Saturday, August 6, 2011

I love my LIFE ~

Time: Malam, keluar dinner dengan my mak and abah...
Location: Area Bukit sentosa.

Entah kenapa tiba tiba aku berani tanya soalan yang selama ni mak abah aku tak bagi .. Meh baca dialog..

Aku: Kalau alin nak belajar bawa kereta boleh tak??
Abah: Boleh..
Aku: (Terkejut jap)
Mak: Tapi ambil kelas dia dulu..
Aku: Kelas???
Mak: A'ah .. Nanti boleh terus ambil lesen sekali..
Aku: Betul??
Mak: Yela, longgokkan duit dulu..
Aku: Tahun depan alin nak belajar bawak kereta la eh??
Mak: Boleh je ...

Yes !! Mission completed!
Hehehehe.. 1 more dream come true .. Hehehehe
Best gila ! Dah lah dapat job kat tempat keje Jah .. Lepas tuh, mak bagi pulak nak aku nak bawa kereta..
Walaweyhh ....

Mungkin ini hikmah yang Allah nak bagi pada aku ..
Thanks Ya Allah .. :)

I almost get all what i dream ... Walaupun aku hilang orang yang aku sayang, tapi tu dah tak penting.. Bukan pernah jumpa pun, tak hairan lah .. Yang penting sekarang... Kumpul harta.. :))

"Biar gagal bercinta, 
tapi bukan gagal dalam kehidupan."

Thursday, June 16, 2011

Berdiam tak bererti aku sudah tiada.. - Dead Silent

Jangan kau sangka dia tidak berada disitu, 
dia ada dimana-mana, hadapan kamu, belakang kamu...
Malah di dalam computer riba kamu..
Bila dia sudah puas memerhati...
Kamu akan mati ~

Boleh aku tahu aku merepek apa??? Hahahaha

Cakap fasal kenapa dah lama tak update.. Ade sesepekara la, antaranye seperti dibawah..

-Kemalasan
-Be-bz-an
-Kemalasan

Kejap! Kenapa kemalasan ada dua??
Sah! Aku memang malas.. Hahaha!

Sepanjang aku tak meng-update ni jangan ingat life aku ni ok ..
Naayyy!! Its suck! Hate it ... Tak payah lah aku taip kat sini ..
Annoying lak rasenya kalau nak semua orang tahu..

So, fasal cerita Seruan tu??
Yeahh!! Semalam pergi kolej semata-mata nak buat kerja nak habiskan Seruan ni.
Dalam masa 6 jam, 4 part siap..
Kau bayangkan, bila aku nak tulis novel, 30page/day...
Perghhhh!! Mati waaa derrr...
Desplin!2 huhuhu

Baik, mengarut hah??
Fine, Btw, nak bagi tahu yang sabtu ni ada event, and maybe aku kena jadi pengacara..
Aku takuttt!!!
But i alway wish can be DJ professional !!
berangan! Haks





Lagi?? Apa lagi??
Aku rasa mcam nak buat company magazine and sambung balik magazine yang aku buat dekat sekolah guna buku note sains dulu~
Rindu ~ 
=.=

Wednesday, May 25, 2011

Hilangnya rasa itu ...

Jam: 08:38AM
Lokasi: Duduk atas katil, dengan muka sebal menahan mengantok..
Mood: Unknown

Ok, kejap lagi nak pergi kolej, nak tanya fasal extend 2sem..
Atoiii kesebalan kemalasan mula melanda, dimulai dengan mata menahan mengantok, dan terbayang mimpi yang inda.. Walaupun aku selalu dapat mimpi buruk.. Memang tak kenal erti fobia itu!

Baik!
Hemmm... Tak dinafikan aku ni memang jenis cepat fall in love, jadi tu tak kan menjadi masalah untuk aku suka kat orang lain bila kena tinggal, tapi, aku bukannya jenis yang epat lupakan sesuatu/seseorang..
Walaupun aku da suka kat orang lain, tapi hati aku masih pada 'si dia'..
Its like take 1 month to love him, but 1 years to forget everything about him..
Baik! Aku teruk.. Aku selalu tahu benda tu..

Bila sudah hilang rasa itu,
maka pergilah perasaan untuk menghayatinya semula..
Ya, aku ketagih, ketagih tok dipuja, dipuji, disayangi,dicintai..
Tapi..
Biarkanlah dia buat sementara waktu..

Banyak masalah sekarang ni,
sampai bila aku nak fikir, otak ni tak dapat nak terima dan menolak signal dari terus memasuki ruang memori..
Tapi usaha otak gagal, dia tetap dapat memasukinya bagai dihack..
Secara serta merta, mwmbuatkan cecair jernih ini berguguran..........

Maaf, saya perlukan masa untuk lupakan, padamkan, dan membina memori baru..
Its take time..
Kalau betul lah awak nak saya, awak sanggup tunggu..
Saya tak nak gopoh2 dah...

