Rasa

Aku dah rasa;
macam mana rasanya bercinta,
macam mana jadi orang ketiga,
macam mana rasa tinggalkan teman lelaki sebab orang yang baru kenal,
rasa macam mana teman lelaki tinggalkan aku sebab perempuan yang dia suka,
rasa berada di tempat perempuan yang dia suka tu,
macam mana bercinta dengan suami orang, bercinta dengan duda beranak sorang,
macam mana bercinta dengan teman lelaki orang lain, bercinta dengan kaum sejenis,
macam mana mainkan perasaan lelaki,
macam mana rasanya pasang banyak, macam mana rasa punya ramai scandel, macam mana kena mengorat,
macam mana rasanya mengorat lelaki, mengorat pengkid, lesbian.
Macam mana rasanya sunyi, macam mana rasanya cinta,
macam mana rasanya benci, macam mana rasanya rindu, rasa dibenci, dirindu, disayangi, dimaki teman wanita bekas teman lelaki, rasa....
macam mana rasa semuanya perisa dunia, macam mana rasa adat bercinta, dan ya.
Rasa menjadi remaja.

Sepanjang usia 23 tahun, berpengalaman bercinta 6 tahun dengan orang yang berbeda beda, aku rasa puas. Aku bersyukur sebab tak bodohgilababi sebab bunuh diri oleh kerana ditinggalkan teman lelaki pertama, kalau tidak aku tak akan dapat merasai perasaan yang hebat ini! Ya. Aku bertuah diberi peluang kenali lelaki, bermacam lelaki. Haha. Mereka kata mereka berbeda, tak boleh disamakan. But still, lelaki tetap lelaki. Kamu masih berpenis. Jangan lupa akannya, sayang. curly lips

Aku dah tak kisah dah, kenapa teman lelaki tinggalkan aku sebab perempuan itu, kenapa teman lelaki berubah, sebab aku dah pernah rasa, dah pernah buat semua itu, jadi bila difikirkan balik. Aku faham, rasanya bagaimana. Jadi, aku kata pada hati; tak mengapalah wahai hati, sudah tiada jodoh. Apa boleh buat. Kau pernah rasa semuanya itu, bagi mereka peluang merasainya pula.

Aku tak kata, aku serik bercinta. Aku tak serik pun, kalau aku serik, maka aku cuma ada seorang bekas teman lelaki... Aku cuma rasa, cukup la dengan segala rasa itu, cukup la rasainya sekali dua tiga kan. Hahaa.. upset

Aku cuma rasa; sudah tiba untuk menjadi matang dan ya; menjadi dewasa. Sudah tiba masanya untuk fikirkan mengenai kerjaya, dan perkahwinan. Memantapkan kerjaya terlebih dahulu yang penting. Aku rasa, sudah tiba masanya untuk mak carikan calon bakal suami. Hahaa.

Aku pernah cakap dengan mak, kalau aku nak kahwin, aku mau mak carikan, dan bukannya berkahwin dengan teman lelaki. Aku tahu niat bercinta aku selama ini tak betul, maka sebab itu aku selalu ditinggalkan. Kecuali dengan teman lelaki yang pertama, aku tak mahu bercinta dengannya, aku mahu nikah dengannya, sebab itu aku lepaskannya, dengan harapan, ada jodoh, maka kami akan bertemu, tapi sudah 6 tahun berlalu, dia pun sudah pasti bahagia. Tak mengapalah....curly lips

Oh ya.. Insyaallah, dengan Izin-Nya, aku akan mengambil MUET tak lama lagi, jikalau aku lulus, maka aku akan sambung degree. Kalau tidak, aku akan jadi orang lain punya bini! Kahkahkah Dah kena belajar memasak ni! Mati kebuluq En. Jodoh nanti! Hahaa heart sunglasses



Aku tahu; 
sudah menjadi impian setiap gadis untuk 
berkahwin dengan orang yang kita cinta. 
Tapi, bagi aku,
aku mahu berkahwin dengan seseorang
yang aku panggil; Encik Jodoh. heart

Comments

Popular posts from this blog

Take it serious, lets get marry!

9 TIP BINA HATI BARU

Dunia pinjaman