Posts

Showing posts from March 21, 2014

Bahagia

Bahagia itu terletak pada fikiran seseorang, Ada yang bahagia hanya bila berpasangan, tapi ada juga yang bahagia hanya habiskan masa untuk diri sendiri.. Otak kita seperti televisyen, apa yang mahu kita fikirkan pula seperti alat kawalan jauh, Kehendak kita adalah apa yang mahu kita fikirkan, jika sedih, maka sedih sahajalah, jika gembira, maka kau bersukarialah. Tiada satu manusia pun yang berhak pertikaikan sama ada kau gembira atau tidak dengan kehidupan kau sekarang, kerna hidup ini seperti roda, sekali dikecewakan; tak selamanya kita akan kecewa. Senyum.