Sunday, January 13, 2013

Pulihkanlah aku dari kekecewaan

Dan dari tiap-tiap sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan. ( Az-Zaariyaat : 49)


Bila perasaan dirobek robek, lemahnya hingga ke sendi sendi. Lelahnya rasa, penatnya badan. Bertabahlah wahai hati, Tuhan itu Maha Adil. Andai tiada jodoh dengannya. Tiada apa yang bisa dibuat lagi. Tiada apa yang boleh dipaksa.

Sedangkan hati kita pun Tuhan yang kawal, ini kan hati kekasih kita yang begitu senang Dia gudah gelanakan.

Oh Tuhan, Kau tahu betapa aku cintakan dia, betapa aku tak mahu kehilangan dia. Tapi, jika dia cuma ujian buat ku, Ya Rabb ku. Aku redho. Temukan dia dengan jodoh sebenarnya, bahagiakanlah dia dan ubatkan lah luka hatiku, Ya Allah. Pulihkan aku dari kekecewaan. Izinkan aku baiki diri, dan temukan dengan jodoh ku yang benar benar.

Bersabarlah, wahai jiwa. Bertabahlah wahai cinta. Tuhan itu sebaik baik Perancang. Percayalah padaNya. Kamu masih ada banyak penulisan harus disiapkan, ketepikan soal cinta dan jodoh, itu urusan Allah Azza Wa Jalla.

Thursday, December 27, 2012

MencintaiMu, Ya Rabb-ku 1

Tanya mak, "Ir apa khabar sekarang? Anak dato' Naz tahu kamu masuk hospital?" Diam. Selagi kita tak telefon, selagi kita tak bagi tahu, memang-- jangan harap lah dia nak mesej atau call kita dulu. Aku seakan menjawap persoalan mak dengan muka penuh kekecewaan, tanpa suara.

"Tak apa lah mak, jodoh tu urusan Allah, Dia yang kawal hati kita untuk sayang pada siapa, suka pada siapa, Dia yang menutup pintu hati kita, menutup pintu hati dia.. Siapa lah kita nak halang, bila terang terang, Tuhan dah bagi amaran dia bukan untuk kita, mak." Bebel aku dalam hati. Kerna aku tahu yang akan di balas oleh mak--

"Kalau sudah tahu kita ini cuma hamba, kenapa kamu tak minta saja pada Dia? Kenapa kamu tak berdoa lebih agar Dia bukakan pintu hati tunangmu, agar selalu hanya ada kamu?" Mak yang penuh dengan sikap kelembutannya akan membuatkan si pendengar cair bila mendengar nasihat beliau, tapi aku sebagai anak. Ayat itu sudah biasa. Selalu. Hingga aku bosan mendengar. Bukan aku tak mahu mendengar nasihatnya. Tapi.... Mungkin aku sudah penat dengan dugaan yang ada ni. Jadi aku pasrah, biar lah apa pun nak jadi.

"Kita ni, Ad.. Tak boleh terlalu mengharap pada manusia untuk terus begitu. Manusia tetap berubah. Hari ini lain, esok lain. Kita cuma boleh berharap pada Pencipta kita. Siapa lagi yang kita boleh harapkan? Kalau Ad terus macam ni, sengaja sakitkan diri sebab mahukan simpati, mak tak yakin hubungan Ad dengan Ir boleh berkekalan. Biarlah semuanya berlandaskan Allah, nak." dalam diam mak mula bersuara. Dia sudah faham benar dengan sikap aku ni.

"Atau mungkin Tuhan tu yang dah tutup pintu hati Ad untuk dia, mak..."

"Tapi sebab kenangan, buat Ad terikat?"

Sunday, December 2, 2012

BERTABAH LAH WAHAI HATI

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)

Saturday, December 1, 2012

BANGUNLAH, LINDA !!

Linda, linda.. Kalau kau PERCAYA pada diri sendiri, 
kalau kau SAYANG diri kau, 
kalau kau YAKIN dengan diri kau tu, 
letakkan sepenuhnya ketentuan pada ALLAH. 
Aku percaya, kau pasti akan jadi SEMPURNA, dan dapat apa yang kau nak. 
Bukannya terus menerus berfikiran negetif. 

