Linda Zizan Marketing (002221583-X)

Assalammualaikum, pakwe makwe curly lips heart

 


Alhamdulillah! Selesai sudah pendaftaran syarikat hari ini. Hehee.

Walaupun Linda Zizan Marketing ni bukan lah cadangan nama asal tapi memandangkan skop perniagaan tak boleh mengunakan pengunaan Collection, so kena la tukar kepada Trading, Resources, Enterprise, and Marketing. Then, I prefer LZ Marketing. But bang! Already taken. So, guna lah nama asal daripada LZ tersebut. Ingatkan nak bubuh, LZ Unlimited Marketing, but dude. TOO LONG-- TOO LONG--

So, Setelah diberi masa dari akak kaunter tu, aku pun fikir punya fikir sambil cuci mata dekat depan mata; ada pakwe encem! Aww.. Kahkahkah. Ok gedixx.. 

Maka, aku pun guna lah nama asal Linda Zizan Marketing. Nampak awkward sebab ada Marketing. But yeah. I just trademark my name. Jyeeahhh.. :D

Oh-- Business ni tak dijalankan lagi, saja daftar awal. Sebab aku memang nak daftar bertarikhkan 23hb. Sebab.. sebab... My fav. numb! Mehmehmeh. Yela kan. Aku lahir tarikh 23hb (walaupun sept), dan umur aku tahun 2013 ni 23 tahun! Wuut wwuutt. Tak kan nak registered masa birtday aku, ikutkan nak daftar masa tu, tapi mak suruh cepat. So bulan ni la gamaknya kan. Kebetulan, dah boss bagi cuti untuk buat IC baru, baik menyeluk pekasam. But.. Unfortunately.. Dekat Putrajaya tu, dia kata dapat dalam 24j. Bukan 1j. Apa la boss, kata kat sana siap 1j. Aptb. So, tak jadi la buat. Hahahaaa.. Lantak la, yang penting aku dah daftar syarikat hari ini... Wuutt wuutt..

Hah! Dan satu, aku dah tukar domain name! Nampak tak?? Nampak tak??? www.lindazizan.com! Mihmihmih. Tapi aku rasa .com.my lagi best. Tapi biar lah. Janji ada .com. Hahaa. So hari ini pada tahun depan, aku kena renew syarikat dan domain. Total 100RM! Kahkahkah. Terasa kaya pula, walaupun gaji cukup cukup makan.

Tak mengapalah. Ada la rezekinya nanti tu. Patutnya bulan ni aku last, tapi boss dok merayu nak tarik aku stay lama. Tapi tengok la macam mana. Ada banyak benda aku nak bayar dan beli untuk business ni. Harap sangat dia faham. 

Oh ya. Blog ini masih lagi sakit. Jadi maaf ya! Do like my fanpage. Tak ubah, cuma berubah sedikit. ^_^.



Itu sahaja. Mkay.. Mimpi indah. heart

Comments

Popular posts from this blog

Take it serious, lets get marry!

9 TIP BINA HATI BARU

Dunia pinjaman