Friday, February 10, 2012

Sejujurnya, aku masih terlalu mentah untuk digelar penulis. Tak layak!

Hari ini, aku blur lagi. Bajet dapat setelkan 5 ribu word untuk cerita gengster. Tapi hampa.
Aku terus menghambakan diri pada Facebook, tak lupa juga pada laman TwitterJaya yang menjadi serbuan cerca maki dan melepas percikkan lava luahan perasaan aku.

Makin aku menghambakan diri, makin kepala berdenyut meronta untuk setelkan benda yang telah aku mulakan.
Sumpah aku kata, aku cemburu pada mereka yang dapat menyudahkan tiga novel dalam masa sebulan, yang sudah punyai buku sendiri, yang penulisan mereka mendapat pengiktirafan. Yang mana semua orang suka akan setiap cerita mereka. Oh. Sesungguhnya hasad dengki itu sesuatu yang tak baik. Tapi, ianya bukannya dengki. Dengki itu lebih kepada kebencian,