Mak, kenapa hidup ni susah sangat? :(

Dah lama tak menulis - Dah lama tak menulis - -
Almost a year la rasanya.. Mengeluh. Ok, itu je yang aku tahu sekarang.
Pengakhiran bulan July 2013, ayuh huraikan.

Moga moga terlepas lelah sedikit sebanyak, dengan kata kata penasihat si pembaca dan peng-hater yang gemar membunuh!


Manusia
Apa yang aku nak cakap kat sini, bukan mewakili seseorang individu itu. (Jadi, kau jangan perasan, ya cilaka) Tapi pada kapasiti yang maksimal. Jyeah. Judge-mental. Aku tahu kamu diberi otak untuk berfikir dan ya, sudah tentu diberi untuk memikirkan baik dan buruknya. Makanya disini apa yang aku nak cakap pada volume yang tinggi- - -
TOLONG LAH JANGAN NAK SIBUK CERITA BURUK ORANG- ! JANGAN NAK TEGUR KESALAHAN ORANG PADA PUBLIC YANG BETAPA BODOHNYA DIA--! Kak / bang, aku tahu kau itu SEMPURNA, maka kenapa kau perlu kacau hidup manusia yang lain yang tak sempurna dengan judge mental kau menghukum dia sebagai sekian-sekian.. Arh! Kau buat aku sakit! SAKIT MENTAL !!

Iyeah. Iyeah.. Pemikiran orang, jadi biarkan. Dosa orang, maka biarkan. Iya! Sepender sendiri, sendiri basuh. But, dude. Why?? Why-----?? Kenapa kau perlu menghukum seseorang hanya dari satu aksara yang dimuat turun di laman sesawang yang kau sendiri belum tahu kesahihannya. Kenapa??

Cinta
Ok, ini... Aku bencikannya tak tahu nak cakap macam mana. Sebab iya lah. Umur sudah 23 tapi masih tak punya teman lelaki. Aku tahu masih muda lagi, tapi aku punya cadangan sendiri. Aku tak mahu anak aku masih bayi pada usia aku 50 tahun! Aku boleh kena migrain fikirkannya. Bila tengok kawan kawan dah mendirikan rumah tangga, dan ada juga yang dah beranak. (Aku ucapkan tahniah, sayang! Bayi yang comel! Sumpah!) Jadi, aku sedikit cemburu. Cemburu - - Yang membuatkan aku jadi desperate nak cari laki.

But, woow- wooww-- wooww-- Too soon, tooooo soon dude. Aku masih belum punya kerjaya tetap, belum punya kereta kesayangan, Guinea Pig kegemaran, perniagaan yang paling aku ketagihkan. Penulisan aku, first novel aku, skrip segala!! Aku tak mahu keluarga bakal suami pandang rendah pada aku hanya sebagai seorang gadis yang bekas graduan yang tak ada kerja tetap- lagi tak pandai memasak- dan tiada apa yang boleh dibanggakan-- Hello, sis. Hidup ni memang sukar. Percayalah.

Tapi, kalau nak capai semua itu sebelum kahwin kan, Cik Muda LZ. Mungkin kau akan jadi seperti Fafau. Hentikan! But hold on, kalau aku belum capai semua itu dan berkahwin dengan lelaki idaman (kalau lahhhhh), boleh ke aku capai impian kalbu itu? Setimpal kah digantikan dengan suami yang belum tentu jodoh kita di Jannah?? Maaf- Aku terlalu fikirkannya, maka aku kena hentikan all the crap jadah nokharam ini.

Ok. Noktah. Takder boyfriend-- selamber jerrr (nyanyi sat, haha)

Kerjaya
Esok will be last day aku di tempat kerja itu, bagi menjaga nama baik, maka aku tulis di buku diari sahaja. Bukan di elektronik diari ni. Penakut?? Tak.. Tak.. kau salah.. Aku tak takut. Aku cuma nak jaga hati orang. Walaupun, ramai yang kata aku dah sakit hati pun, still lagi nak jaga hati orang. Well, hello sis. Aku tahu bagaimana rasanya sakit hati dapat kawan suka cakap lepas, cakap belakang. Semua tu, jadi aku tak nak kawan kawan aku sakit hati juga macam yang aku rasa. Kalau aku ni ikut sedap hati untuk hidup. Percaya lah, mulut aku lebih cilaka dari cilakanya mulut puaka kat luar tu.

Selagi aku boleh jaga hati orang, aku jaga. Tapi, bila sampai ke satu tahap. Satu pergaduhan disebabkan kata kata puaka yang cilaka ni, kalau boleh diputuskan hubungan sesama manusia. Maka, aku sanggup.

Keluarga
Aku semakin sayangkan mereka. Mungkin proses pra dewasa membuatkan aku jadi nak lari jadi sini. People changed, dude. Apa yang aku harapkan, moga Tuhan kirim mereka hidayah.

Kawan kawan
Aku tak ada masalah dengan kawan perempuan. Malah aku semakin rindukan sahabat sahabat sewaktu di sekolah dan kolej. Moga Allah lindungi kalian, sayangs.
Dan, lelaki... Sejak ada wechat ni, kemain banyak kawan lelaki. Tapi untuk dinaiktaraf menjadi teman lelaki; TIADA.

Diri sendiri
Semenjak dua menjak, tiga menjak jak ni.... aku agak paranoid, mungkin hari istimewa wanita nak dekat. Tak pasti. Aku tertekan dengan manusia sekeliling, baik maya atau real. Sama saja. Rasa nak lari. Tapi sampai bila nak lari dari masalah? Dah tiba masa untuk hadapinya, Lynx.

Kau semakin tua, bukan semakin jadi bayi. Sedarlah.

Comments

Popular posts from this blog

Take it serious, lets get marry!

9 TIP BINA HATI BARU

Dunia pinjaman