Sunday, August 28, 2011

"Khairil"

Malam kala ini sepi, hujan renyai di luar rumah masih lagi menjatuhkan dirinya ke tanah,
detuman setiap titik diatap rumah flat ku ini kedengaran pelahan,
kadang kala bunyi itu bagaikan irama, kadang kala membuat aku terfikir..
Ya, aku masih terfikir, memikir...
Papan kekunci komputer ribaku ini ku ketuk pelahan-lahan, huruf 'K' menjadi mangsa ketukkan itu..

Memikirkan idea yang bagus buat tatapan pembacaku..
Aku tak pasti apa yang patut dikaryakan,
Aku kehabisan idea.. Tapi jemari ini bagai gian .. Menagih sesuatu yang telah lama aku tidak lakukan,
bagai satu penyakit yang membuatkan aku ketagihan...
Aku mengeluh kecil, memikirkan masalah yang sedia ada, dengan kehabisan idea ini..
Membantutkan imaginasi aku untuk berkarya ..
Hatiku menjerit sekuat hati...
Apa yang perlu aku lakukan,
Duit, duit, duit ..Kenapa semua masalah mesti berkaitan dengan duit??
Aku termenung huruf 'K' yang masih menjadi mangsa ketukkanku ..
Aku mengeluh ...

"Khairil"

Entah kenapa nama itu muncul dibenak fikiran ini..

'Seperti biasa, aku menunggu bas di tempat menunggu bas yang sederhana itu sendirian, jejaka itu pasti ada di tempat biasa dia menunggu bas itu, aku terpandang pada rambutnya dengan gaya pacak itu.. Aku ... "

Jermari aku menari di papan kekunci, sehingga dibahagian "aku", jemariku terhenti ...
"Aku..." Cetus hatiku.
Aku mengalihkan pandangan dari skrin komputerku,
dengan harapan ada idea yang datang kembali ...

Fikiran ku menjadi beku,
aku kerusingan !
Lantas ku menutup kepala komputer ribaku tanpa mematikannya,
dan terus terbaring diatas katil yang empuk,
Katil yang membuatkan aku tidak mahu berganjak darinya langsung ..
Yang membuatkan aku rasa selamat ..

Aku melepaskan satu keluhan yang kuat ...
"Khairil"
Nama itu muncul lagi ..
Kenapa semenjak dua ini fikiran ini masih terbayang namanya?
Aku melelapkan mata..

Lalu, aku pun terlena ....
Dengan persoalan yang masih belum terjawap,
dengan masih memikirkan mengenai nama itu..
Tapi yang pasti, dengan kerinduan aku untuk menulis..

Aku rindu hendak menulis kisar kehidupan,
berkhayal menjadi watak utama, dan semua watak didalamnya  ...


Ahh~~
Aku rindu nak menulis ...