Sejujurnya, aku masih terlalu mentah untuk digelar penulis. Tak layak!

Hari ini, aku blur lagi. Bajet dapat setelkan 5 ribu word untuk cerita gengster. Tapi hampa.
Aku terus menghambakan diri pada Facebook, tak lupa juga pada laman TwitterJaya yang menjadi serbuan cerca maki dan melepas percikkan lava luahan perasaan aku.

Makin aku menghambakan diri, makin kepala berdenyut meronta untuk setelkan benda yang telah aku mulakan.
Sumpah aku kata, aku cemburu pada mereka yang dapat menyudahkan tiga novel dalam masa sebulan, yang sudah punyai buku sendiri, yang penulisan mereka mendapat pengiktirafan. Yang mana semua orang suka akan setiap cerita mereka. Oh. Sesungguhnya hasad dengki itu sesuatu yang tak baik. Tapi, ianya bukannya dengki. Dengki itu lebih kepada kebencian,
aku bukan benci sesiapa, lebih lebih lagi rakan seperjuangan aku. Mereka lah yang penyebab aku naik, tak kurang juga yang membuat aku jatuh. Aku cuma cemburu. Ya. Kerana mereka begitu senang mereka cerita, begitu mudah menyudahkan cerita. Tetapi aku? Aku masih lagi disini. Aku masih lagi tersekat. Aku masih lagi tak dapat fikirkan idea yang gempak seperti mereka. Aku cuma LOSER!!

Mungkin, Allah telah tentukan apa yang terbaik untuk aku. Mungkin Dia mahu aku lebih men-displin-kan diri sendiri terlebih dahulu, sebelum dia tunaikan segala impian aku? Mungkin.....

Kerjaya bergelar seorang penulis, bukanlah sesuatu yang mudah. Aku baru hendak melangkah ke bulatan itu, sudah pun terjatuh tersungkur. Inikan pula untuk berada di dalamnya. Mampukah aku yang hanya berbekalkan minat? Ouch. 

Apa bidang penulisan ini memang bidang aku, atau aku memang tidak layak langsung untuk berada di sini bersama mereka??

Pendapat kamu?

PERHATIAN!! Free The Children! Harus tekan di sini. Bantu mereka!

Comments

Pan. said…
kau boleh!
aku tahu. come on!

Popular posts from this blog

Take it serious, lets get marry!

9 TIP BINA HATI BARU

Dunia pinjaman