Posts

Showing posts from January 13, 2013

Pulihkanlah aku dari kekecewaan

Dan dari tiap-tiap sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan.  ( Az-Zaariyaat : 49) Bila perasaan dirobek robek, lemahnya hingga ke sendi sendi. Lelahnya rasa, penatnya badan. Bertabahlah wahai hati, Tuhan itu Maha Adil. Andai tiada jodoh dengannya. Tiada apa yang bisa dibuat lagi. Tiada apa yang boleh dipaksa. Sedangkan hati kita pun Tuhan yang kawal, ini kan hati kekasih kita yang begitu senang Dia gudah gelanakan. Oh Tuhan, Kau tahu betapa aku cintakan dia, betapa aku tak mahu kehilangan dia. Tapi, jika dia cuma ujian buat ku, Ya Rabb ku. Aku redho. Temukan dia dengan jodoh sebenarnya, bahagiakanlah dia dan ubatkan lah luka hatiku, Ya Allah. Pulihkan aku dari kekecewaan. Izinkan aku baiki diri, dan temukan dengan jodoh ku yang benar benar. Bersabarlah, wahai jiwa. Bertabahlah wahai cinta. Tuhan itu sebaik baik Perancang. Percayalah padaNya. Kamu masih ada banyak penulisan harus disiapkan, ketepikan soal cinta dan jodoh, itu urusan Allah Azza Wa Jalla.