Thursday, January 31, 2013

Goodbye, Janu. Hello, butterflies in my stomach!

Assalammualaikum,
Salam sejahtera, selamat segala pengulu hari.

Wahh, kejap lagi sudah 1st Feb, dan berakhirnya bulan Janu pada tahun ni. Cepatnya masa berlalu, bukan?! Ya! Moga moga, segalanya baik baik saja. smile

Bukan calang calang hari, dalam bulan Janu ni. Dan perihal tahun lepas, aku tak coretkan banyak mengenainya. Kerna tak banyak benda yang osem jadi. Maka, tak banyak yang aku mahu ceritakan disini. Oh oh-- Tapi tahun baru, aku dan keluarga pergi tengok bunga api di Dataran! Pertama kali aku lihat depan mata tahu! Kemudian kami ke Cameron! Oh- Damn! Terasa hatiku tertinggal disana. Sobs sobss.. cry Aku mahu tinggal disana. Mauu mauu mauu!! Wuuu~

Oh, dan lagi, sepatutnya hari raya cina nanti, kami akan ke Cameron, tapi memandangkan ada cousin cancel saat akhir, so mungkin akan ke Bagan Lalang je. Ahh-- Rindu juga tempat itu! Petemuan cinta pandang pertama disana! Kahkah. Itu cerita berkurun tahun lamanya. Aku pun dah lupa, sama ada umur aku 18 tahun atau 19. confused Ahh. Abaikan..grumpy

Baiklah, mengenai business. squint Kau tahu kan, aku sekarang berkerja sebagai Designer Embroidery di salah satu kedai berdekatan rumah aku. Walaupun tak lumayan mana salarynya, tapi tak mengapa. Ambil pengalaman. Boss banyak membantu dalam bidang marketing dan business! Terima kasih! upset Hehee--

Moga tercapai impian nak ada business sendiri nanti! Aamiin!grin grin

Novel? Shit. grumpy Aku terlalu penat dan leka melayari internet sehingga tak sempat mahu menulis. Mihmihmih. Penulisan yang lain pun tertangguh. Shit.  grumpy

Kau tahu, setiap seorang ada hari hari 'hard-day' mereka. Sampai aku sendiri rasa, kenapa aku tak boleh bahagia macam orang lain, kenapa Allah uji aku begini. Apa salah aku kat jantan tu. Dan segalanya.Tapi, percayalah, hari hari tersebut akan dibalas setimpal, dan kau akan terasa bahagia yang teramat sangat.wink

Baiklah, aku perlu tidur sekarang, jam tipu di telefon bimbit membuatkan aku cemas, kerna aku perlu bangun seawal 6 pagi untuk tolong mak di kedai, kemudian pukul 8 aku perlu bersiap untuk masuk kerja pada pukul 8.30 pagi. robot

Ahh! Aku sudah dapat gaji tadi!grin Tercapai impian nak beli spek mata baru dan telefon pintar Galaxy Y itu! Ahad ni cuti, boleh shopping. Jom datim! heart

Walaupun, sebenarnya tak banyak yang dirancang tak menjadi, sekurang kurangnya, aku tak akan berhenti dari terus cuba dan mencuba! Itu lebih baik dari mengalah! Cayook cayook! upset

smile Insha allah. Haa. Next plan. Setelah kumpul duit untuk ambil lesen kereta, Baru aku akan kumpulkan duit untuk business Kad kahwin aku tu, tak banyak cuma mau buat percubaan dan sample dahulu. Kemudian, naikan semula business keychain itu, dan fikirkan untuk doorgift pula.Bila segala dah sempurna, aku akan lancarkan business kad kahwin secara online. Dengan izin-Nya!angel Dan bila segala sudah tercapai, barulah kumpul duit nak kahwin! Yey! Ahh- Miangnya saya. pacman

Itulah cadangannya pada tahun ini, moga moga tercapai. Aamiin aamiin aamiin!





Sudah sudah, jom tidur. 
Moga Encik Jodoh dilindungi Allah selalu, 
dan kalian juga diberkati-Nya. 
Jazaka Allahu Khairan. heart