Sunday, September 11, 2011

Terima Kasih Daun Keladi


Ok, ini cuma entri yang agak pendek,
kena tidur dah sebenarnya, tapi aku nak buat entri ni untuk kamu semua.. hehe
*Terpaksa tahan mata @___@

Kamu semua nampak atas ni?? Yup, 800 like this,
hehe
Here I want to thank you too all coz give me support to be a writer..
Aku tahu, yang baca cerita aku tak seramai tiga digit ni,
tapi dengan tanda LIKE tu pun dah cukup bermakna bagi aku,
sebagai tanda sokongan kamu semua menyokong aku untuk terus maju dalam dunia penulisan,
sememangnya untuk berdiri tegak tu, tak mungkin lah dengan usia semuda ni,
tapi aku ada rakan rakan penulis lain yang boleh membantu aku selain melangkah bersama,
honestly bagi kaum ZineSatuMalam(ZSM), peluang kau orang bagi aku join kau orang, memang aku hargai sangat, dan tujuan utama ZSM pun aku rasa mulia sangat, sebab dapat kumpulkan bakat bakat anak muda dalam dunia penulisan yang semakin jauh dalam diri remaja sekarang.

Well, I actually ada good new, ada someone inbox at my facebook,
and dia berminat nak terbitkan novel aku, and aku pun tanpa cakap perkataan 'Setuju', just bagi je one of my story, untuk rujukkan dia dan editor dia sama ada aku layak jadi penulis mereka atau tidak. Memang aku takut sangat, aku tak harapkan , sebab usia aku dalam penulisan ni pun tak sampai setahun, aku masih mentah. dan banyk typo yang aku buat yang boleh membuatkan mereka kecewa dengan aku.

Tapi memang itu impian aku, nak cerita aku diterbitkan, lagi lagi bila ada orang offer pula, mau kau aku tak menjerit kat tempat kerja tadi?? Dia orang kata aku gila, haha tapi nak buat macam mana memang aku tak dapat nak kawal perasaan ni, aku gembira sangat sangat, tapi dalam masa yang sama,aku takut. Aku takut tak dapat bagi komement yang sewajarnya. Aku takut kecewakan pembaca  aku, yang paling aku takut, aku kecewakan penerbit aku...

Tapi tak apa, selagi tak cuba, tak akan nak mengalah kan,
Dengan ini, saya Linda Zizan, akan berazam, akan menyiapkan novel pertama sebelum menjelang tahun hadapan, INSYA-ALLAH!

Support aku ya, sahabat sahabatku ... :)

Kepada reader yang disayangi, nantikan buah tangan dari saya..

*Tiba tiba rasa konfident pulak nak buat novel yang panjang berjelar tu, haha ! Doakan aku !


Baiklah, mak dah marah, got to sleep now, selagi lagi...

TERIMA KASIH 
pada siapa yang like page saya.. :) mmuuaaacckk!!



KBAI!