My Suicides Note

Nampaknya tak semua yang aku rancang dalam sebulan dua lepas menjadi seperti yang diharapkan.
Mungkin ada hikmah, tapi aku tak pasti apa hikmah yang satu ini, sama ada hikmah atau balasan, entah lah. 

Lagi lagi bila aku cuba aturkan hidup aku sebaik mungkin, dan semuanya tak berjalan seperti kehendak aku, dan aku tahu Allah tak izinkan. Sebab itu semuanya tak menjadi. Pada mulanya aku masih boleh bertahan. Aku cuba berfikiran positif. Mungkin aku perlu lebihkan usaha. Tapi bila tiba disatu tahap yang aku rasa amat terdesak dan aku amat mahukannya. Aku masih lagi tak dapat menyudahkannya. Aku tahu, aku banyak buat segala macam benda sekarang ini. Aku cuba siapkan novel aku, aku cuba hantar proposal untuk stesen TV, aku memasuki kelas teater. Ya. Tak menjadi seperti yang aku sangka. Segala masa telah aku atur dengan sempurna. Tapi, novel aku masih tak siap, proposal aku masih tiada reason, dan kelas teaterku, aku rasa cuma itu yang menjadi cuma.. Percakapan aku. Ah! Aku benci aku tak dapat menyebut satu satu perkataan dengan baik!! Aku benci tak dapat mengingati skrip dengan cepat!! 

Aku benci diri aku! Aku benci!!

Dan yang paling aku rasa teruk bila aku mula rindu seseorang yang pernah hadir sedetik. Ya. Dia. Jika kau kenal aku di Video Chat Room, Camfrog maka kau akan tahu siapa dia. Kau tahu, aku stalking dia dalam diam, mengunakan profile yang lain. Ya. Aku bodoh! Tapi cuma itu yang boleh ubat rindu aku! Aku masih ingat lagi suara dia nyanyikan lagu pertama kami pada 20 June 2011, Ku Ukir Indah Namamu - 7 Pelangi. Suara dia mirip semirip penyanyi itu. Aku masih ingat cara dia tersenyum, cara dia ketawa. Heh. Aku harap dia cari aku balik macam sebelum ini. Tapi, bila difikirkan balik. Untuk apa? Menambah sakit hati? Aku tahu, mungkin Allah tak jadikan dia untuk aku, Dia temukan aku dengan dia cuma mahu menduga aku. YA! Aku tahu itu! Aku tahu, itu semua Ya Allah! Sudahlah, jangan Kau buka pintu hati aku pada lelaki durjana itu! Macam mana aku mahu menerima lelaki lain jika Kau masih benarkan aku terus menyintainya setelah apa dia lakukan?! Aku mahu lupakan dia dan tak pernah kenal dia, kenapa begitu sukar?? Lupuskan ingatanku tentangnya, segalanya mengenai dia. 

Aku rasa mahu menjerit sekuat hati. Aku mahu menangis sepuas mungkin. Tapi segalanya tak akan berubah. Mungkin ini akan membantu. Pisau kecil yang selalu menjadi temanku, aku tenung lama. Aku bermain di hujung bilahnya. Ianya tidak menyakitkan aku bila aku menoreh lengan sendiri, tak seperit dia meninggalkan aku. Aku lihat dia sangat gembira sekarang, amat gembira. Kenapa Tuhan begitu tak adil? Kenapa Allah bagi kebahagian pada dia, tapi bukan pada aku? Aku cuba ubah sikap aku dan berupaya untuk menjadi teman wanita yang baik, dan seterusnya menjadi isteri yang diingini. Nampaknya, usaha aku tak dihargai. Membazir. Aku tahu.

Mungkin ini penamat hidupku yang terbaik. Maafkan aku pada sekian kenalan yang mengenali aku, mak ayah. Maaf. Aku tak setabah mak, Mak. Aku tak sekuat abah. Aku masih lagi seorang gadis yang kehilangan. Masih lagi sesat untuk mencari arti hidup sebenar. Aku lelah. Aku penat, mak. Aku sudah tak tahan. Aku tak mahu sakit lagi. Maafkan alin.


If I let you go,
Something I belong,
Forever will be gone.


______________________________________________

Comments

Anonymous said…
kau jangan lupe budak.. walaupown aku menghilang, tapi aku kat atas ni akan selalu tengok-tengokkan kau.. hope kau baik-baik aje, rindu kot nk skype dgn kau pagi-pagi buta.. pastu kau sebok nk ke toilet bertemankan kucing kau.. hua'hahaa.. (^.^)
TC Alin..!!! via-Syurga Firdaus.. :)

Popular posts from this blog

Take it serious, lets get marry!

9 TIP BINA HATI BARU

Buat duit tanpa modal