Thursday, December 15, 2011

First Impression is not always CORRECT.

Bercakap mengenai first impression, kira macam pandangan pertama, tangapan pertama lah kan.
Well, bagi aku lah, benda tu tak betul sangat pun, iyalah, kita jugde seseorang tu berdasarkan based on they act, look, dan bukannya dari segi dalaman, maksud aku. Kita akan bagi first impression ni dengan apa yang kita nampak, dan bukan dengan mengenali dahulu.

Ok, like me la, aku kan masuk Take Me Out tu, game show tu based on first impression, kalau kau suka kat mamat tu tak payah lah turn off, so, aku pun tak lah turn off, sebab tu aku dapat date. And hell yeah. Sebab aku suka mamat tu based on first impression aku, bagi aku lah dia merangkumi apa yang aku suka, lelaki yang aku suka, writer, taller, and not handsome much lah. But, he's not what I thought. Funny part it is, he's not a writer at all, he just a reporter that just wrote the report. Dan, nak tahu macam mana aku tahu? Macam ni, masa ni tak ada camera yang roll, so, kita orang borak guna aku, kau and sometime dia guna gua, lu..

Aku: Kau bukan writer yang created story kan?
Dia: No la, aku just tulis event, berita-berita.
Aku: Oh.. Bukan macam aku lah kan? Created story?
Dia: Tak. Lagipun benda tu dah ketinggalan zaman lah, 
mana ada orang buat benda tu lagi, tak boleh bagi income tetap.
Aku: Hey, jangan nak hina kerja aku k, at least aku tak biarkan seni tu mati.

Hahaha, begitulah, agak panas juga lah aku bila dia cakap macam tu, ketinggalan zaman?? Aku rasa macam nak tekan button turn off! Tapi dah terlambat. Heh. Dan aku pun 'teeettt' fasal dia part tu. Dan aku sepatutnya tanya benda tu depan camera! Holly crab!

So, lagi? Fasal dia? Aku tak rasa that he is a nice guys. And 0 mark for my first impression about him. Ok, itu sahaja, aku malas nak cakap lebih lebih fasal dia. Sebabkan show tu aku fobia tengok cupcake, kau orang akan tahu kenapa bila tengok 1/1/2012 pukul 3ptg at NTV7.

Then,
Another first impression, bila mula mula kenal dia, kita rasa dia macam sombong je, so kita dah set at minda kita, yang dia memang sombong. Tapi tak pun, bila kita dah kenal rapat dengan dia. Sebab tu ada ayat don't judge book by its cover.

Well, first impression is not the last impression. Lagipun, first impressions are important, but everyone deserves a second chance.

Ok, tutup buku. Simpan dalam almari. Dah habis baca sila letak tempat dia balik. TQ.


About my writing, mula mula aku mohon maaf bagi reader yang dikejutkan dengan cerita aku yang lately ni. Ini semua pengaruh dari Kontrol Histeria(KH). Dan cerita cerita tu memang aku ada hantar pada KH, tapi direject sebab tak menepati citarasa dan seleranya, nafsu mereka lebih kuat, tak percaya sila baca sendiri. Dan cerita cerita tu dah berkurun, beberapa bulan yang lepas sebelum aku kenal KH lagi, jadi aku fikir-fikir, dari aku simpan sini, baik aku letak dalam blog, ada juga kelainan dalam penulisan aku. So, aku letaklah semuanya yang ada, dalam blog aku ni, cerita cerita tu dah lama, cuma tak dipublishkan saja. Dan aku dikejutkan dengan trafik jem, walaupun tak jem mana, dan aku rasa kau orang memang suka cerita macam tu kan.

Antara kawan kawan aku baca, mereka terkejut, ada yang tanya aku, kenapa dengan aku, kenapa buat cerita tu. Kenapa cerita aku lucah. Hahaha, aku just gelak dan cakap ianya cuma cerpen, cerpen jenis fiksyen transgretif. Itulah jenis penulisan KH, dalam kata lain, mereka buat cerpen yang lucah, bunuh bunuh, dera dera, seksa seksa yang menguji kemampuan penulis dengan abnormaliti imaginasi mereka dan kalau nak tau selebihnya sila kontrol histeria terlebih dahulu sebelum membaca. So, penulisan aku yang berbaur begitu adalah pengaruh nak masuk KH, tapi tak lepas level, kesian. Keh keh keh.

Ok, abaikan. Aku tetap tak akan lari dari genre cinta dan horror aku, cuma sekali dua, mungkin tiga dan empat je aku akan berkelakuan aneh. Jadi, sila jangan takut bila nak jumpa aku ya kawan kawan. Ianya cuma satu rekaan, satu penipuan untuk memberitahu kebenaran. Itu tugas sebenar seorang penulis. Lagipun semua orang suka sesuatu yang tipu, menipulah sewaku berkarya. *senyum.

Baiklah, cukuplah tu rasanya, aku perlu tidur, tadi tak tidur terus jogg, lepas tu tolong mak kat kedai, hari ni kena tolong sampai malam sepatutnya sebab bibik malam aku cuti. So, aku dibenarkan tidur sebentar kemudian kemas kedai. Urgh! Mengantuk!

Bila lah aku dapat beli Guinea Pig aku ni. Huhu Aku dah book rumah atas hanya untuk Piggy comel aku ni. Hik Hik Hik.



p/s: Jenis aku ni, apa yang aku dapat tau sekarang lah, baru dapat tahu. Bila aku nak sesuatu/seseorang tu, aku mesti akan 'nak' 'nak' 'nak' dan berusaha sehabis boleh. Walaupun, mamat tu dah berpunya, benda tu susah nak dapat, aku akan naaakkkk juga selagi tak dapat. Akan tetapi... Bila aku dah dapat, dengan automatik, perasaan memberontak 'nak' aku tu hilang. Dan aku langsung dah tak kisah dengan benda/orang tu.