Posts

Showing posts from December, 2011

Selamat tahun baru, dan Selamat ulang tahun kau tinggalkan aku.

1st January 2020. Pasti ramai yang meraihkan tarikh baru itu, ada yang meraikan bersama keluarga, kawan kawan, berkumpul berpesta, tak kurang juga ada yang sambut di rumah, di facebook, di twitter dan juga Skype bersama orang tercinta. Mengeluh. Tercinta ya? Untunglah. Hari ini, genap setahun dia tinggalkan aku, tepat saat bunga api berdetum meletup, melempahkan cahayanya yang berkilauan, berwarna warni. Aku menunduk, teringat segala peristiwa lalu, ****** 1st January 2018 "Sayang, selamat tahun baru." Dia memeluk tubuhku saat bunga api meletupkan cahayanya. Berdetum detum, itulah juga bunyi muzik perasaan aku kala itu. Aku tersenyum. Membaringkan kepalaku di bahunya. Ketinggian dia membuatkan aku gemar meletakkan kepala disitu. Selesa. Fakrie, berhidung mancung, bermuka bulat, berisi, tapi tetap tegap. Kacak dan bergaya. Anak Dato', dan berjawatan tinggi di Syarikat Mutiara Gold di Damansara. Dan kondominium ini adalah miliknya, tepat berhadapan KLCC, pemanda

Lima minit lagi, dunia akan hancur. *menekan butang tweet/share.

Image
Lagi sehari nak tahun baru, tapi kau masih bersedih? Tahun baru, 1HB January 2012? Aku tak pasti, aku akan gembira pada tahun dunia hancur ke tidak. Pfft. Seriusly, kau percaya yang cerita tu betul? 2012? Pfft. Tiada siapa tahu bila kiamat, kita cuma tahu petanda petandanya saja ok. Come onlah, jangan lah bersedih bagai dunia ni mahu berakhir esok. LOL. Agak agak, kalau dunia ni nak kiamat, ada lagi ke orang nak tweet? Nak update status kat FB? Update di blog? Hahaha. Aku selut siapa yang sempat mengtweet semasa sangka kala dihembus. Bukan apa, sejak dua menjak ni, dunia cyber ni dah macam jadi kehidupan realiti, segala benda nak dipos, semua benda nak ditweet. Nak berak pun kena tweet? Wth?? Memanglah benda tu hak kau, status aku, aku punya sukalah. Blog aku, sukati aku lah. Memang lah. Tapi macam lah semua orang nak tahu apa kau buat? Macam lah semua orang akan like dan komen "eeeeew, busuknya." Satu je yang aku nak katakan --> PFFT! Well, Aku tak kat

It's only just a DREAM

Image
Sejak kebelakangan ini. Jiwa aku tak tenteram. Mood gila aku datang kembali. Untuk yang kesekian kalinya. Aku rasa nak berhenti menulis. Ah.

Benda yang selalu terjadi bila nak start buat cerita baru.

Image
Uh! Idea. Dengan pantas menaip di Notepad, Semakin lama semakin slow. Dalam hati: Ahh, macam mana keadaan ni berlaku? Apa itu ____ . Go make a research at Google. Found the meaning. Tenung Notepad yang separa jalan. Still cant continue. Make a research again. Found something funny in few funniest blog. Laughing Out Loud. Get tired. Shut down Laptop. Once the laptop shut down. Damn! My story! Blank for a second. Never mind, still can continue tomorrow. Get to the bed. zzzzz Keesokkannya, Open the same blog, without sentuh the Notepad. p/s: No wonder lah novel aku tak siap siap! Keh keh keh +_+ What? Kata Hati: Tolong jangan muak dengan picture Guinea Pig ini. Ianya tak bersalah. Tunggu aku beli seekor nanti, bertambah tambah picturenya di blog ni. Elok elok dah jadi blog writer, jadi blog binatang. Keh keh keh

Bila dah angau, aku akan kelihatan lebih teruk dari biasa. Maaf!

Image
Title: Semalam awak kata awak cinta, tapi hari ini awak berdusta. Mana satu? Hari ini, 23hb September, hari aku bertemu dia. Hati gundah tak terkata, bila buah hati didepan mata. Aku teringat lagi, kata-kata manis dia untuk bertemu aku, dia kata, sempena hari ulang tahun aku yang ke 24 tahun ini, dia mahu bersua muka dengan aku setelah sekian lama bercinta di alam maya, Twitter. Boleh dikatakan, dialah lelaki pertama yang mencubit hati sanubari aku dalam laman sesawang tu. Memandangkan aku tak pandai bertweet, maka dia ajarkan aku. Segalanya mengenai Twitter. Sehingga aku mahir dan punya ramai teman. Itu cerita setahun yang lalu, memandangkan dia belajar di Korea, aku tidak dapat bersua muka dengannya melainkan hanya di Skype sahaja. ....... 23 mint kemudian, Blank... Aku masih memandang skrin. 23 saat berlalu.. FCUK~ Lost my mind again, sambil mengentak kepala di meja. Aku memandang sayu ke arah komputer riba. Maaf, aku rasa cerita ni teruk, sebab itu tiada penamatnya

