Satu, Dua, Tiga dan masih lagi mengira.

Agak lama aku tak menulis disini,
Walau tiada siapa yang baca, aku tetap mahu menulis.
Lantak.

Aku agak buzy lately.
Sibuk menulis benda yang aku telah mulakan, cuba nak menghabiskannya kemain azab. Tapi minat itulah penawarnya, ye dak?

Dalam masa yang sama aku cuba melarikan diri dari terus addict pada internet. Sebab aku ada baca satu artikal di surat kabar, yang penagihan pada internet dapat memusnahkan otak. Dan ketagihannya sama seperti ketagih pada dadah. Dan ya, sudah tentu aku tak mahu musnahkan otak aku yang tak berapa pandai ni.

Lagipun, aku tak dapat menulis dengan membuka Twitter, dan Facebook. Aku tak sehebat mereka. Tak langsung. Tapi aku cuba jadi lebih hebat dari mereka. Masih mencuba, dan terus mencuba.

Doakan aku dapat selesaikan novel seram, dan cerita gengster ni. Selepas itu, baru aku dapat tumpukan pada penulisan lain.

Empat, Lima, Enam. Dan terus mengira.

Aku rasa jemari aku dah kematu nak
cukupkan 15 ribu words dan 50 ribu words.
*Curian Google*

Comments

Popular posts from this blog

Take it serious, lets get marry!

9 TIP BINA HATI BARU

Buat duit tanpa modal