Kejap lagi, nak pergi kolej, nak tanya pasal extend 2 sem.. Harap2 bolehlah ..
Hmmm..
Semua salah mereka, janji je nak tolong, tapi tak tunjuk langsung kesungguhan untuk menolong,
Baik, aku da blh katagorikan dia sebagai kawan di masa lapang bukan kawan seperkerjaan..
Tak semua orang sehaluan.. Pasti kan terpisah di cabang jalan, tapi pasti akan bertemu kembali..
Itulah kehidupan ...

Dan sekarang, aku nak cari rm1100 untuk repet final projek..
Baik..
Aku tak patut mara diorang, salah aku keran terlalu dimanjakan, terlalu bergantung pada orang...
Dah tiba kau tok berdiri pada kaki sendiri ...
Walaupun susah .... hmmmm..

Apabila perginya rasa itu,
kini aku bagai boneka, yang tak punya perasaan....
maaaf~

Saturday, May 21, 2011

Sekali lagi aku tewas..

Tewas dengan perasaan sendiri..
Membuatkan aku lemah untuk teruskan, mahupun memulakan permainan itu bersama yang lain,
yang menjanjikan janji yang sama..
Aku jadi tak keluan,
aku rindu padanya, mahukan dia kembali..
Tapi peristiwa lalu terlalu menyakitkan,
dan aku tak mahu itu berulang kembali...
Jadi, ku ambil keputusan, biarpun hati ini memberontak mahu menyekat kakinya dari terus meningalkan aku..
Aku biarkan dia berlalu..
Jika dia jodohku, dia pasti kembali....
Pasti ...
Aku hanya mampu berdoa dan menunggu........

Monday, April 18, 2011

JANGAN PERCAYA KATA SEORANG PENULIS !!

Wahh!! Linda! Kasar tu!!
Mana kau dapat statement tu?!
Yeah .. Of course lah, dari otak yang selalu berfikiran bukan-bukan ni..
Baik!
Logically, as a reader, mestilah aku ada berfikiran macam tu, sebab bagi aku,
nama pun penulis, dan penulis mesti kena pandai bermain dengan ayat..
Untuk menarik minat pembaca membaca..
Well,
As a writer pula, tak semua kot penulis ni mengunakan bakat yang ada ke jalan yang salah or main-mainkan orang dengan kata-kata..
Lagipun, tak semua rasanya penulis ni jiwang orangnya,
saya pun tak jiwang!
Hahahaha

Baik!
Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku nak cakapkan ni,
soo...
Kejadian yang berlaku sepanjang aku tak memblogging ni,
dok main cf jela...
Hahahaaha

Semalam ada gabungan room lagi,
FYI, room2 bawah server santai di kampung akan membuat gabungan room2 mereka di room2 lain pada setiap hari sabtu, jam 11-1 pg.. atau bergantung pada panjang acara tu dijalankan la..
Sejak2 jadi budak JJR ni, aku banyak join room2 bwh server santai ni,
sebab mereka memang santaiiiii2 sahaja!!
Hahahahaha
Semalam aku menang besa... Dapat topup rm80 ..
menang 3 game.. WALAWEYH!!
Xpernah ni! Hahahaha

And ...
(The post has been removed)


YEAH! I think so .. <3
(Google Image)

Wednesday, April 6, 2011

Mimpi yang aneh, membawa 1001 maksud mendalam...

Semalam,
satu hari tak tidur buat kerja,
sambil park id dekat M.I.M ..
Dengan mata pedih menahan mengantok,
aku dengan Zyra pergi lowyat, beli barang sikit..
lepas tu, balik2, aku online cf kejap..
Dah jarang on FB, kalo on pun just aku bukak camtu je, mata melayan CF,
So, kalau ada yang tak reply at chat tu, harap maaf ya..

So, dah online aku tidurlah,
penat gilerr punya pasal,
lepas tu, aku dapat mimpi, entah macam mana paksu aku ada dekat dalam mimpi aku ni,
dia ada buat reunion dekat kampung aku, kampung tu pelik jugalah, tak macam kampung aku,
tapi aku tahu tu kampung aku, pelik kan ..
Mimpi.. Biasalah .. Kan?
Lepas tu, entah macam mana aku boleh jumpa si Mika tu, aku jumpa dia,
aku tanya dia macam polis,
Semuanya, kenapa dia tinggalkan aku,
Aku rasa tak payah lah aku taip sini soalan-soalan tu,
tapi biarlah rahsia..
Sampai ke soalan ni,
Aku jadi ..... Speechless..
Dan masa itu, apa yang aku rasa,
gengaman tangan yang dulunya aku genggam erat, aku lepaskan macam tu je..
Hati ni, rasa macam ..
'Ok.. Tak apa..'

Dan time tu jugga,
membuatkan hati aku,
rasa dah tiba masa untuk lepaskan dia..
Betul-betul lepaskan dia...
Memang betul, aku ada cakap, aku lepaskan dia,
tapi hati ni aku tak ..
Aku tak sanggup nak lepaskan dia..
Banyak kenangan aku dengan dia, buat apa je, mesti teringatkan dia,
walaupun aku tak ada niat pun nak teringatkan dia,
ikutkan aku nak buang semua benda yang ada kaitan dengan dia..
Tapi, tak apalah ..
Hmmm...

