Kau mahu tahu satu rahsia?

Jodoh itu pilihan kita sendiri, tahu.
Ok, baiklah, ianya bukan rahsia lagi. Hahaha!
Dah lama tak update, maka aku mahu update seperkara dua disini.

Pertamanya, doakan aku berkerja lama di tempat baru! Sebagai designer/admin/sales/penjaga kedai/si senyum yang palsu, hahahaha! Dimana? Ada lah! :P

Oh ya, maaf ya bagi peminat karya rare, post kali ni, aku update sesuatu yang sangat klise, ah! Ya ya, karya aku semua klise klise. Pfft!

Cinta~
Kau tahu? Ya, bagus bagus. Sebenarnya, mengenai seseorang ini, aku lebih suka jika tak beritahu pada sesiapa, mahupun keluarga aku sendiri, tapi, memandangkan dia dah tahu tempat tinggal aku, jadi dia dengan rajinnya akan datang ke sini, nak tak nak, jumpa la juga. Dan ya! Dia lelaki pertama yang buat begitu, dan oleh kerana agak kerap dia datang, jadi mak pun nak sangat jumpa dia.

Oh, mak! Saya tak sedia lagi sebenarnya. Bukan tak serius dengan dia, ya memang saya sangat mahu mengahwini dia! Tapi, masalahnya, walau dengan siapa kita bersama sekarang, belum tentu dia jodoh kita, sedangkan yang berkahwin pun boleh bercerai tahu! Jadi, bagilah saya masa untuk buktikan yang kami boleh bersama membina masjid. Saya tak mahu bawa jumpa lebih dari seorang lelaki, dan tunjuk pada keluarga. Biarlah dia yang pertama dan terakhir. Dan moga dia yang terakhir, hmm.

Ah! Oleh kerana aku ni tak banyak kawan lelaki yang bertandang di kedai abah, boleh dikatakan TAK ADA LANGSUNG! Lagi lagi yang seistimewa dia, maka aku tersangat lah malu tahu! Hahahaha. Kecoh kawan kawan mak dibuatnya! Hahahaa

Mengenai si jejaka itu, memang lah aku nak rahsiakan dari semua, tapi memandangkan mak mahu juga tahu, maka tadi dia datang ke kedai, ambik kau,berpeluh dibuatnya, hahahaa! Sengal~

Bukan sebab aku tak serius dengannya, aku jujur, aku serius. Tapi, jika mengikut perancangan, dua tahun lagi barulah semuanya akan jadi nyata, insyaallah.

Jika mahu tahu siapa dia, maka doakan aku ada jodoh dengannya, doakan yang dia memang untuk aku.

Oh ya, hanya seperkara. Nama abah kami; sama! <3

Jangan kecoh kecoh kan ya,
ini rahsia antara kita saja! Shh ~


Comments

Popular posts from this blog

Take it serious, lets get marry!

9 TIP BINA HATI BARU

Dunia pinjaman