Tong Sampah Pemusnah Memori

Tahun 2030,

Dia berdiri di hadapan kilang yang tertera nama 'Pemusnah Memori'. Baju unifom kemas dilekatkan pada tubuh. Tag bernama 'Jamal' dan pass masuk diselitkan pada poket baju kemeja berwarna biru muda.
Dia melangkah masuk ke kilang tersebut. Kilang yang intinya segala putih belaka. Mesin pemusnah yang semi besar berada dalam ratusan unitnya. Dia berjalan terus ke tempat duduknya. Manusia lain sibuk melakukan tugas. Mesin separa besar yang bakal dikendalikan akan memusnahkan memori yang pelanggan mereka serahkan untuk dimusnahkan. 


Dia sayu memandang memori di dalam kertas ilusi itu, dalam bentuk gambar bergerak-gerak, menunjukkan segala memori mereka kala itu. Kertas kecil yang dipin bersama tertulis 'Memori kisah silam'. Tidak diketahui pemiliknya, hanya itu sahaja maklumat diberi. Dan kerjanya hanyalah perlu musnahkan kenangan tersebut. Kerana itulah kehendak pelangan, walaupun kenangan tersebut segalanya indah. Kepingan kertas ilusi dimasukkan ke dalam mesin tong sampah tersebut, dan ianya akan dimusnahkan serta merta. Hancur tiada cebisan.

Sedang asyik melakukan penyusunan bagi memudahkan untuk diletakkan ke dalam mesin tong sampah tersebut. Dia ternampak sesuatu. Seseorang yang dia kenali. Dia membaca tag nama yang diselitkan bersama kepingan kertas ilusi itu. 'Kenangan Masa Silam'.

Segera dia membawa kepingan ilusi itu ke bilik pengimbas memori, bilik untuk menentukan sama ada memori itu dibahagian kisah silam atau masa kini. Kerana pemusnahannya berbeza, memori masa kini perlu dimusnahkan dengan lebih dasyat dan teratur, kerana ianya masih baru, dan juga kuat. 

Herra. Nama itu disebut, fikirannya celaru. 'Kenapa dia mahu musnahkan kenangan masa silam?!' Di dalam bilik yang gelap gelita, lampu putih dibuka. Mesin pengimbas tersusun kemas, tiada seorang pun yang mengunakannya. Segalanya juga putih. Dia memasukkan kertas ilusi tersebut di dalam satu mesin, dan menutupnya. Wayar-wayar yang berada disebelah mesin pengibas itu, dilekatkan pada dahinya. Untuk dilihat kembali apa kenangan silam yang hendak dimusnahkan. 

************

2012,

Gadis bernama Herra yang baru berusia 13 tahun, bertemu dengan seorang lelaki dalam likungan belasan tahun, tua darinya sudah tentu. Gadis itu sungguh cantik, dan lelaki itu terpikat dengan keayuan gadis itu. Mereka jatuh cinta antara satu sama lain.

2021,

Usia perhubungan mereka masih lagi bertahan, banyak kenangan indah tercipta, segala suka duka dikongsi bersama. Pada tahun yang sama, hubungan mereka mula retak, segalanya kerana tidak mendapat restu dari keluarga.

2022,

Keadaan Heera mula teruk, walaupun mereka sudah memutuskan untuk menjalani kehidupan sendiri, Herra seakan tidak dapat terima kenyataan. Murung, dan suka berkurung.

Tahun yang sama, ibu bapanya memaksa untuk memusnahkan memorinya bersama teman lelaki, paksaan demi paksaan. Tapi tetap dibantah, Herra mahu bersama kenangan indah tersebut, hanya kenangan itu dapat dia merasa kehadiran diri Jamal.



*****

Dia menutup mesin pengimbas. Kini dia mengerti. Air matanya mengalir, tapi dia juga harus tabah. Dia kembali ke mesin pemusnah memori. Kertas ilusi dicampak ke dalam mesin tersebut. Hancur tidak bercebis. 

"Maafkan aku, Herra. Kita tak sedarjat, dan mungkin ini terbaik untuk kamu dari terus terseksa. Lupakan aku."


[ Curian Google ]


PERHATIAN!! Free The Children! Harus tekan di sini. Bantu mereka!

Comments

Popular posts from this blog

Take it serious, lets get marry!

9 TIP BINA HATI BARU

Dunia pinjaman