Wednesday, May 31, 2017

Wednesday, April 19, 2017

#cerpenlindazizan : Drama Mia Rania - Part 1 (2011)



    Nyaringan siren ambulan itu memecahkan sunyi jalan raya. Dengan laju, ia ke hospital berhampiran. Rania terbaring di dalam ambulan tersebut. Adik perempuannya, Gina menangis melihat tubuh kakaknya yang telah kaku. Dhani cuba menenangkan tunangnya, dipeluk seeratnya tubuh Gina.

"Insya-allah, akak tak apa-apa, sayang." Dhani bersuara. Gina menangis di dada Dhani. Deras air jernih itu membasahi pipi gebunya.

Sebaik sahaja tiba di hospital. Rania disorong ke bilik kecemasan. Kepalanya penuh dek darah. Gina dan Dhani hanya tunggu di luar bilik itu. Tak lama lepas itu, kekasih Rania tiba, keadaannya serabut. Risau dan resah.

"Kak Nia macam mana?" Dia menyoal.

Tuesday, April 18, 2017

Pecah Tabung Sebelum Kahwin

Hello guys.

Assalamualaikum.

Good morning guys, aku tak tidur lagi ni, dok korek tabung tengah tengah malam..😂😂

Hahaha. (Gelak dulu). Tabung ni since tahun lepas lagi. Akhir tahun lepas. Masa beli tu, acah acah nak imbau kenangan jaman kecik kecik dulu. 

Tabung jenis apatahnamanya ni yang kena pecah baru boleh ambil duit tu, jenis tanah liat yg dikeraskan, err jenis kaca? Eh tah..kahkah korang tau la kan.. memang tabung anti korek korek lah ni. Hahaha

Masa kecik kecik, abah ada 1 jenis ni bentuk Donald Duck, tabung tu memang dah padat, then abah pecahkan guna tukul, habis berderai sekali duit berterabur.. memang sangat sangat memuaskan! Wakaka

So, aku pun beli la dengan penuh keazaman ni, mahu menabung. Dan merasai keseronokan duit berterabur tu... Wakaka. Dengan niat nak pecahkan sebelum nikah. 

Tapi, next week nak nikah ni, dengan ajam hot hot poop chiken aku, tabung pun separuh penuh.. tapi boleh tahan la beratnya.

Memandangkan sekarang ni darurat sikit, biasalah nak kahwin kan banyak pakai duit. So, aku pun korek la tabung ni. Lagipun memang dah niat pecah tabung ni sebelum kahwin. So why not. Hahaa.

Dengan penuh kegigihan mengorek dan menarik segala yang ada menggunakan ini!! Wahahahtahaha

Tuesday, March 21, 2017

Hello guys !!

Maaf sangat sangat sebab bz sungguh !

Banyak sangat plan dan tips bagi yang nak menikah tu!! 

Nanti aku update ya.

Antara plan dia adalah 

  • Vlog #TheKuatMakanJourney . Video log ni pasal review tempat2 makan dalam Malaysia ni. Kalau ada tempat yang best, rojer2 la ya. +++ Selain dari review tempat makan. The Kuat Makan ada juga buat vlog Cabaran! Korang boleh cari di #TheKuatMakanJourneyChallange . Macam2 ada. Jangan lupa subscribe Youtube channel Linda Zizan ya! 
  • Tips and hack untuk majlis perkahwinan korang!
  • Tips Diet dan cari geng untuk diet? Boleh pergi di page Chengel atau @rebelpalsengal
  • Aku nak start menulis balik!!!

Ok. Sekian untuk hari ini.

Jangan lupa follow blog ni atau fanpage aku @LindaZizan ataupun Instagram tau! Oh oh- Subscribe Youtube aku juga!

Semoga dipermudahkan !

Terima kasih sbb membaca.

Jumpa lagi nanti.

With love, LZ.


Tuesday, October 11, 2016

#JuwieParamita

Ditanya berulang kali. Usah kata seperinciannya. Sebesar bateria itu pun sudah diselidik dipersoal. Namun masih, bisu juga tubuh itu.

Aku sudah tidak tahan.

Kenapa tiada siapa dapat merungkai apa yang ada pada gadis; yang orang sekeliling memuja Dewi Paramita itu. Gelaran itu cuma milik aku!

Sunyi.

Gelap.

"Juwie"

Dia masih mendiam.

"Beritahu pada aku. Apa rahasianya"

Air matanya mengalir. Titis peluh sudah mengering. Mungkin sudah penat meronta, kebarangkalian.

"Dewi Paramita"

Senyum sinis. Pantas aku tarik kemas bucu mukanya. Kasar. "Rasanya kamu tahu, sebagai ahli baru di dalam intitusi magis ini, batas batas kuasanya seharusnya punya had"

Tuesday, July 26, 2016

Dari semalam

Dari semalam lagi,
aku asyik terfikir fikir

Dari semalam,
aku ternanti nanti walau tiada niat mahu menunggu

Dari semalam,
sebelum lelap mata ini, aku termenung walau masih banyak perkara harus difikirkan

Dari semalam lagi,
aku terfikirkan dia.

Dari semalam,
bilahan sabit panjang, jubah ber-hood hitam, orangnya kacak, berkulit putih, gigi rapi tersusun sedikit taring hanya sebelah kanan.

Dari semalam,
dia beri senyuman tak keluan pada aku; katanya aku ini seterusnya, lalu lesap.

Dari semalam lagi sebenarnya....
nafas aku pun tlah hilang--