Saturday, December 1, 2012

BANGUNLAH, LINDA !!

Linda, linda.. Kalau kau PERCAYA pada diri sendiri, 
kalau kau SAYANG diri kau, 
kalau kau YAKIN dengan diri kau tu, 
letakkan sepenuhnya ketentuan pada ALLAH. 
Aku percaya, kau pasti akan jadi SEMPURNA, dan dapat apa yang kau nak. 
Bukannya terus menerus berfikiran negetif. 

WAKE UP, GIRL! LIFE IS TOO SHORT, SWEETHEART!!

Friday, November 30, 2012

Kau mahu tahu satu rahsia?

Jodoh itu pilihan kita sendiri, tahu.
Ok, baiklah, ianya bukan rahsia lagi. Hahaha!
Dah lama tak update, maka aku mahu update seperkara dua disini.

Pertamanya, doakan aku berkerja lama di tempat baru! Sebagai designer/admin/sales/penjaga kedai/si senyum yang palsu, hahahaha! Dimana? Ada lah! :P

Oh ya, maaf ya bagi peminat karya rare, post kali ni, aku update sesuatu yang sangat klise, ah! Ya ya, karya aku semua klise klise. Pfft!

Cinta~
Kau tahu? Ya, bagus bagus. Sebenarnya, mengenai seseorang ini, aku lebih suka jika tak beritahu pada sesiapa, mahupun keluarga aku sendiri, tapi, memandangkan dia dah tahu tempat tinggal aku, jadi dia dengan rajinnya akan datang ke sini, nak tak nak, jumpa la juga. Dan ya! Dia lelaki pertama yang buat begitu, dan oleh kerana agak kerap dia datang, jadi mak pun nak sangat jumpa dia.

Oh, mak! Saya tak sedia lagi sebenarnya. Bukan tak serius dengan dia, ya memang saya sangat mahu mengahwini dia! Tapi, masalahnya, walau dengan siapa kita bersama sekarang, belum tentu dia jodoh kita, sedangkan yang berkahwin pun boleh bercerai tahu! Jadi, bagilah saya masa untuk buktikan yang kami boleh bersama membina masjid. Saya tak mahu bawa jumpa lebih dari seorang lelaki, dan tunjuk pada keluarga. Biarlah dia yang pertama dan terakhir. Dan moga dia yang terakhir, hmm.

Ah! Oleh kerana aku ni tak banyak kawan lelaki yang bertandang di kedai abah, boleh dikatakan TAK ADA LANGSUNG! Lagi lagi yang seistimewa dia, maka aku tersangat lah malu tahu! Hahahaha. Kecoh kawan kawan mak dibuatnya! Hahahaa

Mengenai si jejaka itu, memang lah aku nak rahsiakan dari semua, tapi memandangkan mak mahu juga tahu, maka tadi dia datang ke kedai, ambik kau,berpeluh dibuatnya, hahahaa! Sengal~

Bukan sebab aku tak serius dengannya, aku jujur, aku serius. Tapi, jika mengikut perancangan, dua tahun lagi barulah semuanya akan jadi nyata, insyaallah.

Jika mahu tahu siapa dia, maka doakan aku ada jodoh dengannya, doakan yang dia memang untuk aku.

Oh ya, hanya seperkara. Nama abah kami; sama! <3

Jangan kecoh kecoh kan ya,
ini rahsia antara kita saja! Shh ~


Saturday, October 27, 2012

Agak agak boleh siapkan tak? :S

Seruan Oujia 
(Tak set tajuk bebetul lagi)
Lagi 25k+++ patah perkataan lagi -__-


Ayuna Ayumi
Yang ini baru mula. Baru dua bab. Hmm :|

Sementara aku berusaha,
doakan semuanya berjalan lancar.
Aamiin.

Tuesday, September 25, 2012

Makin hari makin bertambah tua, tapi pahala? :|

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: 
“Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.”
Riwayat Ibn an-Najjar.


Assalammualaikum, dan salam sejahtera pada pembaca (kalau ada =.="). Ya. There's had been a long time didnt update in this blog, totally buzy around here. Hopefully, blogger blogger, blogwalking blogwalking yang singgah sentiasa berada di bawah rahmat-Nya.

Entri kali ini cuma entri penjelasan dan juga statement (eh), dan juga luahan setelah lama tak mencoret aksara disini, dan juga apa-saja-yang-aku-tengah-type-ini (berapa banyak dan juga lah! lulz -.-")

Wednesday, August 15, 2012

Mengenai blog ini

“ Aku cuma berkarya,
tak semuanya adalah benar benar,
Tak kan ku coretkan segalanya tentang diriku,
tak akan ku luahkan semuanya perasaan aku,
Kerna aku ini anak seni.
Aku menulis agar semua mengerti,
yang kau tak sendiri,
Yang semua manusia turut alami.

Jadi aku lakar menjadi aksara,
lalu ku ciptakan ceritera,
dimana semua boleh mendengar. 

Tuesday, August 14, 2012

WARKAH MELATI: Wahai para pemburu Lailatul Qadar, apakah lagi yang kau tunggu kan?


Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:
Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada 
malam yang ganjil dari 
sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.
(al-Bukhari)

Hazrat ‘Ubadah Bin Samit رضي الله عنه telah bertanya kepada Nabi صلى الله عليه وسلم tentang Lailatul Qadr. Lalu Baginda bersabda, “lanya berlaku pada bulan Ramadhan pada sepuluh yang akhir.
Sesungguhnya ia berlaku pada malam-malam yang ganjil, pada malam ke 21,23, 25, 27 atau 29 ataupun pada malam terakhir dari bulan Ramadhan.
Sesiapa yang bangun beribadat padanya dengan iman dan niat untuk mendapatkan ganjaran, semua dosanya yang terdahulu akan diampunkan.

WARKAH MELATI: "Malaikat maut bersama kita tadi, mak."


Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
" Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. 
Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa."

15 minit sebelum berbuka, 13hb Aug.

"Mak, tadi malaikat maut ada bersama kita. Ditatap wajah dia yang sayu itu, lalu dicabutkan nyawanya dengan sepantas kilat, tanpa sempat kita mengetahuinya."

"Sudah ajal dia, nak buat macam mana," kata mak tanpa perdulikkan aku.

"Tapi mak, kalau saya ada bersama kucing itu, pasti saya juga yang dibawa bersama. Pasti saya juga dilanggar kereta itu."

"Mak. Malaikat maut selalu menatap wajah kita mak, saya takut mak, saya takut."