Posts

Showing posts from April 19, 2017

#cerpenlindazizan : Drama Mia Rania - Part 1 (2011)

Image
    N yaringan siren ambulan itu memecahkan sunyi jalan raya. Dengan laju, ia ke hospital berhampiran. Rania terbaring di dalam ambulan tersebut. Adik perempuannya, Gina menangis melihat tubuh kakaknya yang telah kaku. Dhani cuba menenangkan tunangnya, dipeluk seeratnya tubuh Gina. "Insya-allah, akak tak apa-apa, sayang." Dhani bersuara. Gina menangis di dada Dhani. Deras air jernih itu membasahi pipi gebunya. Sebaik sahaja tiba di hospital. Rania disorong ke bilik kecemasan. Kepalanya penuh dek darah. Gina dan Dhani hanya tunggu di luar bilik itu. Tak lama lepas itu, kekasih Rania tiba, keadaannya serabut. Risau dan resah. "Kak Nia macam mana?" Dia menyoal.