Posts

Showing posts from 2016

#JuwieParamita

Ditanya berulang kali. Usah kata seperinciannya. Sebesar bateria itu pun sudah diselidik dipersoal. Namun masih, bisu juga tubuh itu. Aku sudah tidak tahan. Kenapa tiada siapa dapat merungkai apa yang ada pada gadis; yang orang sekeliling memuja Dewi Paramita itu. Gelaran itu cuma milik aku! Sunyi. Gelap. "Juwie" Dia masih mendiam. "Beritahu pada aku. Apa rahasianya" Air matanya mengalir. Titis peluh sudah mengering. Mungkin sudah penat meronta, kebarangkalian. "Dewi Paramita" Senyum sinis. Pantas aku tarik kemas bucu mukanya. Kasar. "Rasanya kamu tahu, sebagai ahli baru di dalam intitusi magis ini, batas batas kuasanya seharusnya punya had"

Dari semalam

Dari semalam lagi, aku asyik terfikir fikir Dari semalam, aku ternanti nanti walau tiada niat mahu menunggu Dari semalam, sebelum lelap mata ini, aku termenung walau masih banyak perkara harus difikirkan Dari semalam lagi, aku terfikirkan dia. Dari semalam, bilahan sabit panjang, jubah ber-hood hitam, orangnya kacak, berkulit putih, gigi rapi tersusun sedikit taring hanya sebelah kanan. Dari semalam, dia beri senyuman tak keluan pada aku; katanya aku ini seterusnya, lalu lesap. Dari semalam lagi sebenarnya .... nafas aku pun tlah hilang--

Penaklukan (2014)

"Sedia." Busur diangkat. Talinya ditarik hingga ke bibir. Tumpuan diberi sepenuhnya. Dalam bilangan 10 jasad sebaris sama mengadap sasaran mereka. Lelaki dewasa yang memberi arahan; angkuh. Menunggu anak anak didiknya bersedia untuk melepaskan anak panah tepat ke sasaran. "Lepas" Bunyi panah yang laju berdesum, seperti yang dijangka. Hanya satu; tersasar. Tangisan mangsa dihadapannya semakin kuat, yang lain disenyapkan dengan panah yang tepat di dahi dan dada masing masing. Darah mengalir di bahu tak henti henti. Si pemanah kecil itu mula cuak, dia menelan air liur. "Freud!! Jumpa di Gha," Jerit si pengajar bengis. Gha adalah kawasan latihan bagi pemanah pemanah cilik. Satu set busur besi dan beberapa anak panah di susun rapi, dan beberapa budak perempuan dan lelaki yang sebagai sasarannya berdiri, diikat kaki dan tangan, dalam jarak yang berbeza menangis teresak ketakutan, ada yang merayu dilepaskan, menyumpah nyumpah puak mereka. Freud te