SKIRP: Biar hanya sekali dari tiada langsung

FADE IN
INT. DALAM BILIK KECIL – MALAM
Gelap. Seperti pesalah yang mahu disoal siasat, cuma ada lampu mentol yang tergantung terangkan bilik yang gelap. Negatif duduk di kerusi, rusing, gelisah dan menangis. Sementara yang berdiri di depan dia, berwajah yang sama, tapi bengis, bengang. Meletakkan kedua tangan ke di kedua bucu meja bersegi empat tepat.

POSITIF
(serius)
Aku cuma nak bagitahu yang engkau sudah 24 tahun, tapi engkau langsung tak matang. (mengeling)

NEGATIF
Putus cinta kali ini betul betul buat aku serik nak kenal lelaki lain.. Bukan serik apa, serik langgar prinsip sendiri; yang kau tak akan jatuh cinta dengan anak ikan (budak bawah umur) ..

POSITIF
(senyum sinis, memotong)
Tapi kau masih lagi harapkan dia walaupun dah dekat dua bulan dah dia tinggalkan kau.. Entah apa yang ada pada anak ikan tu tah yang buat kau terhegeh hegeh pada dia.. Aku pun tak faham.. 

NEGATIF
(menunduk)
Tapi dia romantik, sweet. Baik.. 

POSITIF
Tak, tak.. jika benar dia baik.. Dia tak akan tipu kau.. Dia tak akan buat kau macam ni.. 

 NEGATIF
Tapi aku sayangkan dia.. 

POSITIF
Look, babe.. Aku tahu kau baru putus cinta, aku faham.. Tapi, sedar tak yang sekeliling kau juga hadapi yang sama, rakan rakan kau lagi lah, ada yang dah putus tunang, bercerai, malah dah bercinta melebihi 6 tahun, akhirnya tamat begitu sahaja, inikan kau.. Inikan bekas teman lelaki kau yang baru bercinta dengan budak lepasan SPM tu, tak sampai seminggu! Demi Allah! Kau kena bomoh kah apa ini??! 

NEGATIF
(menunduk)
Hmmm.. 

POSITIF
(intonasi suara meninggi, marah)
Babe, aku faham perasaan kau, tapi kau kena move on.. Kau kena sedar yang kita tak ada hak sebenarnya nak cakap, yang dia jodoh kau, kau jodoh dia, dia jodoh aku ke apa sahaja yang seumpama dengannya. Kau ni memang kurang didikan agama ke apa ni? Nak aku hantar kau ke sekolah pondok baru kau nak percaya dengan list list rukun iman? Tiada siapa tahu jodoh masing masing selain Pencipta kau!! FAHAM TAK?!! Kau tak ada hak nak kata dia jodoh kau sedangkan kau tu cuma hamba!! CUMA HAMBA!!

NEGATIF
(tersentak)

POSITIF
Sedar lah sikit diri tu..
(suara pelahan)

NEGATIF terdiam.

POSITIF
Kau dah pernah tengok wayang dengan dia? 

NEGATIF
(angguk)

POSITIF
Dinner dengan dia?

NEGATIF
Tiap hari

POSITIF
 Dapat set jam couple, baju couple??

NEGATIF
Banyak

POSITIF
Pernah dapat teddy bear dari dia??

NEGATIF
(mula menangis)
Pemberian pertama dia

POSITIF
(jerit)
Dah tu nak apa lagi?!!

NEGETIF
(mula menangis)
Nak kan dia balik lah!!

POSITIF menghentak meja dengan kuat

POSITIF
(jerit)
Sudah lah!! Apa yang cukup tu cukup lah!! Aku penat lah satu badan dengan kau! Kau kira bertuah sebab dapat rasa semua bahagia tu walaupun bersifat sementara!! Dari kau tak pernah rasa langsung!!!

POSITIF tarik nafas, tenangkan diri.. berjalan keliling meja, fikir apa yang nak dibuat. Sambil memegang kepala dan membelakangkan rambutnya. Wajah rimas.

