Tuesday, September 20, 2011

Tangisan seorang ibu yang kematian ibunya

14hb Sept 2011

Hari ini last presentation aku untuk final project, alhamdulillah, semuanya ok, walaupun tak berapa nak ok,
Fasal novel aku tu, aku tanya orang tu, tak payah lah aku inform nama dai, sebab belum tentu pun dia orang akan terbitkan novel aku, buat masa ni, just biarkan dulu, kalau semua dah ok, baru aku hebohkan fasal novel aku tu, cerita yang mana satu tu, aku tak tahu lagi sama ada dia terima atau tak, so, biarkan dulu, still ada masa..
And, balik dari kolej, aku balik dengan Eiyka, aku saja tanya dia, "Kau tahu hari ni hari apa??" "Apa" "Anniversary aku dengan mika." aku tertawa sinis. "Oh, berapa lama dah?" "Setahun.. err.." sambil mengira. "Setahun 5 bulan" dan Eiyka tertawa, aku pun cuma tertawa sinis. "Kalau bukan sebab perempuan tu mesti dah setahun 5 bulan kan??" Kata Eiyka. "Dia dah putus dengan perempuan tu, minta couple balik dengan aku, then kapel dengan perempuan tu balik, bodoh." "Bukan bodoh je, bangang, bahlul, semua ada.." Tawa kami pun bersatu.

15hb Sept 2011


Aku paling benci lah costomer seorang ni, ini masuk kali yang entah keberapa tah aku kena buat adjustment kad wedding dia, kalau card tu cantik tak apa juga, tapi dah cukup cantik dah aku design lagi, entah apa lagi yang dia tak puas tah, nak ada background apa lagi tah jadah haram, aiii mamat, ni selamat untuk wedding kau, mamat, kalau takk ..aaiii, sabar sabar...huhuhu
Malam tu, balik kerja, aku uninstall semua jadah haram yang memberatkan lappy aku ni, camfrog, ICQ, sandbox, iceop, dan kecuali skype, sebab senang coulgce aku nak sent .AI kat lappy aku, tak payah susah susah nak guna pendrive kan, haha
Kemudian, aku pun start lah mengarang, sumpah aku tak tipu, bukan senang nak buat 2000 ribu word 1 bab, tapi aku tabahkan aku, aku buat juga, tapi sampai bab ke dua setengah, aku terlena...

16hb Sept 2011


Hari malaysia, aku cuti, ingat nak pergi tengok kat dataran merdeka tu, tapi orang tu bz lak, (bukan bf ok! im single, always single, TQ ) so, aku pun tidur sampai tengari, 'wanita berkerjaya memang wajib tidur sampai tengah hari.' hahaha
Kemudian aku sambung mengarang sampai ke malam dan siapkan sipnosis penuh yang sepanjang 3 page tu, aku rasa cukup penuh dah tu kot, haha,
Esok balik kerja, mak aku ajak teman dia ronda ronda pudu, tengok bas nak balik kg, sebab dia nak balik kg esok, jaga maknya yang dalam kesakitan, dah berminggu aku dengan abah duduk rumah tanpa mak, sebab mak jaga wan( orang n9 panggil nenek; 'wan' )
Aku pun cakap ok jer, sebab aku balik awal esok pukul 6, kemudian dah setel semua bab dan sipnosis, aku pun masuk tidur and suruh mak aku kejutkan aku pukul 6 sebab nak pergi kerja.

