MencintaiMu, Ya Rabb-ku 1

Tanya mak, "Ir apa khabar sekarang? Anak dato' Naz tahu kamu masuk hospital?" Diam. Selagi kita tak telefon, selagi kita tak bagi tahu, memang-- jangan harap lah dia nak mesej atau call kita dulu. Aku seakan menjawap persoalan mak dengan muka penuh kekecewaan, tanpa suara.

"Tak apa lah mak, jodoh tu urusan Allah, Dia yang kawal hati kita untuk sayang pada siapa, suka pada siapa, Dia yang menutup pintu hati kita, menutup pintu hati dia.. Siapa lah kita nak halang, bila terang terang, Tuhan dah bagi amaran dia bukan untuk kita, mak." Bebel aku dalam hati. Kerna aku tahu yang akan di balas oleh mak--

"Kalau sudah tahu kita ini cuma hamba, kenapa kamu tak minta saja pada Dia? Kenapa kamu tak berdoa lebih agar Dia bukakan pintu hati tunangmu, agar selalu hanya ada kamu?" Mak yang penuh dengan sikap kelembutannya akan membuatkan si pendengar cair bila mendengar nasihat beliau, tapi aku sebagai anak. Ayat itu sudah biasa. Selalu. Hingga aku bosan mendengar. Bukan aku tak mahu mendengar nasihatnya. Tapi.... Mungkin aku sudah penat dengan dugaan yang ada ni. Jadi aku pasrah, biar lah apa pun nak jadi.

"Kita ni, Ad.. Tak boleh terlalu mengharap pada manusia untuk terus begitu. Manusia tetap berubah. Hari ini lain, esok lain. Kita cuma boleh berharap pada Pencipta kita. Siapa lagi yang kita boleh harapkan? Kalau Ad terus macam ni, sengaja sakitkan diri sebab mahukan simpati, mak tak yakin hubungan Ad dengan Ir boleh berkekalan. Biarlah semuanya berlandaskan Allah, nak." dalam diam mak mula bersuara. Dia sudah faham benar dengan sikap aku ni.

"Atau mungkin Tuhan tu yang dah tutup pintu hati Ad untuk dia, mak..."

"Tapi sebab kenangan, buat Ad terikat?"

"Ad sayangkan dia, tapi Ad tak sanggup dah mak."

"Ad.." Mak memegang tanganku. "Kita ni, Ad.. Cinta pada manusia begitu mudah pudarnya. Apa kata Ad, cinta Pencipta Ad, cinta diri Ad.. Baru Ad mencintai jejaka lain."

"Maksud mak, Ad mesti putus tunang dengan Ir?"

"Tak-- Tak sayang.. Maksud mak. Ad berhenti mengharap. Jika ada jodoh, alhamdulillah, nak. Tapi kalau tak, mak tak marah. Mak faham. Itu maknanya, ada orang lebih baik dari Ir yang akan Ad jumpa masa hadapan kelak."

"Tapi.. Ad takut..."

"Takut pada Allah itu lebih bagus, Ad..."

"Tapp--"

"Mak nak pulang dulu.. Waktu melawat dah hampir tamat." Senyum mak, lalu mengengam lembut balutan tangan kiri aku yang berbalut. "Mak sayangkan Ad.."

Aku tengok mak pergi. Aku hempas badan di katil hospital dengan perasaan yang hampa. Memandangan syiling putih itu seperti ada wayang kenangan aku dengan Irfik. Aku mengeluh. Aku mengangkat tangan, jemari dijarakkan semahunya. Dan melihat telapak tangan. Balutan putih bersih ini membuatkan tangan kiri aku kebas. Ah, aku memang sengaja buat begini. Semata mata untuk masuk hospital, dan Ir akan mencari aku sebab dah lama tak berhubung, dan bila dia tak dapat hubungi aku. Dia akan hubungi mak, dan mak akan bagitahu yang aku berada disini. Dan taraaa.. Aku akan dapat melihat muka Ir betapa dia ambil berat mengenai aku, betapa dia sayangkan aku, dan betapa dia tak mahu kehilangan aku. Rancangan ini tersangatlah sempurna tahu! Sempurna! Malah teramat! Ah!

Tapi, hampa! Tsk. Dah hampir seminggu aku disini, dan esok aku akan keluar. Tapi dia... Langsung tak muncul muncul! Dia mesti sudah ada perempuan lain! Lelaki! Kalau tak curang memang bukan jantan!

Tapak tangan yang aku gengam kerna marah teramat, aku buka pelahan. Aku teringan akan pesan mak.. Ya.. Dia.. Sudah lama aku tak meminta pada Dia. Sudah lama aku tak berdoa sejak dua tahun aku kenal Ir. Hidup aku sempurna bila berada disampingnya. Aku tak perlu kan apa apa lagi. Tapi .. Bila dia sudah tiada ni.. Aku jadi kehilangan. Mungkin mak; benar. Aku terlalu mengharap pada manusia, hingga aku meninggalkan Dia. Hinanya aku, Ya Allah! Hinanya aku. Aku menutup muka dengan kedua telapak tangan, cecair jernih jatuh di sisi mata. Mungkin aku harus tinggalkan dia, dan mencintai-Mu dahulu, Ya Rabb ku. Mencintai-Mu.. Mencintai Rasul-mu, agama-Mu.. Yang telah lama aku tinggalkan. Ampunkanlah aku, Ya Allah.. Ampunkan aku....

--BERSAMBUNG--

Comments

Popular posts from this blog

Take it serious, lets get marry!

9 TIP BINA HATI BARU

Dunia pinjaman