Dan, mimpi tu,
mungkin dah sedarkan aku..
Untuk lepaskan dia,
Betul-betul lepaskan dia,
Dan sekarang...
Aku akan biarkan dia...
Tanpa dendam, tanpa dengki, atau sakit hati yang hanya membuatkan aku bertambah terluka..
Biarkannya..
Andai kau ada baca ni, mika..
Aku just nak cakap..
Aku cintakan kau, selalu cinta kau sampai aku tak dapat terima hakikat yang kau tinggalkan aku sebab perempuan tu dan kapel dgn perempuan tu dah lama.. Aku betul-betul tak faham.. Maafkan aku kalau ada sebab yang tertentu yang kau tak leyh nak bagitahu .. Ynag membuatkan kau dump aku..
Betapa susahnya aku nak lupakan kau, aku tak nak berdendam dah, bila kau rasa suatu hari nanti apa aku rasa sekarang ni,
dan masa tu aku akan cakap..
'Itulah apa yang aku rasa, malah lagi teruk..Kau pun tahu kenapa kan..'
And, lastly, terima kasih buat saya macam ni, ajar saya supaya jangan mudah percayakan orang lagi...

Well,
Aku dah suka dengan kehidupan baru aku ni,
tanpa kekasih, tanpa cinta..
Mungkin itu yang terbaik..
Kerna adanya cinta itu,
membuatkan aku lebih derita..
Walaupun hanya bahagia untuk sementara waktu....
Biarkan aku sendirian...
Kecapi keindahan hidup sendirian .. :)
Terima kasih, cinta....
Kau mengajar aku erti segala rasa..
Sekarang aku dah tak perlukan kau,
aku cuba untuk berdiri sendiri..


P/S : Jangan percaya dengan ayat si penulis, kerana mereka memang pandai bermadah!! Name pun writer, mestilah mereka pandai main dengan ayat dan kata-kata ..

What! Wait! Siapa buat statement tu??!!
Deemm!!
(wait for next entri.. )

Tuesday, April 5, 2011

Perginya rasa itu...

Penghasilan cinta itu,
begitu mendalam.. Dan mempunyai banyak cara penghasilannya yang begitu unik...
Mungkinkah itu rasa yang aneh, indah mahupun yang menyakitkan...
Setiap orang mempunyai rasa yang tertentu, dan tersendiri..
Setiap orang akan rasai rasa yang berbeza dari lain dengan yang lain...
Mungkin juga, ada yang sama, tapi dari segi penerimaan mindanya,
mungkin sukar, mungkin tidak..
Atau, apabila perasaan indah itu datang,
dia akan membawa pula rasa yang sebaliknya..
Atau mungkin rasa itu akan kekal,
buat selamanya baik di minda, hati, jiwa atau sanubarinya..

Faham tak??
Apa yang saya nak sampaikan,
Setiap orang mempunyai rasa yang berbeza apabila dia mula membuka pintu hatinya untuk seseorang yang ingin dia cintai, dan hidup dengan orang itu buat seumur hidupnya...
Tapi dunia ini tidak segalanya indah, memang benar,
tiada apa yang lebih indah, jika kita dapat hidup dan hadapi kehidupan seharian kita dengan tanpa sebarang masalah..

Ada sesetengah orang akan mula mencintai orang itu dengan perasaan suka, dan suka itu akan bertukar menjadi sayang, manakala sayang akan beralih kepada cinta ..
Dan apa yang lebih teruk, perasaan cinta itu disalahgunakan ..
Segala janji manis ditabur, hingga ada maruah yang tercemar ..
Tapi manusia tidak selamanya begitu ..
Cuma janji itu indah diukir pada kata-kata, dan di bibir sahaja ..
Manusia mudah untuk berubah,
bagai angin yang membawa desis-desis pasir yang bertaburan di atasan jalanan..
Ya, memang benar..
Ianya semudah itu ....

Tapi ada juga yang datang dengan perasaan benci,
bila sudah benci, lama kelamaan, ianya merubah menjadi sayang...
Sukar untuk dipercayai, tapi itulah hakikatnya...

Sudahlah,
biarkan rasa itu pergi,
Biar ianya dibawa deras air matamu,
biar dia hilang dek kekecewaanmu,
bertahanlah kamu,
bersabarlah kamu,
kamu mampu menghadapinya,
percayalah ... Percaya pada diri sendiri ....
dan segalanya akan jadi keyataan ..

bila rasa itu pergi,
kamu akan bebas sebebas burung di angkasa,
kamu akan bebas untuk bergerak,
dan melakukan segala yang kamu sukai, idami ...

Dan pada waktu itu,
kamu tidak akan sedar  lagi..
Bila perginya rasa itu ...