17hb Sept 2011


Jam pukul 6 pagi, telefon berbunyi, mak call, jam baru pukul 6, aku kena gerak pergi kerja pukul 8, so, aku biarkan dulu, malas nak angkat, sebab aku ingat mak ada kat kedai, malas nak kejut aku dengan ketuk pintu, so dia just call, biasanya macam itulah...
Buat kali ke tiga mak aku call, aku pickup.. Ayat yang buat aku terjaga tak berkelip.. Macam ni..
"Alin.. Wan dah tak ada.."
Tangisan mak membuatkan aku rasa nak menangis time tu juga, buat kali pertama, setelah berbelas tahun aku tak dengar tangisan mak, buatkan aku bertambah sebak, lepas tu aku kejutkan abah, abah pun dengan serta merta, terjaga tak berkelip bila dengar berita tu, lepas tu, time tu juga aku bersiap, nak balik kampung... Mak aku dah pergi dulu dengan abang, and aku pergi dengan abah, naik kereta myvi makcik, sebab kereta abah, abang aku bawa sebab kereta dia rosak.
Kami tiba dalam pukul 8, kemudian, dah topup handphone aku telefon manager, aku bagitahu yang aku nak minta cuti 3 hari, nenek aku meninggal, then dia minta surat kematian..
Lepas tu, kemudian, aku tengok jenazah dimandikan, tenang je muka wan, bersih je.. Dan setiap kali aku tengok diorang usap rambut wan, basuhkan rambut dia, mesti aku menangis,

FYI!! aku benci menangis depan orang ramai, aku memang jenis kuat menangis, tapi aku tak akan menangis depan orang ramai, port paling aku suka time nak menangis dan rasa selamat nak menangis, ialah bilik tidur aku sendiri dan bilik air, harap maklum.

Kemudian, aku tengok dia dikafankan, bukan aku tak nak tolong, tapi dah banyak sangat tangan yang menolong, lagipun aku pegang handphone mak teh aku, lepas tu.. orang yang ketua kafankan tu suruh ahli keluarga cium dia.
Ya ALLAH, Ya Tuhan ku, sejuknya dahi dia..
Sebak aku bertambah bila dengar esakkan dari mak teh dan mak aku, dia berdua yang paling rapat dengan arwah, dengan paksu aku .. Kendian, orang tu bungkus jenazah...
Tak lama lepas tu, nak dekat setengah jam something baru kereta jenazah sampai, sebab ada uztaz tu nak uruskan jenazah yang meninggal hari yang sama tu dahulu baru ambil jenazah wan aku.
Di tengah hari terik, aku lihat wan di tanam, di tebus dek tanah, dan bila uztaz tu bacakan ayat ayat tu, buatkan aku bertambah teresak, aku dapat rasa semua orang kat situ tunduk tekun mendengar, tapi cuma aku yang mengalir.. Aku terlebih menghayati ayat ayat yang dikatakan kot, tu yang membuatkan aku takut, dalam masa yang sama, insaf ... Entah Allah nak ampunkan dosa yang aku buat ke tak? Entah aku selamat di alam kubur tu atau tak??
Bila semua dah selesai, tiba tiba aku rasa kesakitan yang sedikit kat telinga aku ni, kemudian banyak sikit, kemudian lagi, makin sakit..
Bila dah sampai rumah aku dok pegang je telinga aku ni, tahan sakit, bila sedara tanya, sakit telinga ke, aku tidakkan aja, malas nak jawap pertanyaan lanjut mereka..


FYI ! Biar aku bagitahu terang terang lah kat sini ya, aku memang ada masalah pendengaran, aku memang ada penyakit, aku memang sakit telinga belah kanan semenjak kecil, dari kecil aku keluar masuk hospital untuk buat pemeriksaan pada telinga aku ni, dan aku memang tak dengar sangat bila orang bisik belah kanan ni, dan aku mengaku, aku memang kecil hati bila kau orang panggil aku pekak, aku memang terasa kau panggil aku pekak, tapi tak apa lah, memangkan kau orang pun bengap tak reti beza pekak dengan soundtrouble macam mana kan, pekak means tak dengar langsung, nothing! Kau jerit la kuat mana pun, tak akan dengar! Dan sound trouble mean kurang dengar, ada masalah pendengaran, dan YA ! dengan bangga, aku cakap aku ada masalah dengan pendengaran ! Aku sound trouble.. And FYI lagi, aku bersyukur yang aku ni just sound trouble, not pekak, at lest aku boleh dengar bila kau menjerit panggil aku .. Dah allah jadikan aku macam ni, tak akan aku nak merunggut, kan. Nak maki kau orang kan, kira berunung kau orang boleh dengar lebih baik, lebih jelas dari aku. Tapi jangan ingat kau perfect, kalau tak boleh terima budak 'pekak' macam aku ni jadi kawan kau sebab kau susah nak berbisik kan, serupa tak payah kawan dengan aku, thanks a lot lah, 'kawan' ...

