I want to travel~~~

Tak sangka sudah 4 tahun usia blog ini, ya. Dah usang. Kahkah. Aku pun dah semakin tua! Huhuu. Sepanjang tahun 2013 ini (maksud aku, so far), merupakan tahun yang agak teruk juga lah. Usia dah tua pun, masih lagi putus cinta. Ahh, memalukan! Sangat memalukan ok. Sepatutnya seusia ini aku sudah sibuk fikirkan mengenai hantaran. Belum jodoh, mungkin.

Mungkin, selepas ini, aku kena lebih berhati hati agar tiada pelaknat yang hadir dalam hidup aku, dan curi hati aku lagi seperti sebelum sebelum ini. Tak akan aku biarkan benda memalukan itu terjadi lagi. Ah. Sudah lah. Lupakan lah semua itu. Abaikan.

Baiklah! Aku mau ceritakan apa aktiviti aku sebelum ini. Hehee. Aku sudah beri notis peletakan jawatan selama dua bulan pada akhir bulan 2. Alasannya nak sambung dekat aswara. Ahh.. Tolong la.. Ianya cuma impian yang tak kan jadi kenyataan la.


Aku letak jawatan tu sebab pada surat tawaran aku punya position ditulis begitu, tapi sebenarnya tak ada kaitan pun dengan kerani kerani ni, aku punya jawatan cuma machine operater (Designer). Aku buat sulam sulam pada baju tu guna software yang ada. Memang bidang aku, tapi aku nak ikuti segala kursus kursus yang sememangnya akan ganggu waktu kerja aku, sengaja aku cakap nak sambung study agar mereka tak bising panjang panjang. Tapi ikuti kursus juga seperti menyambung pelajaran kan. Kahkah. Jadi, aku pun berilah notis ini. Aku tiru dekat google untuk buat surat peletakan jawatan ni memandangkan aku terdelete yang lepas lepas punya. Hahaa.

Oh--Ohh-- Cakap pasal tahun lepas, gua dapat BR1M, nookkss. 





Tapi habis dah pun. :| Terpaksa tahan gaji baki RM200, untuk tebus telefon pintar rebat  RM200 tu. Kahkah. 

Haa.. Kau tahu, Zyra. Kawan kolej aku dulu, dia ajak pergi holiday sebulan bila dia habis study. Kahkah. Jadi sekarang aku dah sanggap nak pilih lokasi lokasi untuk melancong. Memandangkan aku akan berhenti bulan 5 ni, dan dapat duit kutu RM2K. Maka aku dengan rasa tak sabarnya nak pergi Genting Highland!!!..... keseorangan. :| Ahh, foreveralonee...

Ala, bukan main pun, cuma aku nak bazirkan masa dengan melancong luar dari KL yang boleh menaiki pengangkutan awam dan ya balik hari. Ini pengaruh dari blog breder ni la ni, gahahaa. Tapi, gua kena pergi dengan member dulu, baru berani pergi seseorang. Gila kau kalau sesat nanti, tak ke menangis aku nanti. Hahahaa.

 Aku ajak member member aku pergi Genting, tapi memasing tak nak sebab nak main dan bermalam di sana. Ahh.. Tak sporting langsung! Huuu. Tapi, yang Zyra ajak pergi melancong tu, tak pasti lagi tempat dekat mana. Tapi yang pasti. Aku nak pergi travel around Malaysia. Memandangkan nak around the world tak kan dapat, so around malaysia je la. Kahkah. Misinya adalah, dengan visit setiap satu negeri dalam malaysia. Sound crazy, but yes! I'm crazy.


Tapi sebelum itu. Kena kumpul duit dahulu, dan yang pasti, sebelum kahwin. Wink wink~



Comments

Popular posts from this blog

Take it serious, lets get marry!

9 TIP BINA HATI BARU

Dunia pinjaman