Takdir

Gelap. Berpakaian baju serba putih. Dia cuba ingat dimana tempat yang kini dia berada. Sunyi. "Hello...!" Dia menjerit. Masih sunyi. Dia teruskan perjalanan. Di kelam malam, dia ternampak cahaya yang samar-samar. Silau. Tapi masih lagi mahu melihat. Ketawa ngeri datang cahaya tersebut membuatkan dia meremang bulu roma. "Siapa?? Siapa kau?!" Jeritnya gementar. Dia cuba larikan diri dari cahaya itu. Tiada siapa boleh lari daripada aku, si babi kecil! Desis cahaya itu. "Pergi! Pergi! Jangan dekat padaku!" Ketakutan dia bertambah tatkala cahaya itu mengeluarkan suara ketawa yang garau. "Aku adalah utusan dari Tuhanmu!" "Tuhan??" Dia terduduk pabila cahaya itu semakin dekat. Tak terdaya untuk melarikan diri dari ruang yang kosong tidak berpenghujung. "Kerana kau melanggar takdirmu seperti mana Tuhanmu turutkan!" "Takdir apa??!!" Jeritnya ketakutan. "Terima takdir kau atau kau akan terima balasannya."

Saya rasa saya suka awak! (Surat mengedik, hikhikhik)

Image
Awak tahu, Hari itu, 14hb Dec 2011, Masa birtday mak saya. Saya terjumpa video awak dekat youtube. Awak tahu, suara awak sedap sangat! Minta kat Google je ni, sebab malas nak buat sendiri. Tapi saya tetap suka awak! *LOL* Awak tahu, buka lappy saja, saya buka youtube awak, dengar suara awak. Lepas tu awak senyum! Hurghhh!!!! Hati saya cair. Hik hik hik. Awak tahu, Saya suka gigi awak yang macam tak berapa nak straight tu, yalah, saya tahu tak full pun gigi awak tu. Tapi saya suka, awak nampak comel sangat! Awak tahu, Dengan rambut skema awak tu, tapi tak adalah skema mana, cukup cun dah tu, Sesuai dengan muka awak yang macam tembam tembam tu, Awak nampak comel! (berbisik) Awak tahu, Picture awak semua comel comel, maaflah sebab staking awak, dah awak tak private picture awak, saya tengok lah. Saya cuma nak jadi kawan awak, Dapat jadi GF pun boleh, harap harap awak tak kahwin lagi, Keh keh keh =.=" Awak tahu, Tujuan surat ni, saya cuma

First Impression is not always CORRECT.

Image
Bercakap mengenai first impression, kira macam pandangan pertama, tangapan pertama lah kan. Well, bagi aku lah, benda tu tak betul sangat pun, iyalah, kita jugde seseorang tu berdasarkan based on they act, look, dan bukannya dari segi dalaman, maksud aku. Kita akan bagi first impression ni dengan apa yang kita nampak, dan bukan dengan mengenali dahulu. Ok, like me la, aku kan masuk Take Me Out tu, game show tu based on first impression, kalau kau suka kat mamat tu tak payah lah turn off, so, aku pun tak lah turn off, sebab tu aku dapat date. And hell yeah. Sebab aku suka mamat tu based on first impression aku, bagi aku lah dia merangkumi apa yang aku suka, lelaki yang aku suka, writer, taller, and not handsome much lah. But, he's not what I thought. Funny part it is, he's not a writer at all, he just a reporter that just wrote the report. Dan, nak tahu macam mana aku tahu? Macam ni, masa ni tak ada camera yang roll, so, kita orang borak guna aku, kau and sometime dia guna gu

Janji Bangsat!

Janji semerbak kau tabur, Dinding larangan terlebur. Kau kata cinta, aku serah segalanya. Kekasih, Pertama kali kulihat, Aku terus gentar bahagia. Berkali-kali kutatap, Aku terus dijadikan santapan. Oh kekasih, Manismu cuma sementara, Sehidup semati bagai bencana. Kini engkau telah berubah, Berubah menjadi si bangsat durjana. Kau si kekasih bangsat, hilang lesap lepas dapat, Aku terkulai layu termasuk perangkap.

Pinggitan Si Anak Kota

Malam berlabuh tirai, masih lagi kau diluar bumi untuk bersadai, Tergelak terkekeh bersama sahabat handai. Malah, kencing merata, Berak kau bersepah. Wahai si anak tidak beradab, Apa kau tidak punya rumah beratap? Apa kau tidak risau kata-kata bangsat yang menghina akan perihal kau? Sedarlah si anak kota, Si ibu penat menanti, Tapi kau hiraukan tidak berhati. Bapamu lelah merotan, Tapi kau melawan. Kala malam menyelubungi, kau pula yang berparti. Pulanglah si anak kota. Waktu begini syaitan menjadi raja, Kelak engkau dijadikan hamba.

