Posts

Showing posts from April, 2012

Dunia pinjaman

Image
Aku perhati jemari ini, ku rasai kulit ini, Aku lihat di dalam cermin, wajah seorang gadis gempal. Tak semena mena air mata mencurah pelahan. Kesal akan peribadi sendiri, Kenapa segalanya seakan nyata sedangkan semua ini cuma sementara. "Aku terlalu mengharap cinta kaum adam,  hingga lupa mencintai Pencipta. Aku terlalu mendampakan kasih si jejaka, hingga terlupa yang dunia ini cuma sementara."

The course actually I take...

Image

Pentakut

Image
Aku... Perempuan pentakut yang macam aku ini, masih kah lagi layak untuk bicara perihal cinta? Untuk menjaga makan minum, pakaian serta perihal segala? Aku masih tak mampu untuk kata terus pada kau, bukan aku tak berusaha untuk bersedia hidup bersama kau, Cuma aku hanya perempuan pentakut yang hina. Takut dengan kelemahan sendiri. Takut pada bayang sendiri.

Afraid

Image
Bila terasa bahagia, tercuit pula perasaan takut dikecewakan, mungkin aku terlampau menerima kebahagian, hingga terlupanya ada si kekecewaan menanti untuk menyergah.

Jodoh itu rahsia Allah

Image
Benar, kita sendiri tidak ketahui jodoh kita sendiri, bila sudah tiba waktunya, perasaan yang begitu indah akan dirasai, dan waktu itu jugalah kau akan bersyukur gembira. Aku tak berani lagi berkata yang aku tak bersedia untuk bernikah, benar. Selagi hajatku tak kesampaian, aku nekad tak mahu berkahwin. Tapi, kemon lah. Kita cuma hamba yang menurut perintah takdir. Jika sudah tertulisnya takdir itu, dimana jodohmu, ajalmu. Maka, tidak akan dicepat atau dilewat walau sesaat. Haha. Benar. Aku jatuh cinta pada manusia yang aku sendiri tidak pernah kenal, dan apatah lagi jumpa. Tapi aku suka dengan sikapnya. Dan entah kenapa aku rasa macam ada sesuatu pada dia, tak seperti dengan bekas teman lelakiku yang lain, dan lelaki yang aku kenal. Tapi aku percaya yang dia boleh bimbing aku. Aku rasa aku jatuh cinta. Bukan jatuh cinta mahu bercinta, tapi.. Aku rasa aku nak bernikah dengannya. Ah. Gila bukan? Sangat gila! Tapi islam tak menghalang pun kan, aku sudah cukup syarat untuk bernika

Gadis Upahan

Image
12th Sept 2014, Di sebuah cafe yang terdapat di Kota Hill Vell yang baru membangun itu, terdapat dua orang wanita yang sedang duduk bersebelahan cermin yang membolehkan mereka ditonton dari luar. 'Kitty's Cafe' tertentera di atas kaca lutsinar tersebut. Wanita berambut hitam panjang menolak duit di dalam sampul, kulitnya sedikit berkedut dimamah masa. Wanita dihadapannya hanya melihat sampul tersebut, memiliki rambut berwarna perang paras bahu, sedikit curl dihujungnya. Kulitnya gebu dan menawan, citarasa semua jejaka. "Tolong aku, Carly... Ini terakhir.." Kata wanita berambut hitam pudar ini. Wanita yang dipercayai bernama Carly hanya tersenyum pahit. "Beritahuku segalanya." Dia menarik nafas panjang sebelum memulakan bicara. "Semalam.. Kami sepatutnya pergi ke tasik untuk berkelah seperti biasa, tetapi dia telah menempah hotel, dan kami.." Carly terdiam, wajah Fereensa menahan sebak bila suaminya berlaku curang dengan gadis yang diupahny

My Suicides Note

Image
Nampaknya tak semua yang aku rancang dalam sebulan dua lepas menjadi seperti yang diharapkan. Mungkin ada hikmah, tapi aku tak pasti apa hikmah yang satu ini, sama ada hikmah atau balasan, entah lah.  Lagi lagi bila aku cuba aturkan hidup aku sebaik mungkin, dan semuanya tak berjalan seperti kehendak aku, dan aku tahu Allah tak izinkan. Sebab itu semuanya tak menjadi. Pada mulanya aku masih boleh bertahan. Aku cuba berfikiran positif. Mungkin aku perlu lebihkan usaha. Tapi bila tiba disatu tahap yang aku rasa amat terdesak dan aku amat mahukannya. Aku masih lagi tak dapat menyudahkannya. Aku tahu, aku banyak buat segala macam benda sekarang ini. Aku cuba siapkan novel aku, aku cuba hantar proposal untuk stesen TV, aku memasuki kelas teater. Ya. Tak menjadi seperti yang aku sangka. Segala masa telah aku atur dengan sempurna. Tapi, novel aku masih tak siap, proposal aku masih tiada reason, dan kelas teaterku, aku rasa cuma itu yang menjadi cuma.. Percakapan aku. Ah! Aku benci aku tak

Cinta itu klise

Image
Maksud sebenar cinta, Pasti ramai sudah merasai rasa cinta itu sendiri.  Jadi malas untuk aku huraikan bermacam jenis. Cinta buta, cinta pekak, cinta tuli. Monyet, monkey, surat cinta, cinta alam maya, Ok, itu pastinya ramai yang telah merasai. Bagaimana?  Sedap? Manis permulaan, masam di hujung? Sudah lah, cinta tak seperti gula gula masam manis itu. Jika kau sudah tahu, cinta itu pahit, yang lagi mau dikemam kenapa? Jika kau tahu sudah, cinta itu manis, yang lagi dimau buang kenapa?