Posts

Showing posts from December 17, 2011

Takdir

Gelap. Berpakaian baju serba putih. Dia cuba ingat dimana tempat yang kini dia berada. Sunyi. "Hello...!" Dia menjerit. Masih sunyi. Dia teruskan perjalanan. Di kelam malam, dia ternampak cahaya yang samar-samar. Silau. Tapi masih lagi mahu melihat. Ketawa ngeri datang cahaya tersebut membuatkan dia meremang bulu roma. "Siapa?? Siapa kau?!" Jeritnya gementar. Dia cuba larikan diri dari cahaya itu. Tiada siapa boleh lari daripada aku, si babi kecil! Desis cahaya itu. "Pergi! Pergi! Jangan dekat padaku!" Ketakutan dia bertambah tatkala cahaya itu mengeluarkan suara ketawa yang garau. "Aku adalah utusan dari Tuhanmu!" "Tuhan??" Dia terduduk pabila cahaya itu semakin dekat. Tak terdaya untuk melarikan diri dari ruang yang kosong tidak berpenghujung. "Kerana kau melanggar takdirmu seperti mana Tuhanmu turutkan!" "Takdir apa??!!" Jeritnya ketakutan. "Terima takdir kau atau kau akan terima balasannya."