Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : " Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa. " 15 minit sebelum berbuka, 13hb Aug. "Mak, tadi malaikat maut ada bersama kita. Ditatap wajah dia yang sayu itu, lalu dicabutkan nyawanya dengan sepantas kilat, tanpa sempat kita mengetahuinya." "Sudah ajal dia, nak buat macam mana," kata mak tanpa perdulikkan aku. "Tapi mak, kalau saya ada bersama kucing itu, pasti saya juga yang dibawa bersama. Pasti saya juga dilanggar kereta itu." "Mak. Malaikat maut selalu menatap wajah kita mak, sa