dan tidak bersyukur. Tapi (tanda seru), apa titik yang mau aku sampai kan adalah; Bukan kah ianya seimbang? Kurangnya itu. Sama la lebihnya itu. Misal kata; pandang sahaja pada sekeliling. Aset berjuta ribu tapi bunuh diri kerna cinta. Lemahnya pada cinta, lebihnya pada matawang. Seimbang, bukan? Tuhan jadi kita ini? Apa maksud aku semua ini; jangan sebab kelemahan buat kita ulang kesilapa yang sama kat alam di satu lagi; berulang kali. Sedang kita sendiri tau, kelebihan itu adalah segalanya dan penutup pada kelemahan. Tolong jangan bunuh diri.

Tunangan orang dah, noks.

Image
Tak sangka, dah genap dua bulan jadi tunangan orang.  Tak ada masa nak update blog, Apa pun, Happy 2015. May have a better life.