Gadis Upahan

12th Sept 2014,

Di sebuah cafe yang terdapat di Kota Hill Vell yang baru membangun itu, terdapat dua orang wanita yang sedang duduk bersebelahan cermin yang membolehkan mereka ditonton dari luar. 'Kitty's Cafe' tertentera di atas kaca lutsinar tersebut. Wanita berambut hitam panjang menolak duit di dalam sampul, kulitnya sedikit berkedut dimamah masa. Wanita dihadapannya hanya melihat sampul tersebut, memiliki rambut berwarna perang paras bahu, sedikit curl dihujungnya. Kulitnya gebu dan menawan, citarasa semua jejaka.

"Tolong aku, Carly... Ini terakhir.." Kata wanita berambut hitam pudar ini. Wanita yang dipercayai bernama Carly hanya tersenyum pahit. "Beritahuku segalanya."

Dia menarik nafas panjang sebelum memulakan bicara. "Semalam.. Kami sepatutnya pergi ke tasik untuk berkelah seperti biasa, tetapi dia telah menempah hotel, dan kami.." Carly terdiam, wajah Fereensa menahan sebak bila suaminya berlaku curang dengan gadis yang diupahnya sendiri untuk mengawasi suaminya. Ini merupakan kali kedua dia mengupah gadis tersebut untuk mengoda suaminya bagi menguji kesetiaan lelaki yang dicintainya itu.

"Kami chek in, dan menonton televisyen, tapi pandangan matanya tak celik memandang payudara aku, dan entah macam mana, kami bercium, dan .." Dia mengosok hujung cawan berinti kopi dengan penuh keasyikkan. Bibirnya digigit manja. Tiada senyuman terukir. Cuma rasa bersalah kerana telah meniduri suami pada kliennya.


"Baiklah. Saya ada meeting sebenar lagi. Jumpa kamu nanti." Fareensa menahan air matanya dari terus mengalir. Tapi tak dapat ditahan, bila dia meninggalkan Carly dari tempat mereka. Mutiara menjunam jatuh.

Carly tak bersuara, tidak menoleh melihat wanita separa abad itu berundur, sebaik kelibat wanita itu menaiki kereta mewahnya dan berlalu, Carly mengukirkan senyuman. Senyuman yang sinis. "Bodoh." Sampul berisi duit di masukkan ke dalam beg tangannya dan berlalu meninggalkan kedai cafe tersebut.


Fareensa memandu kereta dengan laju, memperdulikan tentang keselamatan dirinya. Kali ini dia sudah tidak tahan, lelaki yang telah bercinta dengannya selama 7 tahun dan menjadi suaminya yang rasmi bertahun lamanya dan merupakan ayah kepada anak gadisnya telah berlaku curang. Dia menekan minyak selari dengan perasaan kecewanya. Terus memecut laju.

Segalanya bermula, apabila si suami bermain mata dengan seorang gadis yang berambut perang. Entah kenapa naluri wanitanya begitu kuat mengatakan suaminya akan berlaku curang dan akan mengancurkan rumahtangga yang telah sekian lama dibina. Perasaan egonya untuk menyelamatkan rumahtangganya itu telah membuatkan Fareensa nekad untuk membayar wanita yang bermain mata dengan suaminya untuk memantau kegiatan suaminya. Ternyata segala anggapannya benar belaka.

*****

Malam.
Sebaik tiba di rumahnya yang mewah dari tempat kerjanya. Dia bersiap siap untuk beradu. Dia mengenakan pakaian seksi yang berwarna merah. Dia duduk di hadapan meja solek bercerminkan kaca pantulan yang besar. Dia merenung wajahnya.

"Adakah kerana wajahku ini membuatkan dia berubah hati?" Tangannya bermain di hujung mata yang semakin tampak kedutnya.

"Adakah apa yang diceritakan itu benar?" Dia mengeluh. Bunyi kereta memasuki kawasan rumahnya dan pintu kereta dikunci, membantutkan khayalannya. Dia berjalan pelahan menuju tingkapnya yang besar, melihat si suami memasuki rumah dari tingkap atas. Suaminya memiliki syarikat pelaburan terbesar di situ, dan mereka hidup dengan penuh kemewahan.

Suaminya, Jackson memasuki bilik mereka. Alangkah terkejutnya melihat si isteri sedang duduk seakan model di katil. Lilin yang dipasang menimbulkan syak pada perasaan Jackson. Dia terpaku seketika. Semenjak dua, isterinya berkelakuan pelik. Banyak mendiamkan diri dan hanya mengunakan bahasa tubuh, bila dia mula menyentuh, Fareensa seakan melarikan diri. Tidak mahu menjalinkan hubungan. Aneh. Dan kali ini, dia posing bagai model dengan lilin yang merata, apa kena dengan isteri aku ini? Desis hatinya.

