Posts

Showing posts from March, 2015

humanoid

Dia akan pulang ke tanah air dan akan berkahwin dengan meriah. Mempunyai cahaya mata yang ramai atau mungkin sepasang anak laki laki dan perempuan, kalau dapat kembar. Itu merupakan anugerah yang tak ternilai. Dia menyiapkan diri untuk mengambil si tunang di lapangan terbang. Rambut diikat sedikit bergaya, sekuntum bunga kegemaran terselit di belakang sanggulannya. Merah warnanya. Pasti bunga itu akan dipuji, kerana itu merupakan salah satu dari kesukaan si kekasih hati. Di kota metropolitan Java Kit, kediaman yang penuh moden, dan ya. Motor yang menggunakan cahaya solar juga berlambak di sana sini, begitu juga dengan papan lucur yang terampung gitu. Pada milenium ke-3, abad yang ke 30, dan dekad ke 2990-an ini, haruslah segalanya moden sebegini. Alangkah indah bila segala yang berada di internet pada zaman dahulu, kini boleh dibawa ke realiti, dan segala pembelian secara online, juga boleh tiba tak sampai 10 minit. Dia bergegas menaiki kereta berkuasa solar sebaik sahaja meletakka

senyum termampu

Cemburu berbaur rindu terikat satu tali berunsur besi di kaki ditambah bebanan diherit herit tatap sepi; termampu mulut dikunci; bisu senyum dibalik besi senyum termampu; masih jua tak terlihat. senyum masih senyum bukan sengsara tapi tahu kamu sedang bahagia juga.