Saturday, January 25, 2014

Khidmat Agent Dropship di Malaysia

Assalammualaikum, 

Selamat tahun baru! Ya, aku tahu agak lewat, but hey, we still in Janu, sweetheart.
Well, tonight (of course), aku nak terang kan apa itu dropship, in case kalau kalau ada yang nak buat bisnes tanpa model disini atau tercari cari carian dropship. So, here... 

 Apa itu dropship?
Bahasa senangnya, tolong cari customer dan ambil order, kemudian dapat la komisyen atas jualan. Kita (agent dropship) tak pegang barang pun sebab pembekal hantar terus ke pembeli. Senang kan? 

Kalau tak faham juga, bawah ini huraiannya.. Ewah..



 Dropship berfungsi sangat mudah:  

  Anda pilih apa yang ingin anda jual daripada katalog Dropshippers atau laman web.
 ❤ Senaraikan produk yang anda pilih itu di Facebook, laman web anda, katalog atau di tempat lain menggunakan foto produk dan keterangan Dropshippers. 
 Apabila ada tempahan daripada para pelanggan, anda menempah produk dari dropshipper tersebut. Mereka kemudian akan menghantarnya terus ke pelanggan anda. Pelanggan anda akan berfikir barang yang mereka beli datang secara langsung daripada anda. 
 Anda mendapat keuntungan dengan mudah!

Keuntungan utama adalah untuk anda. Anda boleh menggunakan dropshipping untuk menghasilkan lebih banyak, atau sedikit keuntungan yang anda perlukan – bergantung pada waktu yang anda gunakan. 

 Contoh :
Katakan anda jual Kurung Moden, anda jual pada harga RM150 + RM6(pos) = RM156 ( pembeli bayar kpd anda) . Anda hanya perlu bayar kepada kami RM130 ( harga dropship) + RM6(pos) = RM136. Jadi anda akan dapat untung atau komisen sebanyak RM20. Itu hanya jika jualan sehelai. Jika jualan anda 5 – 10 helai sebulan. Selain Kurung Moden anda juga dapat menjual pelbagai kategori pakaian yang lain seperti Jubah, Batik Sutera, Kain Sulam dan lain-lain. Anda boleh kira sendiri hasilnya dalam sebulan.

 Kelebihan Dropship:
1) Tidak perlu modal dan tidak perlu simpan stok.
2) Tidak perlu menghantar/membungkus barang.
3) Keuntungan yang diperolehi adalah keuntungan bersih.
4) Mempunya berbagai jenis koleksi pakaian untuk diniagakan.
5) Ahli Dropship adalah kumpulan yang pertama akan dimaklumkan apabila stok baru dimasukkan.
6) Anda berjimat kerana boleh membeli pelbagai jenis pakaian untuk kegunaan diri sendiri serta keluarga pada harga dropship/borong.

 Antara Cara Menjadi Ahli Droship : 
Ada sesetengah syarikat mengenakan yuran keahlian untuk mengaktifkan nombor keahlian dropship. Yuran tersebut hanya perlu dibayar sekali sahaja seumur hidup. Itu sahaja modal yang anda keluarkan untuk mula berniaga dan mendapat hak untuk mengguna dan menjual semua produk kami. Tujuan yuran keahlian adalah untuk mengelak tujuan menjadi ahli untuk mendapat harga murah dan juga untuk memastikan permohonan keahlian hanya untuk yang serius menceburi bidang perniagaan. Malah, ada juga yang hanya perlu membayar katalog mereka. Ada yang berita baiknya juga, tiada sebarang yuran dikenakan. 

Seronok kan?? 

Btw, aku juga terjebak dalam bidang ini, kepada pemborong pengedar yang perlukan khidmat agent dropship, dialu alukan disini. #promote kejap. LOL.

See you guys next entri, Insha allah. 

XOXO.