Ok, dah lari topic, maafkan saya! Hahaha
So, part mana tadi? Aku sakit telinga tadikan, so, aku pun pergi hospital, ini kali ke dua aku keluar masuk hospital sebab demam, kalau masuk lagi, kau cucuk aku, aku tak nak masuk hosptal dah! Hahaha

Huhuhu, agak terseksa la juga semalam, dah lah wan pergi, aku sakit telinga, nak baring pun dia berdenyut denyut, inikan nak tidur.. Tapi lepas makan ubat, aku terlena juga, hahaha

18hb Sept 2011


Bila semua dah setel, mak dan adik beradik dia cerita fasal wan sebelum dia pergi, mak teh bagitahu, yang wan cium duit raya aku, aku tak sangka, duit raya yang aku bagi, yang kali pertama aku bagi mengunakan gaji aku yang pertama merupakan duit raya yang kali pertama dan terakhir.
Dan yang paling aku sedih sangat bila aku teringat aku pernah cakap kat wan, kat semua yang ada time tu, masa malam raya, aku cakap, aku nak ziarah kubur, lepas tu wan cakap lah, jangan lupa solat raya juga, lepas tu pergi ziarah kubur. Tapi malam tu, wan masuk wad sebab kena storke, so semuanya memang terbantut lah, tak rasa raya pun tahun ni.. Tapi aku tak salahkan dia pun, dah dia nak sakit nak buat macam mana kan..
Dan yang membuatkan aku bertambah sebak, bila aku teringat dengan rasa aku tu, yang aku teringin nak ziarah kubur, tapi tak tahu nak ziarah kubur siapa, tapi tak sangka pula, 'rasa' nak ziarah kubur tu sebenarnya kubur dia ...
Memang aku melalak puas puas dalam bilik air..

Dan sekarang, saat aku menulis warkah bermutiara jernih ni,
aku cuba menahan tangisan, sebab aku kat kampung lagi, dan bilik ni mak bapak selalu keluar masuk, maklum lah, satu bilik, satu famili, haha !
Aku teringat bila dia marah marah aku dengan adik sedara aku tu, bila urut kaki kecil dia, bila picit kepala dia, bila cium tangan dia, tadi pun masa angkat kain, aku rasa nak menangis je bila terhidu bau baju dia, dan otak aku ni terfikir, lepas ni, keadaan rumah kat kampung ni dah tak akan sama macam dulu, dah tak ada wan yang sambut, menunggu kami depan beranda rumah bila kami pulang ke kampung, cium tangan dia dalam keadaan mengantuk sebab baru bangun sepanjang dalam kereta.
Ya allah, rindunya aku ... Walaupun aku tak rapat sangat, dan aku akui aku takut dengan dia, sebab dia garang, tapi dia mak kepada mak aku, dan bila tengok mak menangis macam tu, siapa yang tak sebak?? Tangis seorang ibu yang kematian ibunya.. Benar benar membuatkan aku terfikir, adakah anak aku akan jaga aku bila aku dah tua nanti macam mana mak dan adik beradiknya yang lain menjaga dia sewaktu dia sakit hingga dia menghembuskan nafasnya yang terakhir?Waallahhualam...

Al-fatihah buat Hajjah Mariam bt Taha, 65 tahun.
12/7/1946-17/9/2011

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang orang yang beriman.. 
Amin yarobalalamin...