Tuesday, February 21, 2012

Berehat seketika.

Memandangkan aku punya internet had been cut. So, aku tak akan online mengunakan lappy dan mengupdate blog buat masa ni. Aku cuma online using handphone.
So, harap faham la ya, kenapa aku tak update blog ni dan stokinbusuk.

Ini pun aku menghabiskan masa dekat kolej. Ah. Tak. Tak. Aku ada urusan dengan admin tadi, jadi aku ulangkaji pelajaran yang tak pernah aku belajar dekat library kolej. Tapi cuma khatam satu bab je, (Sekarang dah masuk bab 3) sebab kerling(berbisik) kat library tu memekak nak mampus. Nak je gua sound. Huh! . Buku tu baru dapat, jadi agak lembab untuk aku study seorang diri untuk belajar penulisan asa skrip-lakon layar. Jadi, mungkin akan memakan masa sedikit.

Oh, dan 25hb ni aku ada "Sharing Session" dengan otai otai skrip writer di room Skrip Malaysia. Mereka ajar macam mana guna software untuk buat skrip. Harap harap ada sesuatu yang aku boleh belajar. Semoga impian aku tercapai untuk jadi novelis dan penulis skrip yang berjaya. Amin. :)

Oh. Semenjak dua ni, emosi aku tak berapa nak bagus. Agak down dan kecewa dengan penulisan sendiri. Sebab itu aku beriya nak study buku ni, harap harap ada sesuatu yang boleh digunakan dalam novel ni juga. Tapi buku tu bagus ok. Dia terangkan, kemudian bagi contoh. Bagus bagi pembaca yang lembab macam aku ni. Mih! Mih! Mih!