Posts

Showing posts from April 11, 2012

Afraid

Image
Bila terasa bahagia, tercuit pula perasaan takut dikecewakan, mungkin aku terlampau menerima kebahagian, hingga terlupanya ada si kekecewaan menanti untuk menyergah.

Jodoh itu rahsia Allah

Image
Benar, kita sendiri tidak ketahui jodoh kita sendiri, bila sudah tiba waktunya, perasaan yang begitu indah akan dirasai, dan waktu itu jugalah kau akan bersyukur gembira. Aku tak berani lagi berkata yang aku tak bersedia untuk bernikah, benar. Selagi hajatku tak kesampaian, aku nekad tak mahu berkahwin. Tapi, kemon lah. Kita cuma hamba yang menurut perintah takdir. Jika sudah tertulisnya takdir itu, dimana jodohmu, ajalmu. Maka, tidak akan dicepat atau dilewat walau sesaat. Haha. Benar. Aku jatuh cinta pada manusia yang aku sendiri tidak pernah kenal, dan apatah lagi jumpa. Tapi aku suka dengan sikapnya. Dan entah kenapa aku rasa macam ada sesuatu pada dia, tak seperti dengan bekas teman lelakiku yang lain, dan lelaki yang aku kenal. Tapi aku percaya yang dia boleh bimbing aku. Aku rasa aku jatuh cinta. Bukan jatuh cinta mahu bercinta, tapi.. Aku rasa aku nak bernikah dengannya. Ah. Gila bukan? Sangat gila! Tapi islam tak menghalang pun kan, aku sudah cukup syarat untuk bernika