POSITIF
Ok.. Macam ni... (diam sekejap)
Tarikh ini, diri kita pada usia gadis itu, apa kau rasa?

NEGATIF
Sedang dilamun cinta dengan teman lelaki kedua. Sangat..

POSITIF
Akhirnya?

NEGATIF
Dia curang..

POSITIF
Jadi??

NEGATIF muka tak mengerti

POSITIF
Kau pernah rasa bahagia itu bukan? sewaktu usia dia, sekarang ini baru la dia peluang dia rasainya pula.. Mungkin itu kali pertama dia jatuh cinta.. Biarlah.. What past is in the past... Cukup lah .. Jangan lah over sangat.. Hidup ni ada pasang surutnya... 
Bukan kehidupan lah kalau asyik nak bahagia macam fairy tales. 

NEGATIF
(menangis)

POSITIF
Kau menangis, meratap bagaimana sekali pun.. Allah dah tulis dah pun pada waktu ini jodoh dia dengan gadis itu.. Tapi, siapa tahu apa yang jadi pada masa hadapan.. Kita tak tahu, mungkin ajal kita dah sampai kah, mungkin putus ditengah jalan juga kah, mungkin terus menikah kah, dan kemudian bercerai kah, tak pun punya anak kembar kah.. KITA TAK AKAN PERNAH TAHU!!

NEGATIF
Kau cakap senang lah, bukan kau yang rasa!!

POSITIF
Kau lupa??  
Aku juga sebahagian dari kau.. Kau lupa yang aku juga sakit? 
Tapi tidak kah kau penat? Tidak kah penat harapkan sesuatu bukan untuk kau, 
sedangkan ada yang lebih baik untuk kau sedang menanti?!! Tak penat kah?!! (tahan air mata)

NEGATIF
Aku penat sangat
(menangis kuat)

POSITIF
(pegang bahu)
Jadi, lepas kan lah dia.. Allah sudah sediakan seseorang yang lebih sempurna untuk kau, cuma waktunya belum tiba lagi..

NEGATIF
(emosi semakin surut)
Aku dah cuba dah

POSITIF
(tenung)
Cuba kuat lagi.....

Keadaan regang. Sunyi. Masing masing pandang.

POSITIF
Lepaskan lah dia, jangan gengam kan lagi.. 
(pegang tangan NEGATIF yang digengam)

NEGATIF diam.
POSITIF
Berubah lah, berhijrah lah.. 
Cintai Rabb kau, baru kau cintai lelaki yang hanya hamba Allah.. 
Insyallah, datang la jodoh yang baik baik.. Janji Allah itu pasti, sayang..
Tiap tiap manusia dicipta berpasang pasangan, tak bertemu di dunia, mungkin di surga.

NEGATIF
(angguk, senyum tawar, tahan menangis)

POSITIF
Berubah demi Allah.. Hidup kita cuma sementara, akhirat kekal selamanya..

NEGATIF menunduk, air mata mengalir. Lampu malap dan terus terpadam dengan pelahan.

INT. BILIK GELAP - MALAM
POSITIF pandang camera..
POSITIF
Kau.. Kau dan kau yang pernah buat diri aku yang lemah itu terluka.. 
Ya kau, yang tengah tengok ni.. 
Aku tak salah kan kau buat dia kecewa macam kena cerai, dia terlalu ikutkan perasaan..
Dan aku tak marahkan kau pun, aku percaya semua ni Allah dah atur cantik punya.. Banyak benda baik jadi lepas kau pergi.. Banyak benda yang dia dah dapat tapi minah tu still tak sedar lagi.. Dan yeah..
Ini rancangan Allah, kau aku dia.. Cuma watak dan ada cerita yang tersendiri untuk dimainkan.. 
So, terima kasih untuk segalanya.. 
Watak kau dah ditamatkan dalam kisah hidup kami.. 
Selamat tinggal..


FADE OUT

Comments

Popular posts from this blog

Take it serious, lets get marry!

9 TIP BINA HATI BARU

Dunia pinjaman