Pecah Tabung Sebelum Kahwin

Hello guys.

Assalamualaikum.

Good morning guys, aku tak tidur lagi ni, dok korek tabung tengah tengah malam..😂😂

Hahaha. (Gelak dulu). Tabung ni since tahun lepas lagi. Akhir tahun lepas. Masa beli tu, acah acah nak imbau kenangan jaman kecik kecik dulu. 

Tabung jenis apatahnamanya ni yang kena pecah baru boleh ambil duit tu, jenis tanah liat yg dikeraskan, err jenis kaca? Eh tah..kahkah korang tau la kan.. memang tabung anti korek korek lah ni. Hahaha

Masa kecik kecik, abah ada 1 jenis ni bentuk Donald Duck, tabung tu memang dah padat, then abah pecahkan guna tukul, habis berderai sekali duit berterabur.. memang sangat sangat memuaskan! Wakaka

So, aku pun beli la dengan penuh keazaman ni, mahu menabung. Dan merasai keseronokan duit berterabur tu... Wakaka. Dengan niat nak pecahkan sebelum nikah. 

Tapi, next week nak nikah ni, dengan ajam hot hot poop chiken aku, tabung pun separuh penuh.. tapi boleh tahan la beratnya.

Memandangkan sekarang ni darurat sikit, biasalah nak kahwin kan banyak pakai duit. So, aku pun korek la tabung ni. Lagipun memang dah niat pecah tabung ni sebelum kahwin. So why not. Hahaa.

Dengan penuh kegigihan mengorek dan menarik segala yang ada menggunakan ini!! Wahahahtahaha


Akhirnya, berjaya lah keluarkan keseluruhanya. Kekekeke


Besar ni je lubangnya aku mampu korek 😂😂😂

Aku tak expect pun banyak sebab aku pun jarang jarang letak. Time ada duit aku terus letak baki baki duit beli barang, RM1 memang aku main sumbat seberapa banyak yang ada dalam dompet, then aku ada buat kerja delivery sikit, upah RM1 tu pun aku sumbat sekali dalam tu..

Soooo.. hahaha 

Jumlah keseluruhan, ialah..... 

(Bunyi drum sikit)

RM278.20 

+ 1 token game 😂



Wowwww!! Hahaha aku tak pernah menabung. Sekali berjaya (ok separuh  berjaya sebab tabung tak penuh) dan dapat banyak ni. Bagi aku lebih dari RM100 adalah banyak. Tapi sikit bila beli barang. Wakaka.

Maka dengan ini, 

Timbul la keinsafan pada diri hati sanubari, bahasanya menabung itu memang sangat membantu dan menyeronokkan.

Lepas nikoh ni, inshaallah aku akan teruskan. Dan sebab tu la aku tak pecahkan semua. Sebab nak guna lagi la. Hahaha.. so aku suggestkan. Menabung guna la tabung keras kaca apatahnamanya ni. 

Memang berhasil!

Selamat mencuba! 

See you again!

Comments

Popular posts from this blog

Take it serious, lets get marry!

9 TIP BINA HATI BARU

Buat duit tanpa modal