#cerpenlindazizan : Drama Mia Rania - Part 1 (2011)



    Nyaringan siren ambulan itu memecahkan sunyi jalan raya. Dengan laju, ia ke hospital berhampiran. Rania terbaring di dalam ambulan tersebut. Adik perempuannya, Gina menangis melihat tubuh kakaknya yang telah kaku. Dhani cuba menenangkan tunangnya, dipeluk seeratnya tubuh Gina.

"Insya-allah, akak tak apa-apa, sayang." Dhani bersuara. Gina menangis di dada Dhani. Deras air jernih itu membasahi pipi gebunya.

Sebaik sahaja tiba di hospital. Rania disorong ke bilik kecemasan. Kepalanya penuh dek darah. Gina dan Dhani hanya tunggu di luar bilik itu. Tak lama lepas itu, kekasih Rania tiba, keadaannya serabut. Risau dan resah.

"Kak Nia macam mana?" Dia menyoal.



"Still kat dalam. Gee pun tak tahu dia macam mana, lama jugak dia kat dalam. Keadaan dia teruk jugak, bang!" Gina menutup mulutnya menahan sebak. Amirul mengeluh kuat.

"Abang dah cakap! Jangan bawa kereta laju-laju, tapi dia degil! Tengok apa dah jadi!" Mail cuba menahan amarahnya. Matanya merah menahan tangisan. Kemalangan itu hampir meragut nyawa Rania, selamat jalan raya itu tidak sunyi, ramai yang berhenti memberi pertolongan.

Sedang mereka rancak menceritakan apa yang terjadi, doktor dan jururawat keluar dari bilik itu. Dhani dan Gina terus bangun dari tempat duduk dan mereka terus menuju ke arah doktor itu.

"Doktor! Macam mana kakak saya??!"

"Alhamdulillah, dia selamat, cuma buat masa sekarang, dia perlu ditahan sampai keadaan dia benar-benar pulih. Itu sahaja, nanti perkembangan terbaru, saya akan beritahu."

"Terima kasih doktor."

"Syukur alhamdulillah, akak tak apa-apa, bang."

Mereka melepaskan nafas lega. Walaupun kuatir akan nyawa Rania sudah lepas, kini mereka mesti berhadapan dengan wartawan-wartawan yang sudah mendapat berita kemalangan ini.

"Berita terkini, seorang pelakon terkenal, Mia Rania mengalami kecelakaan jalan raya tepat jam 8 malam, mangsa kini sedang dirawat di sebuah hospital yang dirahsiakan, diharapkan mangsa akan pulih secepat mungkin."

Gina mematikan televisyen yang sedang ditontonnya mengunakan alat kawalan jauh. Dia sandar di sofa, rumah kakaknya itu menjadi sunyi. Tidak lama kemudian, telefon bimbitnya berbunyi

"Hello." Dia memulakan perbualan.

"Hello, Cik Gina? Adik Mia Rania ya? Cik Non dari majalah Hoottest ni. Kakak kamu macam mana sekarang?"

"Emm, dia masih dirawat dekat hospital."

"Hospital mana tu ya?"

"Maaf la ya, kami terpaksa rahsiakan, nanti kalau ada apa-apa perkembangan, kami akan hubungi cik." Gina terus mematikan talian. Dia rimas, semua mahu tahu akan perkembangan Rania. Di surat khabar, majalah, radio dan televisyen, semua sudah mengeluarkan tentang kemalangan itu. Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dia lakukan selain menyembunyikan hospital yang sedang Rania dirawat, supaya pihak media tidak datang menyerang. Jika tidak, habis kecoh semua orang datang melawat.

Gina mengeluh lagi.

Keesokkannya Gina, Dhani dan Mail datang ke hospital. Menurut kata doktor, Rania sudah mula sedarkan diri. Gina berasa lega dengan berita yang diterimanya.

Dia membuka pintu bilik pesakit itu, senyumannya terukir melihat Rania yang sudah boleh berdiri termenung ke luar tingkap.

"Kakak sudah sedar??" Sapa Gina. Dia tersenyum sambil menoleh ke arah Dhani dan Shaffali. Rania memandang Gina dengan pandangan yang aneh.

"Awak ni siapa??" Rania menyoal. Gina terkedu.

"Akak, ni Gee lah kak."

"Maaf lah, awak dah silap orang ni. Saya tak kenal awak siapa." Kata Rania bersahaja. Bagai tiada apa yang terjadi. Gina bertambah tersentak. Rania sudah tidak kenal dirinya lagi?? Adik kandungnya sendiri! Cetus hati Gina.



--------- BERSAMBUNG ---------------

Comments

Popular posts from this blog

Take it serious, lets get marry!

9 TIP BINA HATI BARU

Dunia pinjaman