Anak Si Durjana Berhias

Aku dilahirkan dari lubang si durjana.
Dikerat, ditetak, dicampak dan ditanam.

Ibuku si durjana yang gemar berhias,
Menghiasi diri dengan kecantikan,
Mendandan diri untuk diheret kesana kemari.

Gelap malam acara bermula,
Lubang demi lubang digali dalam,
Batang demi batang ditanam dalam,
Keasyikkan demi desahan diekori bersama,
Dituruti peluh yang menitis di dada.

Ibuku si durjana rupawan,
Mengaburi mata si jejaka dengan senyuman,
Liritan mata memerangkap si teruna.
Asyikan dan habuan bakal diterima.

Pelbagai jenis dan bentuk dimuatkan,
Sperma berlari laju memerangkap si cantik rupawan,
ditebusi dan disebati,
janin bayi akan terjadi.

Sembilan bulan aku dikandungan,
Mimpi ngeri dalam pelukkan,
Ibuku meroyan akan kebuncitan,
Ditelan nenas, di telan tebu,
tidak juga aku kehilangan.

Setiap malam, setiap masa,
aku disumpah, aku dimaki,
Aku juga turut dipukul.
Oh si ibu durjana, sedarlah akan dosa-dosamu.
Aku akan merubah kehidupan kamu.

14hb Mei 2011,
Hari pertama aku untuk mengirup udara.
Badan merahku dibiarkan terseksa,
Aku mendengar setiap tangisan ibu akan kekesalan,
Jeritan ibu akan tekanan,
Aku dihiris, aku ditetak,
Tanpa balas kasihan.

Nyawaku kini diudara, bagai layang layang,
Yang bebas berterbangan.
Jasad ku terkubur dibawah jambatan,
Setiap anggota tubuhku diikat kemas di plastik hitam.
Ibuku pergi meninggalkanku dengan sumpahan serangkah.
Rutin kehidupan kembali seperti dahulu.

Wahai si ibu durjana,
Aku adalah anak mu,
Yang entah dari mana bakaku,
Tidakkah ada sedikit sesalmu,
Mencampak, membuang anak yang tidak berdosa??

Comments

Anonymous said…
Damn it!!! Ibu puake!!!!!

Popular posts from this blog

Take it serious, lets get marry!

9 TIP BINA HATI BARU

Dunia pinjaman