WAKE UP, GIRL! LIFE IS TOO SHORT, SWEETHEART!!

Friday, November 30, 2012

Kau mahu tahu satu rahsia?

Jodoh itu pilihan kita sendiri, tahu.
Ok, baiklah, ianya bukan rahsia lagi. Hahaha!
Dah lama tak update, maka aku mahu update seperkara dua disini.

Pertamanya, doakan aku berkerja lama di tempat baru! Sebagai designer/admin/sales/penjaga kedai/si senyum yang palsu, hahahaha! Dimana? Ada lah! :P

Oh ya, maaf ya bagi peminat karya rare, post kali ni, aku update sesuatu yang sangat klise, ah! Ya ya, karya aku semua klise klise. Pfft!

Cinta~
Kau tahu? Ya, bagus bagus. Sebenarnya, mengenai seseorang ini, aku lebih suka jika tak beritahu pada sesiapa, mahupun keluarga aku sendiri, tapi, memandangkan dia dah tahu tempat tinggal aku, jadi dia dengan rajinnya akan datang ke sini, nak tak nak, jumpa la juga. Dan ya! Dia lelaki pertama yang buat begitu, dan oleh kerana agak kerap dia datang, jadi mak pun nak sangat jumpa dia.

Oh, mak! Saya tak sedia lagi sebenarnya. Bukan tak serius dengan dia, ya memang saya sangat mahu mengahwini dia! Tapi, masalahnya, walau dengan siapa kita bersama sekarang, belum tentu dia jodoh kita, sedangkan yang berkahwin pun boleh bercerai tahu! Jadi, bagilah saya masa untuk buktikan yang kami boleh bersama membina masjid. Saya tak mahu bawa jumpa lebih dari seorang lelaki, dan tunjuk pada keluarga. Biarlah dia yang pertama dan terakhir. Dan moga dia yang terakhir, hmm.

Ah! Oleh kerana aku ni tak banyak kawan lelaki yang bertandang di kedai abah, boleh dikatakan TAK ADA LANGSUNG! Lagi lagi yang seistimewa dia, maka aku tersangat lah malu tahu! Hahahaha. Kecoh kawan kawan mak dibuatnya! Hahahaa

Mengenai si jejaka itu, memang lah aku nak rahsiakan dari semua, tapi memandangkan mak mahu juga tahu, maka tadi dia datang ke kedai, ambik kau,berpeluh dibuatnya, hahahaa! Sengal~

Bukan sebab aku tak serius dengannya, aku jujur, aku serius. Tapi, jika mengikut perancangan, dua tahun lagi barulah semuanya akan jadi nyata, insyaallah.

Jika mahu tahu siapa dia, maka doakan aku ada jodoh dengannya, doakan yang dia memang untuk aku.

Oh ya, hanya seperkara. Nama abah kami; sama! <3

Jangan kecoh kecoh kan ya,
ini rahsia antara kita saja! Shh ~


Saturday, October 27, 2012

Agak agak boleh siapkan tak? :S

Seruan Oujia 
(Tak set tajuk bebetul lagi)
Lagi 25k+++ patah perkataan lagi -__-


Ayuna Ayumi
Yang ini baru mula. Baru dua bab. Hmm :|

Sementara aku berusaha,
doakan semuanya berjalan lancar.
Aamiin.

Tuesday, September 25, 2012

Makin hari makin bertambah tua, tapi pahala? :|

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: 
“Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.”
Riwayat Ibn an-Najjar.


Assalammualaikum, dan salam sejahtera pada pembaca (kalau ada =.="). Ya. There's had been a long time didnt update in this blog, totally buzy around here. Hopefully, blogger blogger, blogwalking blogwalking yang singgah sentiasa berada di bawah rahmat-Nya.

Entri kali ini cuma entri penjelasan dan juga statement (eh), dan juga luahan setelah lama tak mencoret aksara disini, dan juga apa-saja-yang-aku-tengah-type-ini (berapa banyak dan juga lah! lulz -.-")