"Lambat abang pulang." Sengaja di soal soalan yang luput. Dan jawap yang diterima telinga masih sama. "Banyak kerja di office." Jackson menanggalkan tali lehernya. Fareensa mengampiri suaminya dengan lenggok yang begitu mengoda. Dengan cepat, dia membuka tali leher suaminya. Membuka butang baju suaminya dengan penuh mengoda.

"Kau nampak cantik, Fareensa." Ternyata solekkan yang dikenakan menambat hati jantannya.

"Adakah aku secantik Carly?"

"Siapa?" Dia tak mengerti. Fareensa mendengus.

"Gadis yang kau tiduri di hotel kemarin? Lupa??" Suaranya semakin mengeras. Jackson masih tak mengerti.

"Apa kamu cakap ni?"

"Sudahlah!! Katakan saja yang kau dah tak cintakan aku lagi. Kau menjalinkan hubungan dengan wanita lain, tapi bila dengan aku, kau tak habis habis penat, letih berkerja!!" Jeritnya sekuat hati melepaskan sakit yang ditanggungnya selama ini.

"Apa maksud kau! Aku tak pernah berlaku curang! Jauh sekali menjalinkan hubungan pada wanita lain! Atau kau yang sebenarnya mempunyai hubungan dengan jantan lain!!" Keegoan Jackson tercabar bila dia mula dituduh bermacam perkara.

Mereka terus bertengkar, membinggitkan malam yang indah. Menghancurkan suasana romantik. Jackson semakin berang dengan sikap psiko isterinya.

"Sudahlah! Kau tu dah gila! Lebih baik aku pergi dari sini, keluar dari hidup dengan kau, saiko!!"

Jackson berlari meninggalkan Fareensa dengan penuh amarah. Dia terjatuh melutut melihat suami meninggalkannya dengan pandangan yang kosong. Air matanya menderas. Pelahan lahan dia memasuki bilik airnya yang mewah. Dia terbaring di dalam tab mandi dan membiarkan air melimpah rumah. "Apalah gunanya hidup disimbah dengan kemewahan tapi orang yang disayangi sudah tidak mencintai kita lagi....."


****

Jackson tiba di apartment Carly. Mengetuk dengan pelahan daun pintunya. Wajah mengantuk Carly di tatap sebaik sahaja pintu dibuka. Mereka terpaku seketika di situ.

"Ghina.." Jackson menyebut pelahan nama gadis di hadapannya. Dia tak menjawap, sebaliknya mempelawa lelaki itu masuk. Sebaik lelaki itu memasuki rumahnya. Dia mengukirkan senyuman puas. Jackson duduk di sofa. Carly yang dikenali sebagai nama Ghina memberi minuman pada lelaki itu.

"Isteri saya dah gila. Dia menuduh saya menjalinkan hubungan dengan perempuan lain. Saya cintakan dia, tak mungkin saya akan berlaku curang."

"Atau mungkin dia yang berlaku curang dan menuduh kamu untuk menutup belangnya. Aku sudah bagitahu bukan, dia ada lelaki simpanan."

Pandangan Jackson kosong, dia tak pernah terdetik langsung untuk berlaku curang. Inikan menjalinkan hubungan pada wanita lain. Dia benar benar cintakan Fareensa! Carly mula mengambil langkah, dia mengambil gelas pada tangan Jackson, dia merapatkan diri dan mula merapatkan bibirnya....


11th Sept 2014,

Carly duduk di kerusi yang berhadapan dengan tasik yang luas terbentang. Mereka sudah berjanji untuk jumpa disitu dengan lelaki yang dikenalinya minggu lepas. Antara mangsanya untuk meragut keuntungan yang maksima. Beberapa minit kemudian, seorang lelaki berambut perang dan berwajah tampan walaupun sudah mula dimamah umur datang kearahnya, hanya berdiri di sebelahnya.

"Saya sangat cintakan isteri saya.. Kita tak boleh teruskan hubungan ni lagi." Jackson bersuara. Dia mula berlangkah meninggalkan gadis tersebut.

"Tapi dia ada menjalin hubungan dengan lelaki lain. Saya boleh ganti dia, menjaga awak."

Senyumnya terukir. "Tak mengapa. Saya percaya pada dia." Lalu terus meninggalkan gadis berambut perang tersebut.

______________________________________________

Comments

Popular posts from this blog

Take it serious, lets get marry!

9 TIP BINA HATI BARU

Dunia pinjaman