humanoid

Dia akan pulang ke tanah air dan akan berkahwin dengan meriah. Mempunyai cahaya mata yang ramai atau mungkin sepasang anak laki laki dan perempuan, kalau dapat kembar. Itu merupakan anugerah yang tak ternilai. Dia menyiapkan diri untuk mengambil si tunang di lapangan terbang. Rambut diikat sedikit bergaya, sekuntum bunga kegemaran terselit di belakang sanggulannya. Merah warnanya. Pasti bunga itu akan dipuji, kerana itu merupakan salah satu dari kesukaan si kekasih hati.

Di kota metropolitan Java Kit, kediaman yang penuh moden, dan ya. Motor yang menggunakan cahaya solar juga berlambak di sana sini, begitu juga dengan papan lucur yang terampung gitu. Pada milenium ke-3, abad yang ke 30, dan dekad ke 2990-an ini, haruslah segalanya moden sebegini. Alangkah indah bila segala yang berada di internet pada zaman dahulu, kini boleh dibawa ke realiti, dan segala pembelian secara online, juga boleh tiba tak sampai 10 minit.

Dia bergegas menaiki kereta berkuasa solar sebaik sahaja meletakkan jaket makmal berwarna putih ditempat gantung bersebelahan pintu.  Satu kotak sederhana besar dirangkul sebelum hentakkan pintu berbunyi. Dia mengeluarkan kunci kereta dipoket seluar pendeknya berwarna coklat. Pintu kereta ditarik dari atas, setelah meloloskan diri, pintu itu dilekat pada dinding kereta. Lalu, vroom. Dia memecut.

Dia tiba di lapangan terbang sejam awal. Menunggu si cinta yang tiba dengan hadiah yang telah bertahun dia buat sepanjang encik jodoh berada di luar negara melanjutkan pelajaran. Kini, dia akan pulang bersama ijazah yang tertinggi. Jika diikutkan, dia juga mahu menyambung pengajian yang sama, tapi memandangkan mereka akan berkahwin, encik jodoh meminta dia menjadi suri rumah sepenuh masa, lalu dia mengalah.

Dia duduk betul betul di hadapan televisyen, sementara kotak berbungkus dan bereban di atas dia letak ditepi, dia membuka zip beg tangan, buku novel bersaiz mini dikeluarkan. Telinga mendengar omongan televisyen, manakala mata dan minda menelaah aksara.

"JavaKit Hot True News, berita terkini. Sebuah kapal terbang terhempas di persekitan JavaHill berdekatan bandar utama JavaKit. Dipercayai pemandu kapal terbang dari Negara Isagis itu tidak dapat mengawal kapal akibat daripada angin kuat yang melanda di persimpang masuk ke Negara JavaKit. Pasukan penyelamat sedang berusaha untuk menyelamatkan mangsa mangsa yang terselamat. Berita seterusnya....."

Mata dia terbuntang, hampir terkeluar. Tiada reaksi badan, cuma mata yang tak berkelip, otak yang seakan putih. Nadi nadi terhenti untuk beberapa saat. Air jernih mula terkeluar. Sebak.

Dia seakan mayat hidup. Segala persoalan bermain, persandingan lagi sebulan. Tiada lagi senyuman sepanjang dari kemalangan itu, sepanjang pengkebumian juga tiada sepatah yang keluar.

Dia tak boleh hidup tanpa lelaki itu, dia tak boleh hidup keseorang sebegini. Tanpa berfikir panjang dia ke tanah berkuburan, sambil membawa cangkul dan lampu suluh, dia melangkah bersungguh sungguh.

Tanah kubur dikorek sedalamnya, hingga keranda berkilat dibuka. Dia memandang sayu mendiang tunangnya. Tanpa berfikir panjang dia sedaya upaya dibawa pulang.

Dia letakkan mayat yang masih bersih berbaju kot di atas meja besi berkilat. Dia mahu hidup bersama lelaki itu selamanya. Dia terpandang satu objek empat segi di sudut makmalnya; sayu... Hadiah untuk tunangnya. Balutan dibuka. Seekor anjing bersifat robotic diambil, lalu butang dibawahnya dipicit. "Actived." Serunya. Sedaya mengawal perasaan.

Anjing tersebut melompat dari tangannya, terlompat lompat, ekornya bergoyang goyang. Mengikut arahan. "Turn around." Si anjing menurut, dikejarnya ekor sendiri.

Dikolernya terukir "Mahalin". Bererti cinta. Anjing ciptaannya yang boleh berinteraksi seperti anjing biasa dengan gelombang suara setelah mengaktifkannya. Dia akan setia pada sesiapa yang menyebut kata pembuka tersebut. Dia biarkan anjing dia bermain sendirian.

Baju kot dan kemejanya digunting, diambil peralatan pemedahan dan bersedia untuk percaturan. Apa yang dia ingin lakukan ialah membuang jantung lelaki itu, dan digantikan dengan jantung robotic yang sama seperti jantung anjingnya, cuma yang bezanya, jantung robotic manusia lebih canggih, malah boleh membuat sistem badan berjalan seperti manusia hidup. Projek mengubah mayat menjadi humanoid, telah lama dimulakan penyelidikan dan kajiannya secara terperinci dan persendirian, malah tunangnya sendiri telah memberi serba sedikit tunjuk ajar bagi mencanggihkan lagi ideanya. Walaupun satu satunya jantung manusia di dalam almari kaca besar itu masih belum sempurna, dia tetap mahu membuat semuanya seperti sedia kala. Nekad.

Wayar terakhir dicantum dengan urat jantungnya, dada yang berlubang kini berintikan jantung elektronik. Walaupun besi, ianya tahan karat, dan mampu bertahan lama, lebih dari kehidupan normal seorang manusia. Saintis hebat seperti dia, sudah pasti boleh melakukan apa sahaja.

Dia menarik nafas panjang setelah jahitan terakhir digunting talinya, dan untuk mengidupkannya, cuma dengan satu butang yang terletak dibelakang lehernya, wayar wayar semuanya telah tersambung, malah ingatannya juga pasti akan seperti dahulu, akan ingat segalanya, rasa kulitnya. Dia begitu percaya, tunangnya itu akan hidup seperti manusia biasa, cuma jantungnya saja yang berlainan.

Kulit belakang lehernya sengaja dikoyakkan, dan ditebuk. Butang pengaktifan sengaja di simpan dalam kulit agar tiada siapa perasan, lagi lagi dengan tunangnya yang berambut pendek dan kemas. Butang ditekan, dan jahitan dicantum. "Actived."

Mata tunangnya terbuka. Kosong. Tiada reaksi.

"Tom..." Pelahan suaranya memanggil, takut takut kalau operasinya kali ini tak berjaya. Lelaki tersebut memandangnya, dalam keadaan terduduk itu, dia memandang seorang gadis yang berdiri sedikit mengigil ketakutan dan berlumuran darah. Matanya mula deras berair. "Marselin..?"

Dia memeluk tunangnya dengan erat.. "Selamat kembali, dan jangan tinggalkan aku lagi.."

Comments

Popular posts from this blog

Take it serious, lets get marry!

9 TIP BINA HATI BARU

Dunia pinjaman