MencintaiMu, Ya Rabb-ku 2

Hari ini aku meninggalkan hospital, balutan tangan kiri masih kemas. Sudah sembuh, tapi belum sepenuhnya. Aku mengeluh sepanjang perjalanan balik. Cincin pertunangan kami, aku usap usap sambil memori bahagia terdahulu berombak kembali. Aku perhatikan sekeliling aku yang bergerak laju. Kereta yang dipandu ayah membuatkan aku ingin meninggalkan segala duka aku, dibawa oleh angin yang laju menyapa kulit aku. Aku pejamkan mata, hayati belaian angin pada wajah. Sambil tangan masih mengusap cincin comel tu. Untuk kesekian kalinya, aku mengeluh. Dan lagi.



"Ad naik atas dulu, berehat. Nanti tiba masa makan tengah hari, mak panggil." Tanpa menyahut, aku mengangguk.

Tiba di bilik, aku lempar tubuh di katil empuk yang aku rindu gila! Aku teringat akan Ir. Kenapa la mamat ni dah tak macam dulu. Aku meraba poket di seluar dan keluarkan telefon bimbit yang dah hampir seminggu aku tak tengok. Tiada mesej selain dari HotlinkGift yang bersepah dalam inbox aku. Tarikh terakhir Ir mesej aku, hampir sebulan yang lalu. Betul betul membuatkan aku rasa nak bunuh diri kali kedua!

Hmm. Aku pandang lengan kiri aku,  buka balutannya, kuning ubat masih melekat. Kalau lah aku tahu Ir tak akan kisah bila tengok parut ni, aku menyesal dapat diselamatkan. Tapi kalau aku mati, macam mana pula dengan kerja aku. Macam mana pula dengan perniagaan aku. Ahh.. Hidup ni, kalau kau tak menyusahkan aku tak boleh kah?!

Air mata mengalir lagi, sejujurnya semenjak Ir tak hubungi aku. Air mata dah serupa teman karib aku. Mungkin aku patut putuskan hubungan ni. Mungkin aku akan lega selepas itu. Cincin di jari aku buka, aku simpan di kotak comel sebelah katil. Duduk di situ diam diam wahai cincin, duduk sampai mati kesepian seperti aku, sengaja aku berkata pada cincin tersebut. Walaupun cincin itu cuma benda, aku peduli apa.

Aku pejamkan mata.

"Ya Tuhan, kenapa perlu Kau uji ku sebegini? Aku tahu Kau menguji perkara yang bisa hamba-Mu tanggung. Tapi perihal hati dan perasaan ini, Ya Rabb. Aku bukan seorang yang tabah. Berikanlah aku ketenangan. Ketenangan dari permainan sekian lelaki yang aku kenal, mahupun yang bakal aku kenali. Peliharalah aku dari kekecewaan, Ya Allah Azza Wa Jalla. Ubatilah luka ini...."

Esok aku perlu putuskan pertunangan ini, dari aku terus terseksa. Hanya pemisahan jalannya. Hanya pemisahan... Jangan tinggalkan aku, Ya Allah. Aku perlukan kekuatan dari-Mu.

--- BERSAMBUNG ---

Comments

Popular posts from this blog

Take it serious, lets get marry!

9 TIP BINA HATI BARU

Dunia pinjaman