Sunday, September 4, 2011

Kau Tahu....

Kau tahu,
Semenjak kau menghilangkan diri dalam kesepian hidup ini,
dengan penipuan yang telah terbongkar,
yang bukan dari mulut insan lain mahupun mulut kamu sendiri..
Perasaan cinta yang begitu mendalam bertukar menjadi dendam..

Kau tahu,
Ku lihat perubahan hidup kau, hidup kau semakin naik dan menaik,
Tapi sayang, cinta kau pada ku kau tinggalkan disini, kau tidak membawanya bersama.
Ku lihat kau terbang menuju ke syurga duniawi, dan aku hanya tersenyum melihat kau dari tanah..
Menumpang merasai kebahagiaan kau disana, biarpun aku sebenarnya terseksa..
Tidak lama kemudian, kau terhinggap bersama bidadari dari khayalan,
bila aku cemburu melihat kau bersamanya, kau katakan.. "Kami hanya rakan sepejabat."