Cinta itu klise

Maksud sebenar cinta,
Pasti ramai sudah merasai rasa cinta itu sendiri. 
Jadi malas untuk aku huraikan bermacam jenis.
Cinta buta, cinta pekak, cinta tuli.
Monyet, monkey, surat cinta, cinta alam maya,
Ok, itu pastinya ramai yang telah merasai.
Bagaimana? 
Sedap? Manis permulaan, masam di hujung?
Sudah lah, cinta tak seperti gula gula masam manis itu.

Jika kau sudah tahu,
cinta itu pahit, yang lagi mau dikemam kenapa?
Jika kau tahu sudah,
cinta itu manis, yang lagi dimau buang kenapa?


Cinta cuma dugaan,
dugaan untuk kita belajar,
bukan sebab untuk kita bunuh diri atau mengular.

Tapi jika anda dapat merasai cinta itu,
bersyukurlah,
kerana Allah beri peluang untuk kamu rasainya,
kerana Allah beri kamu rasa menyayangi seseorang.

Akan tetapi, bagiku.
Suka, sayang, cinta adalah berbeza.
Jika kita sukakan seseorang, tak bermakna kita sayang, artis misalnya.
Jika kita tak suka, tak bermakna kita tak sayang, keluarga atau kawan misalnya.
Manakala cinta pula adalah gabungan semua rasa,
itu yang membuatnya istimewa.

Bangunlah! 
Tanpa cinta pertama, kita tak kenal cinta sebenar.
Tanpa cinta kedua, kita tak kenal kekecewaan.

Cinta itu gabungan semua rasa,
itu yang membuat ianya kuat.
Kuat untuk kita bertahan,
kuat untuk kita terus menyayangi.
Untuk kita stay pada seseorang yang seterusnya di angkat menjadi pasangan hidup.
Dengan Izin-Nya.

Itulah ertinya cinta.
Itulah agungnya cinta.
Sehidup semati dengannya.

Tapi, pastikan dahulu kamu cinta pada yang satu,
supaya percintaan kamu dengan manusia dipermudahkan,
Insyaallah. Amin~

Kenapa aku kata cinta itu klise?
Sebab bila orang bicarakan tentangnya,
pasti masalah yang sama,
pasti punca yang sama,
pasti rasa yang sama,
Semuanya tetap sama.

Akan tetapi, 
level perjalanan cerita itu lah yang berbeda.
Meskipun begitu, kesudahannya tetap sama,
sama ada menyatu, atau berpisah.
Itu saja.

Comments

anna said…
lagi satu, kite xley lemah tanpa cinta right??heheh..btw, i'm newbie at ur fren list..hope we'll keep in touch dear

Popular posts from this blog

Take it serious, lets get marry!

9 TIP BINA HATI BARU

Dunia pinjaman