Siapa yang aku tegur tadi? (SKRIP)

Suyati (V.O) Cerita yang saya nak ceritakan ini, berlaku pada tahun 2004, sewaktu saya tinggal bersama keluarga rakan saya. Diikutkan cerita, ayah kepada rakan saya ini, ada membela. Tapi saya tak pasti sama ada saka atau apa… Pada mulanya….. FADE IN EXT. LUAR RUMAH FLAT – PETANG Suyati dan Ryna mengangkat beg pakaian untuk dibawa masuk ke rumah. Suyati (malu) Tak apa ke aku tumpang rumah kau ni? Apa pula kata keluarga kau nanti. Ryna Jangan risau lah, aku dah bagitahu keluarga aku, dan mereka tak kisah berapa lama pun kau nak stay. Suyati rasa sangat segan dan Ryna mengangkat beg naik berjalan di tangga. Ryna Harap kau tak kisah la, sebab rumah aku dekat atas sekali… (tersenyum) Suyati membuat mimik muka penat. Sebaik sahaja tiba dirumah. Suyati Boleh tahan juga tangga rumah kau ni. (tercunggap2) Ryna (Tersenyum) Jemput lah masuk… Ryna dan Suyati memasuk rumah.. Suyati Mana family kau? (membawa beg masuk dalam bilik) Ryna Kerja, adik aku sekolah, so, aku saja lah yang tin

Tolong bagi seperti apa yang aku mahu, ok. Sayang kamu!

Image
Ruang tamu. Aku sedang menonton cerita Hannah Montana kat Disney Channel. Khusyuk. Tapi iklan buat aku hilang tumpuan pada televisyen. Aku alihkan pandangan pada mak kucing aku yang sarat mengandung. Aku tenung dalam ke arah mata anak kucingku yang berperut besar. Bagai buat peach. Sesekali dia melelapkan matanya. Mata berwarna hijau itu bagai menjeling ke arah aku. Aku pun tak pasti kenapa kucing ni macam tak puas hati pula pandang ke arah aku, ke dia sakit nak bersalin.  Jadi aku bangun dari sofa, pergi ke arahnya yang sedang terbaring di sofa panjang. Kucing ni tak ada nama, sebab tu dia stay rumah ni lama, kalau aku bagi nama, kompon dia hilang, macam adik beradik dia yang lain, dulu. Pelahan ku usap perutnya yang berbulu oren. Aku bisik ke telinganya. "Aku nak anak kau nanti kaler bulu dia putih, tak pun kelabu, aku dah bosan asyik dapat cucu oren je, lepas tu mata dia aku nak sebelah biru sebelah hijau macam mata kau. Boleh tak??" Sunyi. Kucing tu lang

Burger daging satu, bang! (Untuk 18 tahun ke atas sahaja)

Image
Bila cakap pasal burger saja, mesti kau orang lapar kan. Meh aku kenalkan kat kau orang satu tempat yang tip top ni. Burger dia sedap bukan kepalang. Tebal pula dagingnya. Rugi kalau kau tak cuba. Rasa daging dia ala-ala manis tu, perghh!! Memang patut cuba. Menurut info yang aku dapat ni, daging burger tu dia buat sendiri, tapi yang peliknya, bila setiap kali ada orang yang bertanya bagaimana daging itu diproses.... Orang itu pasti hilang.. ****** "Abang, burger daging satu." "Ok, dik." "Err, abang.." "Ya?" Nak cuba tak? Hik hik hik "Daging ni abang proses sendiri ke?" "A'ah, kenapa?" "Ramai orang kata sedap, itu yang saya nak cuba." "Kau nak tengok aku proses ke?" "Boleh ke??" "Apa yang tak bolehnya, tunggu aku tutup kedai nanti, aku tunjuk kat kau." "Pukul berapa abang tutup?" "Pukul 12 kejap lagi." "Orite, bang!" Setelah burger t

"Bad ideas can be great idea ever!" Just believe it.

Image
Semalam dan kemarin, Jemari ini laju menaip, Tanpa dilihat keypad pun tidak typo, Tapi hari ini.. Aku menjadi kosong. Idea.. Mana kau?? huhuhu Perkara lalu terjadi lagi, sibuk nak fikirkan idea yang satu ni, idea lain yang muncul. Tapi aku tak ada masa nak menulis cerita lain, maksud aku. Aku tak boleh menulis cerita lain dengan menulis cerita panjang berjeler ni. Takut bercampur baur nanti, dah satu hal yang perlu diselesaikan. Huhu! Sebenarnya tak ada apa yang aku nak update pun, just aku nak update blog ni saja, huhuhu Tapi, semenjak kebelakangan ni, Aku jadi kurang keyakinan, lagi lagi dengan komitmen yang banyak ni, tapi memang ini yang aku mahukan selama ini. Bertype mengenai komitmen, aku masih mencari penulis, wartawan, fotografer dan juga pelukis yang boleh beri komitmen. Itu yang aku mahukan, karya yang teruk pun boleh jadi terhebat jika ada komitmen pada minat itu. Aku percaya, idea yang teruk, mampu jadi idea yang terhebat. Apa yang kita perlu lakukan hanya b