Dan setiap kali saya malas, pasti diserang headache sebab online terlalu lama untuk hilangkan kebosanan.
Tuesday, May 1, 2012
Tuesday, April 17, 2012
Dunia pinjaman
Aku perhati jemari ini,
ku rasai kulit ini,
ku rasai kulit ini,
Aku lihat di dalam cermin,
wajah seorang gadis gempal.
Tak semena mena air mata mencurah pelahan.
Kesal akan peribadi sendiri,
Kenapa segalanya seakan nyata sedangkan semua ini cuma sementara.
wajah seorang gadis gempal.
Tak semena mena air mata mencurah pelahan.
Kesal akan peribadi sendiri,
Kenapa segalanya seakan nyata sedangkan semua ini cuma sementara.
"Aku terlalu mengharap cinta kaum adam,
hingga lupa mencintai Pencipta.
Aku terlalu mendampakan kasih si jejaka,
hingga terlupa yang dunia ini cuma sementara."
Monday, April 16, 2012
Thursday, April 12, 2012
Pentakut
Aku...
Perempuan pentakut yang macam aku ini,
masih kah lagi layak untuk bicara perihal cinta?
Perempuan pentakut yang macam aku ini,
masih kah lagi layak untuk bicara perihal cinta?
Untuk menjaga makan minum, pakaian serta perihal segala?
Aku masih tak mampu untuk kata terus pada kau,
bukan aku tak berusaha untuk bersedia hidup bersama kau,
Cuma aku hanya perempuan pentakut yang hina.
Takut dengan kelemahan sendiri.
Takut pada bayang sendiri.
Wednesday, April 11, 2012
Afraid
Bila terasa bahagia, tercuit pula perasaan takut dikecewakan,
mungkin aku terlampau menerima kebahagian,
hingga terlupanya ada si kekecewaan menanti untuk menyergah.
Jodoh itu rahsia Allah
Benar, kita sendiri tidak ketahui jodoh kita sendiri, bila sudah tiba waktunya, perasaan yang begitu indah akan dirasai, dan waktu itu jugalah kau akan bersyukur gembira.
Aku tak berani lagi berkata yang aku tak bersedia untuk bernikah, benar. Selagi hajatku tak kesampaian, aku nekad tak mahu berkahwin. Tapi, kemon lah. Kita cuma hamba yang menurut perintah takdir. Jika sudah tertulisnya takdir itu, dimana jodohmu, ajalmu. Maka, tidak akan dicepat atau dilewat walau sesaat.
Haha. Benar. Aku jatuh cinta pada manusia yang aku sendiri tidak pernah kenal, dan apatah lagi jumpa. Tapi aku suka dengan sikapnya. Dan entah kenapa aku rasa macam ada sesuatu pada dia, tak seperti dengan bekas teman lelakiku yang lain, dan lelaki yang aku kenal. Tapi aku percaya yang dia boleh bimbing aku. Aku rasa aku jatuh cinta. Bukan jatuh cinta mahu bercinta, tapi.. Aku rasa aku nak bernikah dengannya. Ah. Gila bukan? Sangat gila! Tapi islam tak menghalang pun kan, aku sudah cukup syarat untuk bernikah, islam lagi mengalakkan untuk bernikah muda. Aku tak mahu dosaku bertambah, dan aku tahu, jika aku diikat dengan tali yang sah, maka penglihatan, dan segala tuturcara aku akan terbatas, dan insyaallah, semoga aku kembali ke jalan yang sepatutnya aku lalui.
Friday, April 6, 2012
Gadis Upahan
12th Sept 2014,
Di sebuah cafe yang terdapat di Kota Hill Vell yang baru membangun itu, terdapat dua orang wanita yang sedang duduk bersebelahan cermin yang membolehkan mereka ditonton dari luar. 'Kitty's Cafe' tertentera di atas kaca lutsinar tersebut. Wanita berambut hitam panjang menolak duit di dalam sampul, kulitnya sedikit berkedut dimamah masa. Wanita dihadapannya hanya melihat sampul tersebut, memiliki rambut berwarna perang paras bahu, sedikit curl dihujungnya. Kulitnya gebu dan menawan, citarasa semua jejaka.

"Tolong aku, Carly... Ini terakhir.." Kata wanita berambut hitam pudar ini. Wanita yang dipercayai bernama Carly hanya tersenyum pahit. "Beritahuku segalanya."
Dia menarik nafas panjang sebelum memulakan bicara. "Semalam.. Kami sepatutnya pergi ke tasik untuk berkelah seperti biasa, tetapi dia telah menempah hotel, dan kami.." Carly terdiam, wajah Fereensa menahan sebak bila suaminya berlaku curang dengan gadis yang diupahnya sendiri untuk mengawasi suaminya. Ini merupakan kali kedua dia mengupah gadis tersebut untuk mengoda suaminya bagi menguji kesetiaan lelaki yang dicintainya itu.
"Kami chek in, dan menonton televisyen, tapi pandangan matanya tak celik memandang payudara aku, dan entah macam mana, kami bercium, dan .." Dia mengosok hujung cawan berinti kopi dengan penuh keasyikkan. Bibirnya digigit manja. Tiada senyuman terukir. Cuma rasa bersalah kerana telah meniduri suami pada kliennya.

Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Time: Malam, keluar dinner dengan my mak and abah... Location: Area Bukit sentosa. Entah kenapa tiba tiba aku berani tanya soalan yang se...
-
Kenapa? Sebab kita dah dapat agak pada mulanya si watak utama akan derita, then baru lah mengkecapi kebahagiaan, bukan?? Well, Jangan angg...
-
Title: Semalam awak kata awak cinta, tapi hari ini awak berdusta. Mana satu? Hari ini, 23hb September, hari aku bertemu dia. Hati gundah t...